April 2026 Recaps

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari terakhir bulan April?

Dalam dok terfikir bila hendak menang cabutan bertuah BSN RM1 juta lalu boleh bersara awal, eh tiba-tiba sudah sampai di penghujung April😅.  

Sekejap benar masa berlalu.

 

Di samping membaca tentang kisah USA vs Iran yang masih belum berakhir, kemelut yang melanda Negeri Sembilan, perkara-perkara yang membuatkan den terfikir what the hell happened to the world dan sebagainya, kehidupan perlu diteruskan begitu.

Ada pelbagai anekdot juga di bulan April ini dalam hidup den.

Ambil cuti raya selepas orang lain di pejabat telah selesai bercuti raya. Heaven nya bila tidak sesak di sana sini😅. 

Lepak di Karai, Kuala Kangsar - menginap satu malam di D'Village Hotel & Villas, berjalan di Victoria Bridge, makan di Kafe Dapur Tok Enda dan melawat Kampung Warisan Budaya.

Rezeki dapat menyertai Program Book Tour bersama pemilik kedai buku, penulis novel, penterjemah, penulis puisi, pensyarah literature, penulis naskah akademik, pempengaruh seramai 12 orang. Macam mana den boleh termasuk di dalam program ini pun adalah satu misteri😅.Entah bila ada kerajinan hendak cerita pasal ini😅.

Mereka ini kecuali den adalah orang yang memang pernah/biasa masuk televisyen/radio, ada channel youtube, rajin buat live, minum bersama orang besar dan artis bagai, dsb. Makanya wajah mereka tidak rahsia lagi

Sakan membeli buku seperti kesurupan atau rasukan abalasa atau mempunyai hasil tanah sawit berekar-ekar semasa Program Book Tour😅. Nanti kalau ada rezeki den ceritakan. Perkara yang pertama kali berlaku di dalam hidup den. Bila kira-kira semula berapa yang dihabiskan untuk membeli buku semasa Book Tour ini pitam sebentar😅. Swipe kad kredit sana sini ala-ala waris Megah Holding😅. Dapat je penyata kad kredit langsung menangis di bucu katil😅.Kena kuatkuasakan Book Buying Ban sampai hujung tahun 2026 nampak gaya ni😅.

Menyesal kemudian tiada gunanya begitu😅Usah ditanya bila akan habis baca semua ini

Sertai kelas memasak 2 jam walaupun den cuma potong bawang dan serai dan makan dengan jayanya😅. Ini tidak tahu rajin ke idok hendak cerita nanti😅.

Bahan untuk hidangan resepi Asam Udang

Sertai kelas membuat tembikar 1 jam. Memang tidak berseni ye den ini. Senget benget cawan yang dibuat walaupun dibantu oleh cikgu😅. Entah bila ye hendak cerita pasal ini😅.

Beriya den membuatnya tapi terpleot juga kejadian tembikar den

Mengayuh basikal setelah bertahun lama tidak berbasikal. Ada aje la adegan-adegan hampir masuk longkang bagai😅. 

Kerja memang usah dibicara. Saban hari dok meratib bila boleh bersara😅? Tapi kata orang sesiapa yang dok bising hendak bersara ni la yang akan keroje sampai pencen😅.

Pagi tadi menjadi panel temuduga di satu jabatan Kerajaan di Perak. CGPA Generasi Z ini memang mantap-mantap belaka ye. Hampir semua orang calon yang ditemuduga mempunyai CGPA 3.5 ke atas. First time jadi panel temuduga, udah den buat preparation macam den yang akan ditemuduga.

Alhamdulillah rezeki dapat membaca 20 buah buku pada April ini. Rasanya ini rekod bilangan buku terbanyak den pernah baca di dalam sebulan sepanjang hidup den. Den faham apa yang paling penting adalah kualiti buku yang dibaca dan pengajaran daripada buku yang dibaca dan diadaptasi ke dalam kehidupan yang utamanya. Cuma saja suka hendak ada inventori buku yang telah dibaca.

Den recaps benda yang molek-molek aje la ye.

Kisah den yang hampir bertukar menjadi raksasa gorgon dan seumpama dengannya den simpan aje la untuk pedoman diri😅.

Selamat berhujung minggu yang panjang kerana esok cuti Hari Pekerja.

Semoga Mei 2026 akan lebih molek untuk kita semua.

In sya Allah.

Jaga diri semua.

 

 

28 comments

  1. Akak macam Cuyalaa

    Beli buku melambak tapi bacanya tidak lagi! HAHAHA
    Untuk tahun ni Cuya tak start membaca buku sangat, aduh! Nampak akak rekod baru Cuya ingat Cuya masih belum start lagi target membaca tahun ni. Matilanakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh Cuya.....terus semangat membaca💪💪💪💪

      Delete
  2. Macam best je book tour tu.
    Tolong la rajinkan diri buat entry pasal tu hihi

    ReplyDelete
  3. Bestnya berbasikal pastu ada bunga kat bakul depan 💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....KSarie fefeling berlakon dalam KDrama sekejap begitu😅

      Delete
  4. Wahhh akak panel penemuduga rupanya. Cepatnya masa berlalu kan dah Mei pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik bin ajaib juganya sebab tiba-tiba disuruh jadi panel temuduga😅Kejap je udah masuk Mei

      Delete
  5. What a busy life you had!

    ReplyDelete
  6. Banyak benda menarik berlaku di bulan April. Nanti KSarie cerita la, tentang program buku tu. Menariknya latar belakang bergambar, di tempat dipenuhi buku. Haha.. beli dulu, menyesal kemudian. Hehe.. buat tembikar best, belajar memasak pun best. Gambar KSarie naik basikal pun comel! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah kalau ada kerajinannya nanti KSarie kongsikan ye tapi entah bila la tu ye😅

      Delete
  7. Kalau menang 1 Juta BSN tu mmg terus tukar nombor phone dan MIA dari kerja hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat ...itu la angan-angan yang harap dapat direalisasikan😅

      Delete
  8. Senangnye melihat banyak kegiatan serta liburan yang dijalani mbak Ksarie selama April.
    Bulan April kemarin sy malah tak banyak kegiatan sama sekali. Lebih sering di rumah, berjibaku dengan pekerjaan tiada henti. Juga bermasalah kesehatan pula.
    Moga bulan mei dipertemukan dengan yang baik-baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bulan Mei nanti Mas Fajar lebih baik kesihatannya, lebih awesome aktivitinya ye.

      Delete
  9. Saya pun biasanya cuti mudik di saat lebaran dah lewat. Sebab memang menunggu harga tiket menjadi murah, dan tidak crowded sangat.

    Aiiih kalau pasal beli buku, memang tak mungkin tak kalap kak 🤣🤣🤣. Saya pun sama. Trus tak tahu kapan habis dibaca hahahah . Apalagi skr, sampai june, saya banyak plan traveling. Makin ke laut lah target baca saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau travel memang jarang dapat membaca sebab enjoying the trip kan😊Tahun 2026 ini patutnya saya sudah berhenti beli buku. Ngeri tengok tumpukan buku di rumah😅

      Delete
  10. wahh pergi tempat yg blogger Ujie menginap tu. cantik betul tempatnya.
    okay yg buat tembikar tu nampak menarik, saya harap ksarie boleh tulis entry khas pasal pembuatan tembikar tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah bila ada kerajinan yang entah bila tuh ye😅

      Delete
  11. Masya Allah.. 20 buah buku dalam masa sebulan. Respect.. respect..
    Ni mesti tak layan Netflix kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha dia bila ralit membaca tidak sempat hendak tengok oppa di Neflix😅

      Delete
  12. Best la foto kat jambatan tu.... Ada sinaran di belakang!

    ReplyDelete
  13. tahniah..kerana melalui April yang penuh bermakna...semoga Mei nanti lebih baik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Mei kita semua semakin awesome

      Delete
  14. Tak pernah makan Asam Udang. Bestnya dapat belajar. Pernah join pottery class di Vietnam, melayang tanah liat seketul haha. Nasib cikgu Jepun yang kurus halus tu sabor sehabisnya dengan student sorang ni. Tu je lah kelas nya, serik tak pergi dah. Waterface drop very down.

    Bestnya join program Book Tour. Dulu rajin membaca asbab juga Tokki Saudara penulis buku cerita dongeng kanak2 ARWAH ZAKARIA HITAM (PAK ZEK). Lepas ada anak, terpaksa tinggalkan buku sebab pindah randah, terus suami kuku membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada saudara penulis ye. In sya Allah boleh mula semula membaca. Ha tak tau nak cerita macam mana kelas pottery tu. Terpleot betul rasanya😅

      Delete