Merisik Khabar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuanya?

Harap semuanya sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, sentiasa dirahmati Allah dan menikmati detik kehidupan yang semakin lama semakin singkat.

Lama betul rasanya tidak mencoret di blog ini.

Sibuk dan terpleotnya udah macam cipan😅.  

Itu yang lama juga tidak blogwalking.

Membaca pun ke laut dalam😅. 

 

Gagahkan diri untuk update blog sekupang pagi ini sementara menunggu teammate fetch untuk ke program 2 hari 1 malam.

Sambil mendengar lagu-lagu syahdu zaman dulu macam lagu Kali Terakhir Kulihat Wajahmu oleh Uji Rashid, dsb.

Lepas itu rasa sayu sayat hati.

Kebetulannya playlist yang dicadangkan oleh youtube ini kebanyakan penyanyinya telah meninggal dunia.

Jadinya semakin sebak pula hati mengenangkan semakin hari semakin dekat dengan kematian. 

Ini yang orang kata cari pasal tidak tentu hala😅. 

Kalau tidak mahu dengar alunan bacaan Quran dan zikir pun, patutnya dengar la lagu yang membakar semangat juang di pagi hari kan?

Ini apo dengar lagu-lagu melancholy😅. 

Tajuk blogpost hari ini adalah antara lagu yang ada di dalam playlist yang den sedang dengar. 

Antara tempat menarik den sempat lawat pada April ini tapi itu la ye entah bila hendak ceritanya😅

Bila baca blog Tot yang telah berjaya mengganti 1 hari puasa, tiba-tiba terkenangkan nasib diri yang kena mengganti puasa sebanyak 16 hari.

Penangan cuti puasa di awal dan hujung Ramadan.

Sudah hampir 7,8 tahun memang begini kejadiannya.

Mengganti puasa di kala semua orang tidak berpuasa ini memang mencabar ye😅. 

Kadang-kadang udah semangat hendak mengganti puasa.

Tiba-tiba teringat ada lawatan tapak yang mana di dalam perjalanan ke situ ada kedai makan yang memang udah lama hendak dicuba makanannya😅. 

Tiba-tiba kawan whatsapp ajak minum-minum esoknya.

Bila waktu bekerja cabarannya begitu.

Kalau hendak mengganti puasa semasa weekend, udah masa itu la hendak JJCM dengan kiddos walaupun sekadar makan nasi lemak di bawah rumah ni ha😅. 

Begitulah antara drama den hendak mengganti puasa. 

Semoga dapat la mengganti 16 hari puasa ini sebelum masuk 2027.

In sya Allah.

 

Ada banyak perkara yang hendak dicoretkan di dalam blog ini.

Tapi itu la ya😅.    

Semangat untuk update blog kadang-kadang dibawa pergi oleh angin lalu. 

Most of the time life got in the way😅. 

Begitulah😅. 

In sya Allah semoga semua terus semangat untuk berkongsi cerita ye. 

Semoga yang molek-molek untuk kita semua.

Jaga diri semua. 

 

 

 

 


 

 

0 comments