Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semuanya?
Harap semuanya sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, sentiasa dirahmati Allah dan menikmati detik kehidupan yang semakin lama semakin singkat.
Lama betul rasanya tidak mencoret di blog ini.
Sibuk dan terpleotnya udah macam cipan😅.
Itu yang lama juga tidak blogwalking.
Membaca pun ke laut dalam😅.
Gagahkan diri untuk update blog sekupang pagi ini sementara menunggu teammate fetch untuk ke program 2 hari 1 malam.
Sambil mendengar lagu-lagu syahdu zaman dulu macam lagu Kali Terakhir Kulihat Wajahmu oleh Uji Rashid, dsb.
Lepas itu rasa sayu sayat hati.
Kebetulannya playlist yang dicadangkan oleh youtube ini kebanyakan penyanyinya telah meninggal dunia.
Jadinya semakin sebak pula hati mengenangkan semakin hari semakin dekat dengan kematian.
Ini yang orang kata cari pasal tidak tentu hala😅.
Kalau tidak mahu dengar alunan bacaan Quran dan zikir pun, patutnya dengar la lagu yang membakar semangat juang di pagi hari kan?
Ini apo dengar lagu-lagu melancholy😅.
Tajuk blogpost hari ini adalah antara lagu yang ada di dalam playlist yang den sedang dengar.
![]() |
| Antara tempat menarik den sempat lawat pada April ini tapi itu la ye entah bila hendak ceritanya😅 |
Bila baca blog Tot yang telah berjaya mengganti 1 hari puasa, tiba-tiba terkenangkan nasib diri yang kena mengganti puasa sebanyak 16 hari.
Penangan cuti puasa di awal dan hujung Ramadan.
Sudah hampir 7,8 tahun memang begini kejadiannya.
Mengganti puasa di kala semua orang tidak berpuasa ini memang mencabar ye😅.
Kadang-kadang udah semangat hendak mengganti puasa.
Tiba-tiba teringat ada lawatan tapak yang mana di dalam perjalanan ke situ ada kedai makan yang memang udah lama hendak dicuba makanannya😅.
Tiba-tiba kawan whatsapp ajak minum-minum esoknya.
Bila waktu bekerja cabarannya begitu.
Kalau hendak mengganti puasa semasa weekend, udah masa itu la hendak JJCM dengan kiddos walaupun sekadar makan nasi lemak di bawah rumah ni ha😅.
Begitulah antara drama den hendak mengganti puasa.
Semoga dapat la mengganti 16 hari puasa ini sebelum masuk 2027.
In sya Allah.
Ada banyak perkara yang hendak dicoretkan di dalam blog ini.
Tapi itu la ya😅.
Semangat untuk update blog kadang-kadang dibawa pergi oleh angin lalu.
Most of the time life got in the way😅.
Begitulah😅.
In sya Allah semoga semua terus semangat untuk berkongsi cerita ye.
Semoga yang molek-molek untuk kita semua.
Jaga diri semua.

Memang penuh tantangan tuk bisa ganti puasa di hari biasa ni mbak. Sebab orang-orang tak ada yang peduli atau mengistimewakan, jadi godaannya pun lebih terasa, hihihi.
ReplyDeleteSaya pun akhir2 ini sibuk betul mbak ksarie. Agak kejar-kejaran tuk nulis blog rutin. Akhirnya kadang malam hari baru sempat post.
Semoga kita terus diberikan kesempatan untuk istiqamah menulis di blog yar
DeleteYou can do it, KSarie.. waktu hari bekerja kot, mungkin lebih elok untuk ganti puasa, Isnin dan Khamis. Saya pernah dulu merasa kena ganti sampai 25 hari, sebab pasang implanon, terus haywired datang bulan tak henti-henti. Ambik ko kan, terus Isnin dan Khamis je, ganti hutang puasa. Tapi patutlah orang kata puasa sunat ni bagus. Sebab banyak kebaikan pada badan kita bila kita amalkan. Semoga KSarie baik-baik je, dan selamat bekerja ya! 🤗
ReplyDeleteWahhhh 25 hari Tot kena ganti ye. In sya Allah akan diusahakan untuk mula puasa ganti secara slow and steady begitu hehehehehe
Deletesaya pun kena awal dengan akhir ramadan. tapi takdelah sampai berbelas hari.
ReplyDelete16 hari kena ganti tu, pengsaann! godaan syawal pulak di sana sini. saya buat time hari bekerja je, sabtu ahad bz gi sana sini haha
Ha selalunya dan biasanya ganti puasa semasa hari bekerja. Weekend banyak gila godaan makanan ni😅
Deletememang mencabar kan puasa hari orang tak puasa ni. memang kena gigihkan diri juga.
ReplyDeleteItu la mahu tidak mahu kena buat juga kan huhuhuhu
DeleteWaaah lumayan banyak kak 😄.. saya minimal 10 hari kalau hutang puasa, sejak pakai IUD , haid JD lama sikit.
ReplyDeleteAiiih samalah kak... Ini target membaca saya JD makin lambat. Saya sedang baca ebook novel Malaysia skr ini. Tajuknya horror. Tapi mungkin Krn seram, JD lambaaaat saya baca. Apalagi kalau sedang sendiri di rumah 🤣
Ayuh lah kita sama-sama mengganti puasa ye. Sudah lama KSarie tidak membaca buku horror sebab semakin tua semakin penakut pula jadinya🤣
DeleteRasa macam dah komen, ke belum. Tak apa KSarie pelan2 rancang ganti puasa tu. Playlist sekarang ni celah2 kan lagu Maher Zain jugak supaya kurang alpa hehe sebelum ni segala mala lagu yang ada.
ReplyDeleteHa itu la Mulan. Tengah mencari kekuatan diri untuk mula ganti puasa ni😅Suara Maher Zain sedap sungguh😊
Delete