Wordless Wednesday 17/2026

 

Kawan belanja aiskrim Haagen Daz ni. Bila makan aiskrim jenama ini selalu teringat dekat arwah Ustaz Harun Din sebab ada dalam 1 ceramah beliau maklumkan ini aiskrim kegemaran beliau
Kalau makan puri maknanya sesi curhat sedang berlangsung dengan jayanya😅
Memang la tidak akan turun berat badan sebab asal makan ayam kampung mesti ambil sampai 2 bahagian😅Tapi ayam kampung ni memang lean kan dagingnya. Jadi makan 1 bahagian memang tidak cukup
Lontong Klang. Lontong legendaris di Shah Alam ini. Sudah 40 tahun usia perniagaan lontong ini. Den mula makan semasa mula kerja tahun 2001. Sampai sekarang kalau makan lontong di mana-mana tempat akan terbandingkan dengan lontong ini.
Budak bertuah ini banyak drama sungguh dari minggu lepas. Kaki terseliuh masa aktiviti kokurikulum. Lepas itu kaki bengkak pula. Sakan dia MC sampai 4 hari
Pedih pula ulu hati baju tajuk di kertas warna hijau itu
Hampir den tertipu ingatkan siri legendaris Bercakap Dengan Jin
Usia penanda buku ini adalah 28 tahun. Hadiah harijadi ke 20 tahun daripada seorang teman 
Alhamdulillah rezeki dapat beli buku ini melalui Shopee daripada penjual dari Kedah. Buku yang den tahu kewujudannya selepas membaca buku Autobiografi Shahnon Ahmad. Masih belum baca buku ini. Sedang mencari buku Siri 1.
Sakan makan post raya di kelas mengaji sampai cakap dengan Ustazah boleh ke tidak payah mengaji sebab perut segah gila😅Seperti biasa makanan semua dibawa oleh ustazah dan 2 orang rakan mengaji. Tugasan den hanya menghabiskan semua makanan yang ada😅. 

18 comments

  1. hahaha patutnya ngaji dulu baru makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal kan tapi tak tahan bau kuah soto menusuk hidung😅

      Delete
  2. Aiskrim tu favorite jugak tapi tak lah selalu beli. Lontong Klang memang tempat dituju makan pagi dulu2 ketika selalu tidur di rumah adik no3 di Klang. Pagi tadi makan lontong frozen, leftover minggu lepas. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sustainable business Lontong Klang ni. KSarie dah makan sini hampir 25 tahun. Rasanya tetap sama

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki dibelanja aiskrim tu.. bukan senang nak dpt huhuu.. uishh sampai dua amik ayam kampung tu... Kalau kena yg baru goreng garing mesti nak puas makan huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah hasrat hendak turunkan berat badan selalu gagal sebab suka makan😅

      Delete
    2. tak apa yg penting hasrat tu dah ada... hahahahaa..

      Delete
  4. Sedap betul tu es krim almond, merk hagendaz pula.
    Kalau disini ada juga eskrim almond, tp lebih terjangkau. Merk-nya Aice, hihihi

    ReplyDelete
  5. pernah sekali kawan kepada kawan belanja aiskrim Haagen Daz ni kat stall dia kerja. tak ingat rasanya bukan yang camni. yang cone kot rasanya lama dah zaman awal2 mula kerja lepas belajar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha KSarie baru tau Haagen Daz ada dalam bentuk macam ni

      Delete
  6. Dalam lontong tu, ada paru ke tu? 😋 Itu buku preloved ya? Ada kat shopee ya, selalu cari barang preloved ni dekat Carousell.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul ada paru😋Ha buku preloved ni. Cuba cari juga dekat carousell tapi tidak berjumpa bukunya

      Delete
  7. Tengok penanda buku tu mengingatkan kenangan Cuya dengan penanda buku yang sahabat Cuya beri. Entah mana pergi tak jumpa2..sedih kenangan hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Cuya bertemu dengannya 1 hari nanti ye

      Delete
  8. Di sana haagen dazs dah halal y kak. Indonesia belum soalnya. Dan msh banyak es krim brand ini yg pakai Rhum atau alkohol. Krn itu saya dah tak pernah beli. Tp kalau yg di Malaysia dan certified, nanti saya coba di sana sajalah. .

    Waaah JD penasaran nak baca. Buku ttg Najib. Saya ingin lihat dari berbagai pov soalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOo baru KSarie tau Haagen Dazs di Indonesia masih belum halal. Nanti Fanny datang KL Juni nanti boleh makan aiskrim ini ye

      Delete