Pengalaman Melawat Kampung Warisan Budaya, Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa bersemangat untuk menjalani kehidupan harian.

In sya Allah semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah selalu.

 

Selepas membaca pengalaman blogger Ujie menginap satu malam di D'Village Hotel & Villas Karai, Kuala Kangsar, den berangan hendak menginap di sini juga.

Boleh baca cerita lengkap blogger Ujie di SINI ye.  

Den tidak tahu bila ada kerajinan hendak cerita tentang pengalaman den sekeluarga menginap di sini😅.

Kami menginap 1 malam di sini.

Berjalan-jalan di Victoria Bridge sampai hujung.

Makan di Kafe Dapur Tok Enda.

Melawat Kampung Warisan Budaya.

Memang dekat-dekat je tempat ini di antara satu sama lain. 

Bisa berjalan kaki. 

 

Apa Ada Di Kampung Warisan Budaya?

Ada dua bahagian iaitu Galeri Pameran dan 11 Rumah Tradisional setiap negeri yang boleh disewa.

Kome kena pergi ke kedua-dua kawasan ini ye. 

Galeri Pameran 

Galeri Pameran ini walaupun comel aje tetapi tetap ada pelbagai barang.

Peralatan tradisional untuk membuat kuih dan memasak.

Ada mesin menumbuk padi, mengukur kelapa, acuan membuat kuih, bekas menyimpan kuih, nyiru dan sebagainya. 

Klasik aje acuan kuih dulu-dulu kan

Kalau Kuala Kangsar tiada labu sayung memang macam tidak lengkap kan

Den sudah lupa apakah ini. Macam kukur kelapa tapi hmmmm

Sebut pasal burung puyuh pernah terbaca daging dan telur burung puyuh mempunyai kolesterol yang lebih tinggi daripada ayam
Ini alat untuk membuat laksa katanya
Den mati-mati ingat depa nak pamerkan bakul yang ada bihun. Rupanya 'bihun' itu adalah serat nanas

Permainan tradisional macam wau, gasing, dsb. 

Den baru tau setiap negeri di Malaysia ada wau nya yang tersendiri.

Banyak betul spesies gasing rupanya.

Den pernah main gasing 2 jenis sahaja rasanya.

Boleh padankan maklumat pada papan maklumat dengan wau yang dipamerkan untuk tahu wau setiap negeri 

Main catur yang memang jelas bentuk bidaknya macam kuda apa semua pun gagal teruk. Kalau main catur Melayu yang lebih kurang bentuk bidaknya ni pasti lagi ke laut dalam
Biasanya den main batu seremban guna batu betul
Banyak jenis gasing
Cantik betul gasing ni
Orang Melayu ni memang berseni dan berjiwa halus kan. Baru den tau gasing ni diadaptasi daripada buah berembang

Peralatan muzik tradisional ada gamelan, caklempong, angklung dan sebagainya.

Kita dibenarkan untuk cuba main beberapa alat muzik tradisional ini. 

Memang ada la bunyi tapi tiada nada dan irama la.

Asal berbunyi begitu😅. 

Ini pandang sahaja boleh. Tidak diizinkan untuk disentuh

Lama deme dok main alat-alat muzik ni

Untuk anak-anak den yang Gen Alpha yang berpaksikan gadjet memang terkesima la tengok semua peralatan yang dipamerkan di dalam galeri ni.

Untuk omma dan appa dia, kebanyakan barang di dalam galeri ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. 

Masa remaja dan awal 20an dulu selalu buat bedak sejuk dengan arwah atok. 
Meriam corak motif pucuk rebung. Berseni sungguh kan orang Melayu ni
Cantik betul tepak sirih ni. Menyesal pula tidak kechek tepak sirih lebih kurang macam ni milik arwah atok masa dia masih hidup

Pakaian tradisional termasuklah tenunan dan tekat.

Tekat ni memang seni tradisional dari Perak kan?

Ada anyaman juga. 

Setiap corak anyaman ni ada nama tersendiri macam siku keluang, bunga melur tiga beradik, bunga hati, kelarai, dsb

Hari tu ada nampak Pusat Kraftangan Perak anjurkan 1 hari bengkel belajar buat tekat ni dengan harga RM300. Kalau den kayo dan boleh cuti selalu den berminat juga hendak sertai tetapi apakan daya

Rupanya ada banyak jenis songkok ye.

Terkesima den tengok songkok tinggi Madura, Jawa Timur.

Kemain tinggi songkoknya.

Mau tersangkut dekat alang pintu bila hendak masuk rumah ni😅. 

Kemain tinggi melangit songkoknya

Ada banyak peralatan lain yang den tidak ambil gambar.

Memang banyak maklumat baru yang den belajar melalui galeri pameran ini. 

Sibuk budak-budak ni suruh den cepat-cepat padahal omma nya hendak baca la maklumat ni sebab ada sungai bagai

Sementara hendak habis meronda tengok barang-barang dalam Galeri Pameran ni, memang la berpeluh-peluh macam hendak pengsan rasanya. 

11 Rumah Tradisional Negeri

Ini kita boleh berjalan di luar kawasan rumah-rumah sahaja dan tengok binaan dari luar sahaja.

Sebab rumah-rumah ini dibuka untuk sewaan.

Macam homestay la gamaknya ye.

Tetapi tetap menarik sebab kita boleh nampak perbezaan rekabentuk setiap rumah tradisional mengikut negeri.

Ada buaian juga untuk kita melepak.

Ada banyak replika kuih juga.

Sepanjang duduk di sini dan berjalan di Victoria Bridge memang dok nampak kelibat keretapi barang, ETS lalu
Ini mood dia molek hendak la dia melayan omma nya ambil gambar. Kalau mai angin kus-kus dia merenjas-renjas tidak mahu bergambar😅

Disebabkan kami datang sini di kala matahari atas kepala memang sakan berpeluh-peluh dan ketibas dengan jayanya.

Walaupun kami orang Malaysia tetapi mungkin ada terperasan sedikit pernah bermain salji gamaknya😅maka tidak lalu la hendak berlama-lamaan di kawasan ini. 

Gambar pun ambil asal boleh sahaja.

 

Harga Tiket dan Waktu Operasi 

Tiket masuk kalau tidak silap den RM10 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Waktu operasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. 

Den sarankan kome datang hari Sabtu dan Ahad sebab ada jualan kraftangan oleh penduduk setempat di kawasan Anjung Budaya melalui Pasar Seni Warisan.

Sayangnya kami datang hari Jumaat makanya tidak dapat la hendak tengok jualan kraftangan ni.

Kalau tidak sure dapat beli kuih-kuih tradisional yang ada rasa air tangan orang dulu-dulu. 

Hendak ulang datang lagi macam lambat aje lagi huhuhuhu. 

Cuma bila datang waktu bukan hari minggu kita lebih bertenang sebab tidak ramai orang.

Jadinya boleh melenggang kangkung tengok semua pameran dengan santainya. 

 

Kalau kome singgah bergambar di Victoria Bridge, mohon melawat Kampung Warisan Budaya ini.

In sya Allah berbaloi. 

Semoga satu hari nanti ada rezeki den datang masa weekend.

In sya Allah. 

Tiba-tiba ada tempat macam dalam Harry Potter. Boleh la bergambar di sini dulu sebab hendak tunggu ambil gambar di London entah bila kan😅
Den beli buku tentang sejarah Victoria Bridge untuk kenangan

0 comments