Assalamualaikum dan apa khabar semua di hari Jumaat nan indah ini?
Jumaat terasa molek sebab esok weekend😅.
Ahhh bahagianya.
Pukul 10 malam ini juga den akan bertemu dengan Cha Se-gye dalam Royal Nemesis KDrama Ep 9.
Letih acik menghitung hari apabila terjebak dengan ongoing KDrama ni😅.
Sekali sekala di dalam hidup, den akan terjumpa dengan buku yang buat den terpana, terkesima, speechless dan seangkatan dengannya.
Just WOW begitu.
Buku yang den akan kongsikan resensinya ini adalah buku yang termasuk di dalam kategori itu.
Kerana penulisnya berumur 9 tahun ketika dia menulis buku ini.
Yupp kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019, seorang anak manis dari Indonesia ini berjaya menulis sebuah buku yang sangat awesome.
🌸📘Mengapa Aku Harus Membaca
✍️Abinaya Ghina Jamela
📖108 mukasurat
🏫Koleksi Sendiri
Semoleknya membaca dan menulis biar seiring
Buku yang merangkumi 17 buah cerpen yang ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan semasa beliau berumur 9 tahun ini sesungguhnya membuat den terkesima, terpana, speechless segala.
✅penulisannya begitu teratur, penuh fakta dan diolah dengan begitu molek membuatkan den mengharapkan mukasuratnya lebih banyak...400 mukasurat pun den sudi membacanya.
✅penulisan daripada POV seorang kanak-kanak yang seolahnya lebih matang, waras dan cerdik daripada orang dewasa terutamanya bagi tajuk 'Anak-anak atau Anggota Dewan yang Kekanak-kanakan'
✅buku ini membuatkan pembaca dewasa terutamanya ibu bapa mahu tidak mahu terpaksa berfikir dan muhasabah diri tentang kanak-kanak mempunyai pemikiran mereka sendiri, bagi sesetengah perkara mereka tahu apa yang mereka mahu dan hendak buat, perlu bagi ruang kepada anak-anak untuk memberi pendapat, ibu bapa hanya suka kepada anak-anak yang patuh dan sebagainya
✅buku-buku yang telah dibaca dan diulas di dalam buku ini oleh penulis bukan kaleng-kaleng ye. Banyak buku-buku berat daripada penulis-penulis tersohor dunia. Ada buku yang den memang tidak pernah tahu kewujudannya.
✅Antara resensi buku-buku yang dibincangkan di dalam buku ini adalah Animal Farm (George Orwell), Matilda (Roald Dahl), Of Mice and Men (John Steinbeck), Fortunately The Milk (Neil Gaiman), Le Petit Prince (Antoine de Saint-Exupéry), The Name of The Rose (Umberto Eco), Siddharta (Herman Hesse), The Three Body Problem/Trisurya (Liu Cixin) membuatkan den terkebil-kebil dok terfikir tentang diri sendiri yang masih membaca buku yang ala-ala Suamiku Encik Belalang Kunyit🥲.
✅Resensi setiap buku yang dibaca oleh penulis yang dinukilankan di dalam buku ini membuatkan den terasa seperti resensi yang den pernah buat adalah seperti resensi budak baru belajar membaca dan menulis....sumpah tragis rasanya🥲
✅bila penulis membincangkan tentang membaca vs menjadi zombie scrolling handphone, pembangunan tidak mampan vs alam sekitar/habitat haiwan, mengapa ada diskriminasi gender di dalam cerita dsb den terasa seolah sedang berada di persidangan ilmiah membincangkan kaedah hendak menyelamatkan bumi daripada hentaman meteor.
✅disebabkan den adalah peminat kartun Disney, Harry Potter dan LOTR, hati den memang rasa nyaman apabila membaca kupasan berkaitan ketiga cerita ini tetapi cerpen bertajuk Apakah Penjahat Itu Benar-benar Jahat memang buat den rasa 'ha....den rasa begini juga'.
![]() |
| Buku yang penulis suka baca semuanya dalam kategori penulis buku berat falsafah segala. |
Membaca buku ini seolah-olah kita mendengar celoteh seorang kanak-kanak manja yang berbaring di ribaan orang dewasa di mana hari kita yang terasa berat pada hari tersebut menjadi lebih nyaman kerana cerita kanak-kanak itu membuatkan hati orang dewasa berbunga-bunga walaupun ada sesetengahnya buat kita terpana sebab kena setepek pada muka kita.
Nampaknya den kena cari buku Sapu, Babi dan Tukang Sihir (Marvin Harris) dan cuba membaca buku Bumi Manusia (Pramoedya Ananta Toer).
Serius den rasa kalau penulis cilik ini terus menulis, ada harapan dia akan menjadi penulis yang satu level dengan Andrea Hirata dan Haruki Murakami.
Sebuah buku nipis yang memberikan rasa wow kepada den yang membuatkan buku ini akan jatuh di dalam kategori buku yang in sya Allah den akan ulang baca.




0 comments