This Moment Is Enough

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Dalam pada dok kalut macam-macam dan berusaha gigih untuk tidak menjadi raksasa gorgon di pejabat😅, dsb sekali eh sudah 23 Jun.

Sekejapnya masa berlalu. 

In sya Allah nanti den blogwalking ye. 

 

Den hendak kongsikan satu cerita yang berlaku semalam.

Lepas solat Zuhur di pejabat, den duduk sekejap dekat sejadah.

Tiba-tiba terus terasa pada ketika itu macam "this moment is enough".

Sejadah yang disinari cahaya matahari yang sedang elok dan just enough.

Pemandangan tasik dari bilik den.

Suasana tenang lepas solat Zuhur.

Terus rasa macam "Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" sebagaimana diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman.

 

Kadang-kadang den terlalu sibuk dengan macam-macam hal.

Terlalu sibuk dengan kerja.

Terlalu fokus berusaha untuk tidak menjadi raksasa gorgon😅. 

Terlalu risau dengan hutang piutang yang bertingket-tingket.

Terlalu berfikir tentang bila agaknya bisa bersara awal daripada perkhidmatan. 

Terlalu asyik dengan perancangan hendak berjimbaan ke hulu ke hilir, dsb.

Sampai den terlupa hendak menghargai dan bersyukur bagi perkara yang simple yet meaningful.

 

Jadinya rasa nyaman sangat tiba-tiba hati berbunga-bunga selepas solat Zuhur apabila menyedari: 

My room is enough.

The view is enough.

This moment is enough.

It was simply a beautiful Zuhur prayer on an ordinary afternoon.

 

Semoga kita semua Allah rezekikan untuk ada rasa "Alhamdulillah. This is enough for today" selalu.

Have a nice day semua ye. 


 

 

 

 

0 comments