Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Dalam pada dok kalut macam-macam dan berusaha gigih untuk tidak menjadi raksasa gorgon di pejabat😅, dsb sekali eh sudah 23 Jun.
Sekejapnya masa berlalu.
In sya Allah nanti den blogwalking ye.
Den hendak kongsikan satu cerita yang berlaku semalam.
Lepas solat Zuhur di pejabat, den duduk sekejap dekat sejadah.
Tiba-tiba terus terasa pada ketika itu macam "this moment is enough".
Sejadah yang disinari cahaya matahari yang sedang elok dan just enough.
Pemandangan tasik dari bilik den.
Suasana tenang lepas solat Zuhur.
Terus rasa macam "Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" sebagaimana diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman.
Kadang-kadang den terlalu sibuk dengan macam-macam hal.
Terlalu sibuk dengan kerja.
Terlalu fokus berusaha untuk tidak menjadi raksasa gorgon😅.
Terlalu risau dengan hutang piutang yang bertingket-tingket.
Terlalu berfikir tentang bila agaknya bisa bersara awal daripada perkhidmatan.
Terlalu asyik dengan perancangan hendak berjimbaan ke hulu ke hilir, dsb.
Sampai den terlupa hendak menghargai dan bersyukur bagi perkara yang simple yet meaningful.
Jadinya rasa nyaman sangat tiba-tiba hati berbunga-bunga selepas solat Zuhur apabila menyedari:
My room is enough.
The view is enough.
This moment is enough.
It was simply a beautiful Zuhur prayer on an ordinary afternoon.
Semoga kita semua Allah rezekikan untuk ada rasa "Alhamdulillah. This is enough for today" selalu.
Have a nice day semua ye.

Alhamdulilah ... moga semua yang baik-baik aja buatmu Bidasari..
ReplyDeleteSalam kenal dari Sis Lin ..
Aminnnn....salam kenal juga dari saya😊
DeleteYe sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi masuk bulan Jun. Tup2 minggu depan Julai dah.
ReplyDeleteItu la makanya kan...sekejap udah nak habis Jun
DeleteMomen kecil yg menjentik hati. Kadang kita perlu pause sekejap, menikmati dan mensyukuri pemberian-Nya
ReplyDeleteItu la...sekali sekala kena pause untuk menarik nafas sebentar
Deletekadang2 kita lupa nak bersyukurkan dengan nikmat yang Allah bagi pada kita setiapppp hari.
ReplyDeleteSemoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur. In sya Allah
DeleteBetul, KSarie. Saat kita merasa cukup dan bersyukur, rasa tenang saja di hati. Tapi itulah otak kita ni, cenderung untuk fikir jauh ke hadapan dan yang bukan-bukan ye. Huhu...
ReplyDeleteSemoga kita sokmo termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur ye. In sya Allah
DeleteTapi berjimba ke hulu ke hilir tu timba pengalaman... Makanan jiwa tu....
ReplyDeleteTapi kalau JJCM dengan UG dan aunty memang pecah perut pengsan😂
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan KSarie, murah rezeki, ceria happy sentiasa
ReplyDeleteAminnnnn....tqqq Mulan😊
DeleteEh ini betul lah kak. Saya pun dah di tahap, tak lagi mengejar asset. Skr ini, macam, dah laaah, kalau memang rezeki, pasti akan datang ke kita. Kalau tak, mau sekeras apapun, pasti tak dapat.
ReplyDeleteEffort tetap ada, hanya saja tak lagi ngoyo (istilah Jawa, meaning gigih sangat untuk mendapatkan) .
JD saya lebih santai, dan Nerima apapun yg saya dapat. Syukuri sajalah.
In sya Allah semoga kita sentiasa Allah kurniakan rahmah untuk kita rasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.
DeleteMasa amat pantas berlalu dan tidak terkejar oleh kita semua...
ReplyDeleteapa-apapun wajib bersyukur atas kurniaan nikmatnya
In sya Allah semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur
DeleteDunia tidak pernah berhenti berjalan. Maka kita harus berhenti sejenak bagi mensyukuri nikmat yg kita ada harini
ReplyDeleteBetul tu Mazni. Harapnya kita bersyukur sokmo kan
Delete