Slowly But Surely

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuanya di hari Jumaat yang indah ini?

Indah sebab hari terakhir bekerja sebelum kita berjumpa Sabtu dan Ahad😅. 

Bak kata pakar motivasi "sentiasa mencari kebahagiaan di dalam perkara-perkara kecil dan sederhana di dalam hidup".

Antaranya bagi den adalah hari Sabtu dan Ahad😍. 

 

Ini adalah contoh slowly but surely yang kita lalui setiap minggu.

Kita melalui hari Isnin sehingga Jumaat yang terasa perlahan dan panjang terutamanya bagi den yang terpleot bekerja ini la😅. 

Tetapi in sya Allah kita pasti akan berjumpa juga dengan hari Sabtu dan Ahad.

Betul kan tafsiran den tentang slowly but surely ni😅. 

 

Den bahagia sebab malam ini Episod 13 KDrama Royal Nemesis.

Sabtu malam merupakan Episod 14 dan episod terakhir bagi KDrama ini.

Kalau boleh hendak KDrama ini ada 50 episod sebab terpesona dengan Cha Sye-ge tetapi kita bagi peluang untuk watak lain di dalam KDrama lain pula untuk menceriakan hidup kita ye.

KDrama yang menyebabkan nama Heo Nam-jun meletup-letup dan menjadi sebutan ramai😍. 

Semoga oppa yang seorang ini terus success dan dapat pilih naskah yang molek untuk projek yang mendatang.

Sudah masuk separuh bulan Jun tetapi den punya tahap melemau tidak boleh dibawa berbincang.

Reading slump yang parah banget. 

Udah seminggu tidak dapat habiskan sebuah buku pun.

Tetapi satu ketika dulu den pernah berhenti membaca selama 3 tahun.

So in sya Allah semoga semangat membaca ini akan kembali.

Pelan-pelan pun tidak apa asalkan jangan terkandas terus macam crush yang tidak pernah tahu pun kita ni crush pada dia😅.

Eh apa kaitannya ye😅.  

 

Baca macam-macam berita memang boleh buat kita terkesima dan tanpa disangka tertahan nafas sebentar.

Den pula udah la jenisnya cenggeng.

Baca cerita media Korea Selatan vs pasukan bola sepak Korea Selatan pun sebak.

Baca perkongsian kawan-kawan hantar anak-anak sambung belajar pun ayaq mata bergenang-genang.

Kalau terbaca cerita sedih macam kemalangan, sakit dan dalam rawatan, cerita kesihatan mental, dsb lagi la patah hati keriuk-keriuk.

Jung Kyung-ho berpisah dengan Choi Soo-young selepas 14 tahun bercinta pun den sedih macam kan den pula yang cintanya tidak kesampaian dengan Jung Kyung-po itu😅.  

Mungkinkah sedang di fasa pra-menopause barangkali😌? 

Atau sebenarnya slowly but surely sedang bermutasi untuk menjadi raksasa gorgon di pejabat? 

Ke keterpleotan sebab KDrama Possessed masih belum reda? 

 

Paham apa yang Saidina Umar al-Khattab koba:

Pada akhirnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu air mata untuk menerimanya.

Tapi itu la kan namanya pun manusia yang sokmo berkeluh kesah. 

Ada aje yang hendak dipersoalkan, difikir dan sebagainya.

 

Hidup ini kadang-kadang begitu ye.

Ada naik turun, pause sekejap, jalan lagi, tergolek sebentar, bangun semula begitu. 

Sempena Maal Hijrah yang kita baru lalui Rabu lepas, semoga apa yang kita buat, perbaiki dan seangkatan dengannya dapat kita buat secara istiqamah.

Bak kata omputih 'slowly but surely'. 

Orang biasa macam den ini tidak bisa buat perubahan drastik.

Nanti terus terpleot langsung menjadi belalang kunyit atau mentibang laut😅.

 

Contoh yang paling senang bab membaca.

Membaca buku ilmiah terutamanya buku agama untuk den adalah sesuatu yang berat dan sukar sebab den ini memang suka berjimba katak dan biasa membaca buku yang santai.

Tetapi den usahakan juga membaca buku begitu sebab umur sudah semakin meningkat jadinya kena usahakan unutk menjadi semakin molek perangai, fikiran dan tindakan macam tu.

Walaupun setiap kali membaca buku ilmiah/agama den akan ambil masa yang sangat panjang sampai tergolek-golek tetapi den cuba juga walaupun banyak kali tersadung.

Ini slowly but surely versi den bagi bab membaca. 

 

Kalau slowly but surely versi Hotel de Luna KDrama, Go Chung-myung berada di sisi Jang Man-wol selama 1,300 tahun sebagai kunang-kunang dan akhirnya dapat berjumpa sebagai manusia walaupun tidak sampai 5 minit.

Tragis la pula ye slowly but surely ini. 

Jadinya untuk semua, enggak apa-apa kalau kita itu agak lambat, beberapa kali pause, berapa kali mula semula, dsb kerana pace dan fasa kita berbeza.

Slowly but surely kita berbeza. 

Yang penting kita istiqamah ye.

In sya Allah.

 

In sya Allah masih sempat untuk membaca Surah Al-Kahfi hari ini.

Macam den pernah koba dulu, kita boleh bahagikan 110 ayat kepada 5 waktu solat.

Setiap kali lepas solat kita baca 22 ayat Surat Al-Kahfi.

In sya Allah by Isyak, kita akan selesai membaca Surah Al-Kahfi untuk hari Jumaat ini. 

Ini pun contoh slowly but surely juga.

Tidak membaca sekaligus in one sitting tetapi dibahagikan kepada 5 bahagian. 

Ada orang boleh membaca Surah Al-Kahfi sekaligus 110 ayat selepas solat Subuh atau semasa waktu rehat antara 12.15 tengahari hingga 2.45 petang pada setiap hari Jumaat.

Tapi itu la den bila rehat di hari Jumaat samada tidur bawah meja, layan KDrama sampai lebam atau pergi makan dengan officemates dengan jayanya. 

Dasar elok dirembat dengan dahan pokok semambu begitulah ye😅. 

 

Semoga weekend kita molek dan bahagia ye.

Kita usahakan slowly but surely ikut versi kita yang tersendiri ye. 

 

 

 

  

0 comments