Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Sabtu ini?
Tinggal satu hari sahaja cuti sekolah dan PBAKL 2026 yang mana kedua-duanya akan berakhir esok.
Semoga hari minggu kita molek-molek belaka ye.
Minggu lepas ada ex-teammate ajak mengopi setelah hampir 4 tahun tidak berjumpa selepas dia berhenti kerja.
Udah beberapa kali merancang untuk mengopi akhirnya berjaya juga.
Kami jumpa bertiga.
Disebabkan den memang introvert dan tidak beberapa pandai menyembang, elok la ada officemate yang petah berbicara ikut sama agar suasana tidak krik krik😅.
Asalnya hendak minum di cafe lain tetapi macam telah ditutup terus cafe nya itu sebab tidak dijumpai.
Kami mengopi di Kitchen Craft Cafe sebab ini adalah cafe yang pertama kami nampak selepas turun dari kereta😅.
Alhamdulillah rezeki makanan yang kami pesan ada rasa.
Persekitaran cafe pun welcoming dan santai.
Sesuai untuk sesi curhat dan menyembang sakan.
Disebabkan masih kenyang, den ambil apple crumble with ice cream.
Officemate makan toast with crisp banana and ice cream.
Macam itu lah kalau tidak silap den nama menunya.
Menu sekarang hipster sungguh.
Awak yang generasi dinosaur ini terkebil-kebil hendak membacanya😅.
Ex-teammate makan spicy dory fish and chip.
Sedap sungguh ye spicy dory fish and chip untuk tekak den.
Menyesal pula den tidak pesan menu itu😅.
Toast with crisp banana and ice cream pun molek rasanya.
Pisang itu garing dan rapuh tetapi tetap boleh rasa sira nya.
Toast pun garing tapi lembut.
Macam mana tuh ye😅.
Bila disekalikan dengan aiskrim memang sedang elok begitu.
Apple crumble with ice cream molek dan manisnya boleh bikin potong kaki begitu😅.
![]() |
| Antara menu yang ada di sini |
Officemate den cakap 'KBida jangan nak order teh o ais ye'😅.
Dia tau dah den memang bukan penggemar kopi.
Disebabkan tiada teh o ais, terpaksa la den pesan la raspberry lime pop.
Asalkan bukan kopi begitu tajuknya.
Officemate den minum machiato caramel.
![]() |
| Handmade coaster gambar kucing ni comel sangat |
Persekitaran cafe molek dan buat kita rasa hendak berlama-lamaan di sini.
Kebetulan masa kami datang hanya ada 4 orang yang sedang mengopi.
Lagu-lagu pun genre healing macam In The Stars (Benson Boone), Wish You Were Here (Avril Lavigne) dsb.
Ada disediakan board games untuk kita guna.
Den suspect pemilik cafe ini peminat Star Wars sebab ada poster dan patung watak dalam Star Wars macam Yoda bagai.
Den cuba cari Darth Vader tetapi tidak berjumpa pula.
Sakan la kami update perkembangan kehidupan masing-masing sebab sudah 4 tahun tidak berjumpa.
Hanya sekadar bertanya khabar, hantar meme dan ucap selamat hari raya lewat whatsapp sahaja selama ini.
Lebih pada ex-teammate dan officemate den bercerita.
Den tukang sampuk sekupang dua😅.
Alhamdulillah nampak ceria dan gembira dengan kehidupannya di dalam penternakan unggas.
Den tumpang happy untuk dia dan keluarga kecilnya.
Semoga yang molek-molek sahaja untuk ex-teammate yang sudah menjumpai kehidupan slow and steady di kampung.
Jealous juga sebenarnya sebab den masih di bandar dok hustle kehidupan yang macam-macam cerita ni😅.
Lama juga kami menyembang sampai 2 jam.
Kalau diikutkan lama lagi boleh menyembang tetapi itulah semuanya hendak bergerak awal sebab takut tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.
Boleh datang lagi mengopi di sini satu hari nanti sebab makanannya den berkenan sungguh.
Tidak pasti pula berapa jumlah harga kami makan sebab ex-teammate itu yang belanja.
Semoga panjang umur cafe ini sebab telah ada beberapa cafe yang den pernah makan dan rasa makanannya pun molek di tekak den tetapi selepas itu tiba-tiba menamatkan operasi atas pelbagai sebab.
Selamat bersantai di hari Sabtu.
Jaga diri semua.
















0 comments