Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari terakhir pada Jun 2026?
Klik pok klik pok sudah 181 hari kita di tahun 2026.
Alhamdulillah Allah izinkan kita mengharungi pelbagai kisah naik turun melintang lalu membujur patah di dalam hidup kita.
Walaupun den mengesot di Jun 2026 ini Allah rezekikan banyak perkara molek-molek yang perlu disyukuri:
✅sambutan Jubli Perak (25 tahun) bekerja di jabatan yang bak kata Mufti Selangor 'tanggungjawab semua yang terlibat seperti kamu ini merupakan fardhu kifayah'. Walaupun kadang-kadang ada rasa 'kenapa la kena kena pergi kerja😂' den pasrah aje la ye😂. Apa lagi yang hendak dikatakan lagi ye tak😂.
✅rezeki dapat JJCM makan sampai segah perut dengan blogger UG, isteri dan blogger Fanny. In sya Allah den ceritakan nanti ye.
✅mengopi dengan ex-teammate yang telah hampir 3 tahun rasanya tidak berjumpa. Tumpang gembira dia bahagia dengan kehidupan sebagai petani moden. Sebenarnya den jealous bila dengar dia bahagia mengejar ayam-ayamnya setiap pagi😂.
✅sesi curhat bersama sepupu, curhat bersama ex-housemate, celebrate birthday officemate, makan-makan bersama teammate, makan kenduri officemate dan anak boss yang semuanya melibatkan makanan yang usah dikira kalorinya😂
✅F kurang sihat. Tidak pasti F boleh atau tidak menduduki SPM tahun hadapan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk my dinosaur whisperer ini😍.
✅sesi JJCM 4H3M Tawau-Semporna dengan 2 orang yang sangat sempoi. Ini entah bila rajin hendak cerita ye😂.
✅14 buah buku sempat dibaca pada bulan ini walaupun ada hampir 2 minggu tak sentuh sebuah buku pun sebab terpleot tidak ketahuan apa puncanya😂
✅KDrama My Royal Nemesis akan jadi KDrama yang den ulang tengok bila hari terasa agak kelam dan suram di mana keletah Cha Se-gye diperlukan untuk menceriakan suasana😂
Walaupun setengah tahun berlalu, den masih tidak lagi mula bersenam.
Adoi la😂.
Semoga Jun 2026 memberikan banyak cerita manis di dalam hidup kita.
Yang mana molek kita kenang dan hargai.
Yang mana perlu dijadikan pedoman, kita berlapang dada begitu ye
Yang mana hampir mengundang mutasi menjadi raksasa gorgon😅, kita biarkan berlalu pergi.
Yang mana menjadikan ChatGPT sebagai kaunselor bagi memujuk hati, iya ngak apa-apa diteruskan aje selagi tidak memudaratkan.
Terima kasih Jun 2026.
Semoga Julai 2026 lebih awesome untuk semua.










0 comments