Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari terakhir pada Jun 2026?
Klik pok klik pok sudah 181 hari kita di tahun 2026.
Alhamdulillah Allah izinkan kita mengharungi pelbagai kisah naik turun melintang lalu membujur patah di dalam hidup kita.
Walaupun den mengesot di Jun 2026 ini Allah rezekikan banyak perkara molek-molek yang perlu disyukuri:
✅sambutan Jubli Perak (25 tahun) bekerja di jabatan yang bak kata Mufti Selangor 'tanggungjawab semua yang terlibat seperti kamu ini merupakan fardhu kifayah'. Walaupun kadang-kadang ada rasa 'kenapa la kena kena pergi kerja😂' den pasrah aje la ye😂. Apa lagi yang hendak dikatakan lagi ye tak😂.
✅rezeki dapat JJCM makan sampai segah perut dengan blogger UG, isteri dan blogger Fanny. In sya Allah den ceritakan nanti ye.
✅mengopi dengan ex-teammate yang telah hampir 3 tahun rasanya tidak berjumpa. Tumpang gembira dia bahagia dengan kehidupan sebagai petani moden. Sebenarnya den jealous bila dengar dia bahagia mengejar ayam-ayamnya setiap pagi😂.
✅sesi curhat bersama sepupu, curhat bersama ex-housemate, celebrate birthday officemate, makan-makan bersama teammate, makan kenduri officemate dan anak boss yang semuanya melibatkan makanan yang usah dikira kalorinya😂
✅F kurang sihat. Tidak pasti F boleh atau tidak menduduki SPM tahun hadapan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk my dinosaur whisperer ini😍.
✅sesi JJCM 4H3M Tawau-Semporna dengan 2 orang yang sangat sempoi. Ini entah bila rajin hendak cerita ye😂.
✅14 buah buku sempat dibaca pada bulan ini walaupun ada hampir 2 minggu tak sentuh sebuah buku pun sebab terpleot tidak ketahuan apa puncanya😂
✅KDrama My Royal Nemesis akan jadi KDrama yang den ulang tengok bila hari terasa agak kelam dan suram di mana keletah Cha Se-gye diperlukan untuk menceriakan suasana😂
Walaupun setengah tahun berlalu, den masih tidak lagi mula bersenam.
Adoi la😂.
Semoga Jun 2026 memberikan banyak cerita manis di dalam hidup kita.
Yang mana molek kita kenang dan hargai.
Yang mana perlu dijadikan pedoman, kita berlapang dada begitu ye
Yang mana hampir mengundang mutasi menjadi raksasa gorgon😅, kita biarkan berlalu pergi.
Yang mana menjadikan ChatGPT sebagai kaunselor bagi memujuk hati, iya ngak apa-apa diteruskan aje selagi tidak memudaratkan.
Terima kasih Jun 2026.
Semoga Julai 2026 lebih awesome untuk semua.










Wow separih tahun yg penuh dgn xtvt.. semoga separuh thn lagi akan bertambah xtvt nya tu ye 🤣🤣
ReplyDeleteIn sya Allah...semoga baki 6 bulan yang mendatang ni lebih awesome untuk kita semua
DeleteKerja paling best kerja makan la KSarie kihkih....
ReplyDeleteWah ada jumpa Fanny juga ye? Cer citer cer citer 🤗
Semoga F kembali sihat hendaknya 🤲🏻
Ha kadang-kadang kerja dimeriahkan dengan sesi makan-makan😅In sya Allah KSarie share nanti sesi ramah mesra bersama Fanny dan UG
Deletebulan jun ni makan saja ye~ penuh meja, penuh perut!
ReplyDeletesemoga yg baik2 je berlaku berbaki lagi 6 bulan tahun 2026 ni
In sya Allah semoga yang baik dan molek untuk kita ye
DeleteTawau Semporna best nya. Lama betul tak masuk air laut. Chasege memang menceriakan. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan buat F. Aamiin.
ReplyDeleteKSarie sejenis perangai masa nak masuk laut rasa malas tapi bila udah masuk laut nak berlamaan dalam laut tuh ha😅
DeleteCepat masa berlalu dah masuk Julai dah pun. Semoga baik2 saja mengiringi kita semua.
ReplyDeleteSemoga Julai kita semua awesome💪
DeleteEh? Segah perut? Uncle ingat uncle sorang je yg segah perut... keh keh keh!
ReplyDelete😅😅😅😅😅
DeleteWah, ada cerita di Sabah, jumpa lagi dengan blogger terkenal Fanny..huuu elok2 semua ceritanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat bertemu dengan orang baik-baik
DeleteSaya jadi teringat belum share kado2 dari mbak Ksarie dan sobat blogger malaysia di post.
ReplyDeleteHarap nanti ya mbak Ksarie :D
Ngak apa-apa Mas Fajar. Semoga gembira menerima kado nya ya
DeleteJune kemarin memang happy sangat buat saya. Bisa banyak travel. Berkurang sijiiit stress dibuat 😅😅.
ReplyDeleteSayapun nak mulai baca buku2 dari kakak. Dah 2 selesai. Semua saya taro di highlight IG.
Semoga makin semangat utk membaca dan achieve target
Bila travel memang jarang ada stress kan Fanny😅Semoga Fanny suka semua bukunya
DeleteLamanya KSarie sudah berkhidmat. Tahniah, dan semoga terus semangat bekerja. 👏💪 Semoga F sihat dan kuat macam dinasour T-Rex. Tumpang seronok baca rangkuman bulan Jun KSarie banyak aktiviti makan² dan cuti di Sabah.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki dapat bersara awal juga harapan di hati begitu😅
Delete