Jubilee June

Assalamualaikum dan apa khabar semua di hari ketiga di bulan Jun? 

Den doakan semuanya kekal bersemangat untuk menempuh bulan Jun yang diharapkan molek-molek belaka harinya untuk kita.

Dua hari cuti umum pada 1 dan 2 Jun lepas membuatkan kalau boleh den rasa hendak cuti lagi😅. 

In sya Allah 17 Jun (Rabu) kita akan cuti Awal Muharram pula ye. 

Mengopi dan sesi curhat bersama 4 orang jiran sempena birthday seorang daripada mereka. Sakan bergossip sampai 4 jam semalam😅

Den rasa tajuk blogpost ini adalah yang paling sesuai untuk den kerana 1 Jun 2026 genap 25 tahun den bekerja di sini.

Dalam pada dok meratib hendak bersara awal bagai, udah separuh abad den bekerja di sini😅. 

Bak kata orang ramai, yang dok meroyan hendak berhenti kerja dan bersara awal ini la biasanya yang akan bekerja sehingga pencen wajib😅. 

In sya Allah den ada lagi 8 tahun sebelum pencen wajib pada 2034.

Boleh jadi den berjaya juga bersara awal.

Boleh jadi den tidak sempat pencen sebab meninggal dunia.

Kita pun tidak tahu apa akan jadi pada esok hari kan?

Selagi mana masih bekerja, makanya hendaklah diusahakan untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya ye.

Ayat gomen habis😅. 

 

Cuti sekolah masih berbaki 5 hari lagi.

Setakat ini memang tiada rancangan hendak ke mana-mana.

Kiddos pun sangat berbahagia main game sakan di rumah tu. 

Bertuah betul😅. 

 

Apa rancangan kome di bulan Jun ini?

KDrama 

Jumaat dan Sabtu setiap minggu bagi 3 minggu mendatang ini den akan nantikan dengan penuh harapan sebab hendak tengok episod 9 - 14 KDrama The Royal Nemesis😅. 

Memang penantian itu suatu penyiksaan apabila terjebak dengan ongoing KDrama ni ye😅.  

Hero yang meletup pada tahun 2026 ini

Ada berbaki 3 episod KDrama Possessed  (2019) yang den hendak habiskan.

Sad ending khabarnya tetapi kehidupan kadang kala begitulah kan. 

Bercadang hendak tengok KDrama Reborn Rookie dan The Legend of Kitchen Soldier.

Mungkin juga akan tengok Agent Kim Reactivated sebab rindu kepada So Ji-sub. 

Kisah KDrama pun udah penuh jadual Jun den ye😅. 

 

Keroje

Seperti biasa jadual sudah penuh berjujuk.

Yang paling buat den menghela nafas adalah kena buat pembentangan di dalam program yang bisa mengundang sesi berpiket oleh stakeholders😅. 

Slaids belum buat. 

Sempat lagi kot kan merancang untuk MC pada hari kejadian😅? 

Ada sambutan Hari Air Sedunia juga nanti.

Tidak habis kalau bercerita tentang kerja ini kan?

 

Walaupun den tidak pergi PBAKL 2026 yang akan berakhir pada 7 Jun 2026 ini, tetap la juga den mempunyai pelbagai buku di dalam kategori To Be Read (TBR).

Buku yang dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Baik buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan.

Koleksi buku-buku milik sendiri. 

Ebooks pun banyak juga yang menanti untuk dibaca. 

Semoga dapat terus membaca.

Harap sangat dapat membaca buku Persiapan Menghadapi Maut Siri 2 Roh Yang Bersedih.

Rezeki dapat beli buku terpakai ini RM10 di Shopee

Tapi takut hendak baca pun iya.

Sebab patah hati mengenang dosa diri sendiri😭.

 

Semoga den dapat mula berzumba kembali setelah 8 bulan tidak menguit mengeluarkan penuh.

Semoga dapat mengganti puasa juga hmmmm. 

 

Semoga Jun kita semua molek-molek belaka.

In sya Allah nanti den blogwalking ye. 

Jaga diri semua.

 

 

 

 

 

 

 


0 comments