Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari terakhir pada bulan Mei 2026?
Bagaimana Mei 2026 kome?
Den boleh katakan Mei 2026 den adalah bulan yang bermula huruf M.
Malas.
Mengesot.
Merangkak.
Mencabar.
Mentibang laut.
Miaw miaw.
Ha begitulah😅.
Tapi sebagaimana selalu diingatkan di dalam ceramah, kursus motivasi, dsb.
Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana masih hidup pada hari ini.
Masih punya hayat, kesempatan dan ruang untuk memohon keampunan biarpun dosa kita setinggi langit dan seluar bumi daripada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
So ayuh recaps bulan Mei 2026.
✅Kerja Kerja Kerja
Mei 2026 ini menyaksikan den berusaha sedaya upaya untuk tidak menjadi Naga Merah atau Harimau Hitam seperti di dalam komik Dewata Raya karya Tony Wong😅.
Den peminat tegar komik ini circa 1994 - 1996.
Dari harga RM2.80 sebuah sehingga harganya mencecah RM4.50 sebuah den gigih mengumpul komik ini.
![]() |
| Sumber pakcik google |
Selepas itu komik-komik ini dibakar oleh arwah atok sebab katanya ingatkan udah tidak mahu bacaðŸ˜.
Ketika kejadian ini berlaku den berada di universiti jadinya tidak sempat hendak menyelamatkan komik-komik ini.
Bekerja ini kadang-kala ada fasa bak kata arwah pelakon Azean Irdawaty 'you make my blood goes upstairs' (darah tinggi)😅.
✅KDrama
Kejayaan cemerlang bab menonton KDrama bulan ni.
Siap delulu to the max kepada Heo Nam-jun😅.
Jatuh cinta teruk dengan KDrama The Royal Nemesis.
Setakat 8 episod, memang awesome.
Rom-com is rom-coming bak kata ramai penontonnya.
5⭐ setakat ini.
KDrama Wonderfools pun awesome teruk.
Sudah kurang kayu si Cha Eun-Woo😅.
5⭐ daripada den.
✅Muzium Shah Alam
Berjalan-jalan di Muzium Shah Alam bersama keluarga kecil den.
Molek muzium ni.
In sya Allah nanti den cerita dalam post lain ye.
✅Movie Date Bersama 'Anak Ikan'
Akhirnya setelah beberapa kali janji dicapati berjaya juga mengopi, makan dan tengok wayang dengan budak bertuah nan seorang.
Layankan aje la dia hendak tengok movie vibes Generasi Z ini😅.
✅Berjalan 30 minit di taman dengan jiran walaupun selepas itu den makan nasi lemak hati ayam. Hmmmm.
✅17 Buah Buku Dibaca
Kalau hendak diikutkan macam di dalam fasa reading slump bulan ini.
Ada seminggu tu tidak membaca apa langsung.
Sekali eh bila tengok rekod di Bookmory, den berjaya membaca 17 buah buku juganya.
Not bad la juga ye.
Semoga semangat membaca dapat diteruskan walaupun merangkak, mengesot segala.
Macam-macam berlaku di bulan Mei ini.
Banyak perkara yang perlu disyukuri.
Banyak juga perkara yang perlu ditambahbaik.
Ada perkara yang perlu dibiar berlalu pergi begitu sahaja.
Semoga Jun 2026 lebih molek untuk kita semua.
Jaga diri semua.









0 comments