Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Macam mana Mei kome setakat ini?
Semoga yang molek-molek belaka ye.
Suku 2026 telah berakhir dengan pelbagai kisah.
Semoga Mei 2026 membawa kebahagiaan berganda kepada kita.
In sya Allah.
Marvelous May sebab penuh dengan hari cuti😅
Dasar sungguh kan😅?
Hari pertama di bulan Mei udah cuti hari pekerja.
22 Mei cuti sekolah akan bermula.
27 Mei Aidiladha.
31 Mei Wesak.
Meriah betul dengan cuti kan😊.
Den memulakan minggu pertama di bulan Mei dengan begitu lemau sekali😅.
Baca buku pun sekupang aje.
Tidak blogwalking🥲.
Selebihnya terkelepet melayan Neflix😅.
Marathon 2 buah KDrama lama.
The Good Bad Mother (2023).
Ini kome terutamanya emak kena tengok sebab walaupun niat emaknya baik berusaha gigih mendidik anaknya agar menjadi orang cemerlang tetapi emaknya narsistik. Mujur hero tidak menjadi psikopat. 4/5⭐
Military Prosecutor Doberman (2022).
Serious mantap cerita ini tentang kehidupan sebagai tentera dan jenuhnya la hendak buktikan salah laku tentera terutamanya apabila melibatkan pegawai berpangkat ini. Ini emaknya narsistik + psikopat. Cuma heroine nya hebat hendak mati ala-ala John Wick la pulanya. Antara dialog yang den paling ingat dalam KDrama ini 'cacing tak guna'. Macam kelakar sebab biasanya orang cakap bila marah akan cakap 'anjing tak guna'. Tengok KDrama ini mengingatkan den kepada movie A Few Good Man (1992). 4/5⭐
Bulan Mei ini jadual kerja nampak macam meriah😅.
Ada 1 SOP yang mengundang air mata darah perlu disiapkan bulan ini.
Ada beberapa bengkel yang perlu dihadiri.
Udah tua ini kan sel otak pun ala-ala telah tidak berhubung, terpleot benar rasanya bila ada bengkel lagi-lagi kalau bengkel ala-ala pentadbiran macam pengurusan rasuah, pemantapan organisasi, team building, dsb.
Dia macam buat la kursus ke bengkel apa pun, kalau kakitangan yang hadir perangai udah macam mentibang laut, dibagi minum air Yassin dari 7 kolah masjid pun dia tetap menunggang agama.
Eh😅.
Den lagi sanggup dan rela pergi pemantauan tapak walaupun di bawah terik mentari.
Eceh😅.
Udah-udah la tu Bidasari menjadi golongan berhaluan kiri di pejabat itu ye😅.
Pergi aje la bengkel, kursus, dsb yang diarahkan.
Agak-agak menjengkelkan, kita MC aje la😅.
Tetapi itu la ya selagi namanya 'saya yang menjalankan tugas' kita usahakan sebaik mungkin ye.
Teringat ustaz cakap kalau kita menunaikan solat sunat Dhuha di dalam waktu kerja ianya adalah tidak boleh sebab perkara yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tersebut adalah wajib bekerja.
Jadinya moh la kita bekerja molek ye.
Chaiyok💪💪.
29 Mei - 7 Jun 2026 akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Den udah 2 tahun tidak pergi PBAKL.
Rasanya tahun ini macam tidak akan pergi juga.
Lagi-lagi sakan telah memborong buku pada April lepas masa Program Book Tour😅.
Tapi tak tau la nanti kalau tiba-tiba kesurupan lalu terpegi juga PBAKL ni😅.
In sya Allah kita akan sambut Aidiladha 27 Mei ni.
2 orang officemates dijemput menunaikan Haji.
In sya Allah semoga ada rezeki kita pula dijemput nanti ye.
Cuti sekolah ini tiada rancangan ke mana-mana Mei ini kerana cuti tinggal sedikit sebab sakan berjimbaan April lepas😅.
Walaupun hati terkinja-kinja hendak makan scones di Cameron Highland tetapi tidak la sanggup hendak terperangkap di dalam kesesakan demi seketul scone😅.
Semoga Mei 2026 kita marvelous ye.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita, mengurniakan kesihatan terbaik kepada kita dan merahmati kita sehingga ke akhirnya.
Nanti den blogwalking ye.
In sya Allah.
Jaga diri semua.
![]() |
| Semoga Mei ini den berpeluang baca buku yang awesome dan mengopi sana sini |

0 comments