Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Semoga ada rezeki kita hendak membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.
In sya Allah.
Den hendak kongsikan sebuah buku yang den baca baru-baru ini.
📘Filosofi Rerama
✍️Anie Alja
📖286 mukasurat
🏫Perpustakaan Awam Batu Gajah
Perkongsian penulis tentang bagaimana mendidik anak-anak remaja supaya menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama, bangsa, negara, keluarga dan diri sendiri.
Pembacaan yang sangat sesuai untuk den yang ada 2 orang anak lelaki remaja yang macam-macam ceritanya😅.
Antara perkara yang dikongsikan oleh penulis di dalam mendidik anak biar semasa di fasa rebung yang masih mudah dibentuk bukannya apabila telah menjadi buloh yang sukar dilentur:
✅adab!adab!adab!
Teringat masa den pergi mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak den. 2 orang pengetua daripada 2 sekolah berbeza memberitahu ayat yang lebih kurang sama di dalam ucapan mereka iaitu "kalau tidak pandai pun tidak apa asalkan ada adab dan budi bahasa".
✅Lengkapkan mereka dengan ilmu agama supaya mereka faham tanggungjawab kepada orang sekeliling mereka.
Contoh anak lelaki kelak yang akan membesar menjadi suami dan ayah faham tanggungjawab nafkah, dsb.
✅perkasakan jati diri.
Udah kenapa ayat macam silibus kursus Bina Negara😅.
🌸Perlu lengkapkan anak-anak dengan ilmu percaya diri dan harga diri seumpamanya supaya mereka dapat bertahan hidup di dalam komuniti kerana kita tidak selamanya berada untuk 'pedo' mereka.
🌸mereka ada ilmu untuk menjadi insan berguna bukannya mentibang laut, tahu nilai diri, dsb
✅Ilmu kewangan - supaya mereka bijak menguruskan hal kewangan daripada segi simpanan, perbelanjaan untuk kelangsungan hidup, tidak terjebak dengan pelaburan yang akhirnya melebur, dsb
✅menjadi kawan kepada anak supaya mereka boleh cerita apa sahaja dengan kita
🌸Validate perasaan mereka
🌸Menjadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang kita rasa sesuatu isu kecil sahaja tetapi pada mereka di usia remaja isu itu adalah sesuatu yang begitu besar
✅menjadi penyokong kuat anak-anak dan guide mereka di dalam kehidupan
🌸kenalpasti kekuatan dan kekurangan anak-anak supaya kita dapat guide mereka ke laluan yang sepatutnya
🌸sokong minat dan cita-cita anak-anak selagi ianya berada di landasan yang benar
✅tanamkan nilai you reap what you sow
🌸supaya mereka tidak berperangai seperti mentibang laut yang dibagi minum air Yassin dari 7 kolah masjid pun dia tetap menunggang agama.
Eh😅
✅terapkan tanggungjawab sejak deme kecil walaupun hasil kejadian menyebabkan dada kita agak terpleot dan bisa mengundang rasukan abalasa.
🌸Masak nasi seolah gigi orang yang makannya dibuat daripada vibranium. Suruh deme habiskan nasi keras yang deme masak. Lepas tu deme akan cuba baiki supaya nasi yang dimasak sedang elok.
🌸Terlupa buat homework? Biarkan deme didenda mencangkung tepi longkang dek cikgu
✅Mak ayah jangan membuli anak-anak dan vice versa.
✅Mak ayah perlu berlapang dada dan belajar melepaskan anak-anak ala-ala melepaskan layang-layang terbang tinggi tetapi ditarik talinya apabila perlu.
✅Mak ayah perlu sentiasa mendoakan anak-anak agar sentiasa beroleh rahmat Allah, diteguhkan hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar, dikelilingi orang beriman dan baik, dsb.
Semoga Allah merahmati kita agar tidak mem'payung' anak kita sehingga dia menjadi Anakku Sazali tanpa kita sedar.
Banyak pengajaran daripada buku ini yang boleh kita adaptasi di dalam usaha mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang molek di dunia dan di akhirat.

0 comments