Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sihat ke semua?
Den di fasa yang hendak mengesot pun malas😅.
Setiap kali bangun pagi dok terfikir 'kena pergi kerja ke hari ni?😅'.
Reading slump yang boleh tahan terpleot😅.
Ada berenyut buku koleksi sendiri.
Ada buku-buku pinjaman PPAS Shah Alam.
Ada buku-buku pinjaman Perpustakaan Komuniti PJ.
Tetapi tidak jumpa sebuah buku pun yang buat hati berbunga-bunga setakat ni.
Dia macam banyak pilihan movies dan series di Neflix tapi tak tau nak pilih cerita apa yang nak tengok😅.
Tapi sokmo orang pesan untuk sentiasa mensyukuri nikmat kehidupan.
Masih diberikan nafas untuk terus berjuang memperbaiki amalan sebagai persediaan ke sana.
Antara perkara kecil yang den look forward sekarang adalah episod seterusnya KDrama The Royal Nemesis setiap weekend.
KDrama rom-com yang bengong😅.
Setakat 4 episod ini memang den suka.
Jadinya sekarang dok menghitung hari untuk tunggu Jumaat 10 malam untuk episod seterusnya.
Hello Heo Nam-jun.
Antara hero yang boleh pergi jauh kalau pilih skrip yang molek.
Heo Nam-jun ni ada vibes Kim Young-kwang, Jang Hyuk dan Kim Jae-wook.
Jenis masculine bukan hero jambu.
Jenis sebenarnya lagi molek jadi villain daripada hero😅.
Sementara hendak mencari mood yang telah ke laut dalam kembali normal, ayuhlah kita tetap mengesot setiap hari sambil mencari masa hendak tengok KDrama Heo Nam-jun yang sebelum ini.
Jaga diri semua.
Have a nice day.


0 comments