Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Semoga semuanya tidak terjebak dengan Monday Blues ye.
Kalau ada Monday Blues kita layan playlist semua lagu Michael Jackson ya🎧🎵🎼
Sabtu lepas den pergi tengok Movie Michael (2026).
Den kongsikan resensi daripada kacamata seorang peminat MJ sejak di sekolah tadika circa 1980an ye😍.
Kesimpulan den untuk movie ini adalah mohon semua tengok biarpun sekali.
![]() |
| Dapat mini poster percuma |
Movie: Michael (2026)
Masa: 2 jam 10 minit
Walaupun pengkritik movie mengatakan movie ini macam dokumentari kehidupan MJ yang boleh dilihat di pelbagai platforms termasuklah Neflix, tidak mempunyai depth seperti Bohemian Rhapsody, banyak bahagian cerita yang telah dimurnikan, banyak kisah penting tidak dimasukkan dsb, movie Michael ini pada firasat den akan pecah panggung dengan kutipan lebih USD$1 billion selepas tayangannya melabuhkan tirai nanti.
Sebab apa movie ini tetap meletup sehingga lagu-lagu popular MJ kembali mengungguli carta-carta lagu seantero dunia walaupun dikritik hebat?
Antaranya sebab peminat macam den la ye😊.
Yang pergi tengok movie Michael sebab kami Gen X membesar dengan lagu-lagu MJ.
Yang sampai sekarang masih mencuba membuat moonwalking dan cuba meniru choreography Thriller walaupun gagal teruk.
Yang mana setiap lagu MJ mempunyai kenangan tersendiri kepada kami.
Macam den, music video pertama yang den tengok adalah Billie Jeans bersama arwah mak dan arwah abah pada tahun 1983 semasa den berumur 5 tahun.
Yang masih menyimpan kaset dan CD MJ.
Yang tidak pernah berpeluang tengok konsert MJ.
Yang tengok movie ni sambil bergenang-genang ayaq mata.
Masa tengok movie Bohemian Rhapsody 2018 pun nangis juga.
Tidak sangka rupanya den ini ada bakat ala-ala Neng Yatimah😅.
Movie selama 2 jam 10 minit ini menceritakan kisah kehidupan MJ daripada tahun 1960an dan berakhir pada 1988 dengan iconic scene iaitu persembahan MJ menyanyikan lagu Bad di Wimbledon.
Di samping semua lagu yang dimasukkan di dalam movie ini buat den rasa hendak bangun dan menari sekali di dalam panggung itu, movie ini menunjukkan betapa MJ berusaha gigih hendak menjadi penghibur yang terbaik daripada kecil semasa bersama Jackson 5 sehinggalah akhirnya.
Patah hati tengok bapa MJ, Joe Jackson yang kerojenya merembat MJ dengan tali pinggang setiap kali MJ cakap penat, menyanyi tidak mencapai tahap yang ayahnya tetapkan, dsb.
Sedih ye sebab sampai udah dewasa MJ pernah cakap di dalam beberapa interview yang dia masih takut bila ternampak kelibat ayahnya.
Movie ini membawa kisah melihat sisi MJ yang kesunyian daripada kecil.
Tidak mempunyai kawan yang benar-benar kawan.
Sebab itu dia berkawan dengan binatang.
Sebak doh bila scenes dia bagitau maknya kawan-kawan cuma nak ambil gambar dan autographnya, masa dia beli permainan Twister tetapi tiada siapa hendak main dengannya, dsb.
Sepanjang hidupnya MJ memberi sumbangan kepada pelbagai persatuan untuk tujuan perubatan, dsb.
Kalau dihayati lagu-lagunya kebanyakannya tentang healing, kemanusiaan, dsb.
Sayang di dalam movie ini tiada ditunjukkan tentang lagu We Are The World (1985).
Tapi itulah kalau hendak buat scene yang satu ini berapa banyak la kos dan kebenaran yang diperlukan sebab melibatkan semua nama-nama besar pada masa itu.
Tidak dikobakan di dalam movie ini MJ mula-mula bedah hidungnya masa hidungnya patah.
Banyak juga kisah yang tidak diceritakan di dalam movie ini.
Mungkin sebab kesuntukan masa.
Mungkin sebab hak cipta, dsb.
Lepas den tengok movie ni, baru den tau masa MJ meletup dengan album Thriller yang terjual 70 juta sehingga hari ini, MJ masih di bawah kawalan ayahnya.
Album Bad yang menjadi penutup movie ini adalah album pertama MJ setelah berjaya meninggalkan Jackson Five sepenuhnya.
Movie ini akhirnya membawa mesej supaya terus berusaha untuk mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup.
Sentiasa humble.
Sentiasa berkongsi dan memberi walaupun dunia begitu kejam.
Jaafar Jackson yang merupakan anak saudara Michael, anak kepada Jermaine Jackson (abang Michael Jackson) membawakan watak MJ dengan sangat hidup sampai ada sesetengah scenes kita akan rasa macam MJ sendiri yang berlakon.
Sumpah mantop kebabom dia berlakon walaupun ini merupakan pertama kali dia berlakon.
Dulu den pernah cakap Rami Malek patut dicalonkan untuk Best Actor bagi Oscar di dalam review movie Bohemian Rhapsody dan sungguh dia menang.
Boleh juga rasanya Jaafar Jackson dicalonkan juga untuk Best Actor😊.
Sememangnya MJ adalah the GOAT (Greatest of All Time) daripada segi nyanyiannya, tariannya, stage presence nya, global dan cultural impact nya dan macam-macam lagi.
Zaman tiada media sosial, peminat kerumun dia di mana-mana dan albumnya meletup bagai nak rak.
Bak kata Beyonce dalam satu temuramah:
There are stars.
There are superstars.
There are megastars.
And there is Michael Jackson.
Michael Jackson adalah seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu dan penulis lirik yang tiada galang ganti dan di dalam kelas tersendiri yang tidak bisa tergapai oleh artis lain.
Tiada seorang pun artis yang semasa era kegemilangannya dan semasa sekarang yang bisa sebaris dengannya.
Siapa penyanyi yang bila dia berdiri atas pentas duduk diam tidak menguit pun, penonton menjerit sampai hilang suara, ramai yang pengsan sampai kena usung keluar, dsb.
MJ seorang sahaja yang mempunyai aura ini.
Masa MJ meninggal dunia pada 25 Jun 2009, den sedang menghadiri kursus di Kota Kinabalu.
Sepanjang hari dari semasa kursus memang hampir semua orang dalam somber mood je.
Masa habis kursus, den melepak minum sorang-sorang dekat kedai kopi di KK.
Nampak ramai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan beberapa pelancong omputih dok mengesat air mata masa minum kopi sambil tengok siaran televisyen tentang kematian MJ dan kisah zaman kegemilangannya.
Den la salah seorang yang menangis sama tu.
Semua orang di kedai kopi tu bercakap tentang MJ, tentang impak lagu MJ di dalam hidup deme, dsb.
Balik hotel tengok lagi siaran televisyen pasal MJ.
Nangis lagi.
Esok paginya sambung kursus dengan mata bengkak😅.
MJ sememangnya sebutir bintang yang tersemat di hati ramai orang termasuk den.
Dikhabarkan akan ada sequel untuk movie Michael ini.
Harapnya ada banyak lagu-lagu popular MJ dalam movie yang akan datang macam Smooth Criminal, Man In The Mirror, Dirty Diana, Black or White, Earth Song, Remember The Time, dsb.
Sementara den masih mencari mood yang hilang ke laut dalam untuk blogwalking, update blog, membaca, dsb den akan terus mencuba untuk moonwalking😅di samping mendengar semua lagu-lagu MJ.
Sila tengok movie ini di wayang terutamanya sekiranya kome adalah peminat MJ.
Den paling suka lagu Thriller sebab music video nya ada hantu😅.



0 comments