One Word For My Blog - WANDERLUST

Assalamualaikum dan apa khabar?

Ramai ke yang berpuasa pada hari ini?

Semoga kita semua diizinkan untuk memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah ini ye. 

Semoga kita semua di bawah rahmat Allah sokmo dan selamanya. 

 

Den agak tertinggal bab into the scene ni. 

Terbaca blog Tot tentang satu kata oleh ChatGPT tentang blog beliau di SINI

Baru tergerak hati hendak tanya ChatGPT tentang blog picisan den yang update nya sekali sekala ala-ala hidup segan mati tidak mahu😅.

WANDERLUST katanya ChatGPT tentang blog den ni. 

Ikut pemahaman den maksud wanderlust adalah ala-ala kuat berangan tidak ketahuan hujung pangkal perempuan nan seorang ini😅. 

Hahahhahaha.

Sebenarnya tepat sekali telahan ChatGPT tentang satu sifat den.

Sangat kuat berangan terutamanya bab travelling.  

Wanderlust itu sendiri maksud sebenar kamus DBP adalah keinginan yang sangat tinggi untuk mengembara. 

Tetapi disebabkan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum berjimbaan ke hulu ke hilir terutamanya kewangan, makanya kebanyakan wanderlust den di dalam mimpi sahaja begitu. 

Bila dibaca semula eh ChatGPT ini bukan cakap pasal blog den tetapi cakap pasal diri den😅. 

 

Sementara menghitung hari bila la hendak Jumaat dan Sabtu sebab menunggu bagai buah tidak jatuh Episod 7 dan 8 KDrama The Royal Nemesis, makanya ayuhlah diteruskan sesi wanderlust begitu.

Jaga diri semua.

0 comments