One Word For My Blog - WANDERLUST

Assalamualaikum dan apa khabar?

Ramai ke yang berpuasa pada hari ini?

Semoga kita semua diizinkan untuk memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah ini ye. 

Semoga kita semua di bawah rahmat Allah sokmo dan selamanya. 

 

Den agak tertinggal bab into the scene ni. 

Terbaca blog Tot tentang satu kata oleh ChatGPT tentang blog beliau di SINI

Baru tergerak hati hendak tanya ChatGPT tentang blog picisan den yang update nya sekali sekala ala-ala hidup segan mati tidak mahu😅.

WANDERLUST katanya ChatGPT tentang blog den ni. 

Ikut pemahaman den maksud wanderlust adalah ala-ala kuat berangan tidak ketahuan hujung pangkal perempuan nan seorang ini😅. 

Hahahhahaha.

Sebenarnya tepat sekali telahan ChatGPT tentang satu sifat den.

Sangat kuat berangan terutamanya bab travelling.  

Wanderlust itu sendiri maksud sebenar kamus DBP adalah keinginan yang sangat tinggi untuk mengembara. 

Tetapi disebabkan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum berjimbaan ke hulu ke hilir terutamanya kewangan, makanya kebanyakan wanderlust den di dalam mimpi sahaja begitu. 

Bila dibaca semula eh ChatGPT ini bukan cakap pasal blog den tetapi cakap pasal diri den😅. 

 

Sementara menghitung hari bila la hendak Jumaat dan Sabtu sebab menunggu bagai buah tidak jatuh Episod 7 dan 8 KDrama The Royal Nemesis, makanya ayuhlah diteruskan sesi wanderlust begitu.

Jaga diri semua.

16 comments

  1. Dulu ada segmen tanya ChatGPT khulasah 100 perkataan untuk blog sendiri.. now lagi extreme satu word sahaja hahahaa... Nak try juga la.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha dia dah jatuh kategori sepatah kata. Tapi blog Afif memang sesuai kalau Wanderlust sebab sokmo dia merayap ke hulu ke hilir

      Delete
  2. Ai pun dah join segmen ni.

    https://aizamia3.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai ChatGPT ni bermain kata kan heheheheh

      Delete
  3. InshaAllah, blog ni bila2 masa boleh updated..alhamdulillah masih aktif membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap masih terus dapat membaca biarpun merangkak

      Delete
  4. Saya lupa waktu itu gpt sebut apa utk blog saya. Yg pasti apa yg dia tulis banyak salah 🤣🤣🤣. Itulah kenapa saya tak publish 😄. Terkadang dia memang suka error lah buat begini 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ChatGPT ini kadang-kadang buat hati kita berbunga-bunga dengan tafsirannya walaupun ada yang tidak betul. Macam masih ada yang sayang begitu

      Delete
  5. gara-gara liat post mbak ksarie dan mbak tot, saya akhirnya penasaran mau coba juga, hihihi.
    Hasilnya adalah : Bercerita. Wah pas betul ya, memang saya senang berbagi cerita di blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat satu kata untuk blog Mas Fajar iaitu Bercerita kerana semua post Mas Fajar lengkap, santai dan bermaklumat ceritanya

      Delete
  6. Pandai betul CGPT ni kan?
    Tapi baik la Wonderlust dari Wonderpet... hehehehe

    ReplyDelete
  7. haha macam betul je ayat suka berjalan tapi kekangan wang tu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha itu KSarie la tu. Berangan sampai ke Kutub Utara tetapi keadaan kewangannya hanya mengizinkan untuk ke Kedai Eco aje

      Delete
  8. Betulkan, si chatGPT ni. Terer betul AI ni. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la ada yang ramai suka bersembang dengan chatGPT. Pandai ayat-ayatnya memujuk

      Delete