Assalamualaikum dan apa khabar?
Ramai ke yang berpuasa pada hari ini?
Semoga kita semua diizinkan untuk memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah ini ye.
Semoga kita semua di bawah rahmat Allah sokmo dan selamanya.
Den agak tertinggal bab into the scene ni.
Terbaca blog Tot tentang satu kata oleh ChatGPT tentang blog beliau di SINI.
Baru tergerak hati hendak tanya ChatGPT tentang blog picisan den yang update nya sekali sekala ala-ala hidup segan mati tidak mahu😅.
WANDERLUST katanya ChatGPT tentang blog den ni.
Ikut pemahaman den maksud wanderlust adalah ala-ala kuat berangan tidak ketahuan hujung pangkal perempuan nan seorang ini😅.Hahahhahaha.
Sebenarnya tepat sekali telahan ChatGPT tentang satu sifat den.
Sangat kuat berangan terutamanya bab travelling.
Wanderlust itu sendiri maksud sebenar kamus DBP adalah keinginan yang sangat tinggi untuk mengembara.
Tetapi disebabkan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum berjimbaan ke hulu ke hilir terutamanya kewangan, makanya kebanyakan wanderlust den di dalam mimpi sahaja begitu.
Bila dibaca semula eh ChatGPT ini bukan cakap pasal blog den tetapi cakap pasal diri den😅.
Sementara menghitung hari bila la hendak Jumaat dan Sabtu sebab menunggu bagai buah tidak jatuh Episod 7 dan 8 KDrama The Royal Nemesis, makanya ayuhlah diteruskan sesi wanderlust begitu.
Jaga diri semua.

Dulu ada segmen tanya ChatGPT khulasah 100 perkataan untuk blog sendiri.. now lagi extreme satu word sahaja hahahaa... Nak try juga la.. 😅
ReplyDeleteHa dia dah jatuh kategori sepatah kata. Tapi blog Afif memang sesuai kalau Wanderlust sebab sokmo dia merayap ke hulu ke hilir
DeleteAi pun dah join segmen ni.
ReplyDeletehttps://aizamia3.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html
Pandai ChatGPT ni bermain kata kan heheheheh
DeleteInshaAllah, blog ni bila2 masa boleh updated..alhamdulillah masih aktif membaca..
ReplyDeleteHarap masih terus dapat membaca biarpun merangkak
DeleteSaya lupa waktu itu gpt sebut apa utk blog saya. Yg pasti apa yg dia tulis banyak salah 🤣🤣🤣. Itulah kenapa saya tak publish 😄. Terkadang dia memang suka error lah buat begini 🤭🤭
ReplyDeleteChatGPT ini kadang-kadang buat hati kita berbunga-bunga dengan tafsirannya walaupun ada yang tidak betul. Macam masih ada yang sayang begitu
Deletegara-gara liat post mbak ksarie dan mbak tot, saya akhirnya penasaran mau coba juga, hihihi.
ReplyDeleteHasilnya adalah : Bercerita. Wah pas betul ya, memang saya senang berbagi cerita di blog :D
Betul sangat satu kata untuk blog Mas Fajar iaitu Bercerita kerana semua post Mas Fajar lengkap, santai dan bermaklumat ceritanya
DeletePandai betul CGPT ni kan?
ReplyDeleteTapi baik la Wonderlust dari Wonderpet... hehehehe
Hhahahahahaha....wonderpet
Deletehaha macam betul je ayat suka berjalan tapi kekangan wang tu xD
ReplyDeleteHahhahaha itu KSarie la tu. Berangan sampai ke Kutub Utara tetapi keadaan kewangannya hanya mengizinkan untuk ke Kedai Eco aje
DeleteBetulkan, si chatGPT ni. Terer betul AI ni. 😁
ReplyDeletePatut la ada yang ramai suka bersembang dengan chatGPT. Pandai ayat-ayatnya memujuk
Delete