Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang masih berhari raya ke?
Den sudah masuk kerja hari ini.
Di tingkat den ada 5 orang sahaja yang bekerja.
Den hendak kongsikan cerita tentang sebuah buku yang den hampir tidak berjaya habiskan😅.
Buku den ambil masa yang lama (hampir 3 bulan) untuk dihabiskan pembacaannya kerana ada banyak perkara yang perlu difahami, diulang baca, direnungkan, disemak silang, dsb.
📘75/2026 Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Berakal
✍️Ibnu Katsir
📖773 mukasurat
🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Buku yang bikin hatinya terpleot, kepalanya pusing dsb kerana sesetengah kisah diterangkan melalui sumber:
✅dalil naqli - bukti atau hujah hukum Islam yang bersumberkan wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis (as-Sunnah).
✅sanad riwayat - perawi yang menyampaikan hadis
✅isnad riwayat - rantaian perawi (sanad) yang menghubungkan teks hadis (matan) kepada sumber asalnya, iaitu Nabi Muhammad SAW, sahabat, atau tabi'in
✅hadis mutawatir - hadis yang diriwayatkan oleh kumpulan perawi yang sangat ramai
✅hadis qharib - hadis diriwayatkan ole nih seorang perawi sahaja
✅hadis maudhu'at - palsu
✅hadis dhaif - lemah
✅hadis matruk - hadis dhaif yang sangat parah
✅hadis marfu' - perkataan, perbuatan, ketetapan (taqrir), atau sifat yang disandarkan langsung kepada Nabi Muhammad SAW, baik sanadnya bersambung maupun terputus, dan baik yang menyandarkannya sahabat, tabi'in, atau setelahnya
✅hadis Mauquf ialah perkataan, perbuatan, atau takrir (pengakuan) yang disandarkan kepada sahabat Nabi SAW, bukan kepada Nabi sendiri.
✅hadis Mursal ialah hadis yang diriwayatkan oleh Tabi'in (generasi selepas sahabat) secara terus daripada Nabi SAW tanpa menyebutkan perantara sahabat (terputus sanad di akhir). Ia tergolong dalam kategori hadis lemah (dhaif) kerana terputusnya sanad.
✅nas dari Kitab Taurat, Zabur dan Injil
✅israiliyat - kisah, berita, atau riwayat yang bersumberkan daripada ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang menyerap masuk ke dalam tafsir Al-Quran, hadis, atau kisah para nabi, dsb.
Selama ini bila sebut tentang hadis, den cuma pernah dengar tentang hadis sahih, hadis dhaif dan hadis palsu.
Sepanjang pembacaan buku ini den jumpa banyak lagi jenis hadis.
Langsung terkesima.
Ada kalanya terasa macam kenapa la den pilih untuk baca buku ini😭.
Buku ini bukan sekadar menceritakan kisah fakta 24 orang Nabi tetapi membuatkan minda kita terpaksa berfikir bagi membezakan kisah sebenar dan kisah yang ditokok tambah, kisah yang diada-adakan, kisah yang menyeleweng, dsb tentang seseorang Nabi.
Buku yang berat untuk den yang lagho ini.
Hampir did not finish (DNF) sebab pening kepala banyak sangat fakta ilmiah.
Kena berfikir yang bersungguh-sungguh.
3 kali renew pinjaman dari perpustakaan.
Tetapi den usahakan juga membacanya sebab inilah satu-satunya buku yang menghimpunkan buku tentang kisah 24 orang Nabi secara terperinci yang den pernah baca.
Ada nabi yang den tidak pernah tahu namanya.
Den membaca 3 mukasurat lepas itu berehat 3 hari dari membaca sebab pening-pening lalat😅.
Sampai kawan den suruh den pulangkan aje buku ni ke perpustakaan bila den dok mengomel kepeningan membaca buku ini😅.
Antara nota yang sempat den catat:
✅Angin kuat yang menghentam kaum Aad (umat Nabi Hud) adalah puting beliung.
✅Nabi Ibrahim as adalah bapa saudara kepada Nabi Luth as.
✅Nabi Ismail as (anak kepada Nabi Ibrahim as dan Hajar) adalah bapa bangsa Arab. Nabi Muhammad saw adalah dari susur galur Nabi Ismail as. Nabi Muhammad adalah satu-satunya Nabi daripada bangsa Arab selepas Nabi Ismail as.
✅Nabi Ishak as (anak kepada Nabi Ibrahim as dan Sarah) adalah bapa bangsa Yahudi. Semua Nabi selepas Nabi Ishak as adalah daripada keturunannya kecuali Nabi Muhammad as.
✅Nabi Yaakub as dikenali juga sebagai Israel. Bani Israel dinasabkan kepada beliau.
✅Nabi Ayub as adalah orang yang paling berat menerima cubaan (sakit teruk selama 18 tahun, kematian semua anak dan kehilangan segala harta benda).
✅Rasulullah saw tidak makan belalang, dhab, bawang merah, bawang putih dan kucai.
✅5 azab yang Allah kirimkan kepada Firaun dan pengikutnya di mana setiap kali mereka minta supaya Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah untuk dihapuskan azab tersebut dan mereka akan beriman kepada Allah serta membiarkan Bani Israel pergi bersama Nabi Musa tetapi apabila setiap azab tersebut dihapuskan mereka kekal kafir:
❇️banjir besar yang tenggelamkan Mesir
❇️serangan belalang ke atas tanaman dan daun pintu besi setiap rumah
❇️kutu
❇️katak
❇️darah pada setiap sumber air
✅Nabi Yusya' as adalah orang yang menemani Nabi Musa as di dalam perjalanan bertemu dengan Khidir sebagaimana diterangkan dalam surah al-Kahfi
✅Nabi Yusya' as memimpin Bani Israel menyerbu Baitul Maqdis dan membebaskan Baitul Maqdis.
Walaupun terpleot hendak menghabiskannya, buku ini antara buku yang molek den baca pada tahun ini kerana banyak betul kisah-kisah nabi yang den tidak tahu.
Bukan bacaan yang mudah tetapi ada sesetengah buku memang begitu ye.
Banyak pengajarannya.
Banyak perlu muhasabah diri.
Den banyak kali teringat kepada ayat 103 dan 104 Surah al-Kahfi sepanjang membaca buku ini.
Semoga Allah sentiasa pegang hati kita agar berada di jalan yang benar dan lurus.
Semoga kita tidak termasuk di dalam mana-mana golongan umat seperti di dalam buku ini yang derhaka dan berpaling dari Allah.
Semoga Allah merahmati kita dan memasukkan kita ke dalam syurga tanpa hisab.
Ayuh kita baca Surah Al-Kahfi hari ini.
In sya Allah masih ada masa untuk membacanya pada hari Jumaat yang barokah ini.
.jpg)






0 comments