Menghitung Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sihat ke semua?

Den di fasa yang hendak mengesot pun malas😅.

Setiap kali bangun pagi dok terfikir 'kena pergi kerja ke hari ni?😅'.


Reading slump yang boleh tahan terpleot😅.

Ada berenyut buku koleksi sendiri.

Ada buku-buku pinjaman PPAS Shah Alam.

Ada buku-buku pinjaman Perpustakaan Komuniti PJ.

Tetapi tidak jumpa sebuah buku pun yang buat hati berbunga-bunga setakat ni.

Dia macam banyak pilihan movies dan series di Neflix tapi tak tau nak pilih cerita apa yang nak tengok😅. 

 

Tapi sokmo orang pesan untuk sentiasa mensyukuri nikmat kehidupan.

Masih diberikan nafas untuk terus berjuang memperbaiki amalan sebagai persediaan ke sana.

 

Antara perkara kecil yang den look forward sekarang adalah episod seterusnya KDrama The Royal Nemesis setiap weekend.

KDrama rom-com yang bengong😅. 

Setakat 4 episod ini memang den suka. 

Jadinya sekarang dok menghitung hari untuk tunggu Jumaat 10 malam untuk episod seterusnya.

Hello Heo Nam-jun.

Antara hero yang boleh pergi jauh kalau pilih skrip yang molek.

Heo Nam-jun ni ada vibes Kim Young-kwang, Jang Hyuk dan Kim Jae-wook.

Jenis masculine bukan hero jambu. 

Jenis sebenarnya lagi molek jadi villain daripada hero😅. 

 

Sementara hendak mencari mood yang telah ke laut dalam kembali normal, ayuhlah kita tetap mengesot setiap hari sambil mencari masa hendak tengok KDrama Heo Nam-jun yang sebelum ini.

Jaga diri semua.

Have a nice day.


 

 

 

16 comments

  1. Setakat ni masih rajin walaupun seret kaki. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Kalau korea semuanya jambu baru laku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heroes yang easy on eyes sebenarnya yang masculine dan macho

      Delete
  3. Mengengsot pun mengengsot la KSarie hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itu la.....kena menguit juga walaupun terpleot

      Delete
  4. Saya pun sama mbak Ksarie, akhir-akhir ini rasanya semangat sedang agak redup. Seredup cuaca di bekasi yang sering hujan beberapa hari terakhir.
    Semangat untuk pergi kerja pun redup benar rasanya. Jika bukan karena butuh uang, rasanya saya ingin rebahan seharian di kasur, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mas Fajar. Kalau tidak memikirkan hutang piutang memang mahu bermalas-malasan di atas tilam

      Delete
  5. Wah.. macam menarik ceritanya. Saya dah lama tak layan KDrama. Macam KSarie cakap, cerita banyak, tapi tak tahu nak pilih mana satu. 😊

    ReplyDelete
  6. Ha setakat 4 episod memang menarik. Harapnya tidak terpleot di tengah jalan la ceritanya

    ReplyDelete
  7. ingatkan menghitung hari apalah... tapi saya pun layan citer ni! masa awal2 tengok tu, tktau dia berstatus ongoing. sekarang tgh frust menonggeng bila next episodenya hahaha.
    laki tu hensem terukss. baru perasan dia ada berlakon gak dalam drama when the phone rings yg tahun lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.....tak sabar sungguh hendak tunggu Jumaat dan Sabtu. Payah bila terjebak dengan series yang ongoing ni. Ha helok juga kejadiannya dalam When The Phone Rings tu

      Delete
  8. Kak Sarie, saya dah beli lah beberapa buku utk kak Sarie, nak saya bagi saat saya di KL nanti 😄. Semoga lah bisa suka isinya yaaa 🤭.

    Drama Royal Nemesis ini saya juga teringin nonton. Nak habiskan dulu Drakor yg saya tengah lihat sekarang. Baru setelah itu RN. Tapi kata teman The Wonderfools juga bagus kak. Kelakar sangat katanya 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh Fanny....terharu KSarie. Terima kasih banyak-banyak ye. Semoga ada rezekinya kita berjumpa nanti. Wonderfools itu memang cerita komedi bikin sakit perut.

      Delete
  9. Part mengesot tu lucu tapi betullah, rasa malas nak bergerak tapi sebab kena kerja maka kena gerakkan juga anggota badan.

    Nak baca buku pun liat je sekarang.

    Setakat ni KDrama stop dulu, tengah layan CDrama. Masih belum move on lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni masih belum terjebak dengan CDrama. Tak mau terjebak lagi sebab yang KDrama ni pun jenuh menjadi delulu di sana sini hehehehhe

      Delete