Resensi Buku Filosofi Rerama oleh Anie Alja

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semoga ada rezeki kita hendak membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.

In sya Allah.


Den hendak kongsikan sebuah buku yang den baca baru-baru ini.

📘Filosofi Rerama

✍️Anie Alja

📖286 mukasurat

🏫Perpustakaan Awam Batu Gajah

Perkongsian penulis tentang bagaimana mendidik anak-anak remaja supaya menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama, bangsa, negara, keluarga dan diri sendiri.

Pembacaan yang sangat sesuai untuk den yang ada 2 orang anak lelaki remaja yang macam-macam ceritanya😅.

Antara perkara yang dikongsikan oleh penulis di dalam mendidik anak biar semasa di fasa rebung yang masih mudah dibentuk bukannya apabila telah menjadi buloh yang sukar dilentur:

✅adab!adab!adab! 

Teringat masa den pergi mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak den. 2 orang pengetua daripada 2 sekolah berbeza memberitahu ayat yang lebih kurang sama di dalam ucapan mereka iaitu "kalau tidak pandai pun tidak apa asalkan ada adab dan budi bahasa".

✅Lengkapkan mereka dengan ilmu agama supaya mereka faham tanggungjawab kepada orang sekeliling mereka.

Contoh anak lelaki kelak yang akan membesar menjadi suami dan ayah faham tanggungjawab nafkah, dsb.

✅perkasakan jati diri.

Udah kenapa ayat macam silibus kursus Bina Negara😅.

🌸Perlu lengkapkan anak-anak dengan ilmu percaya diri dan harga diri seumpamanya supaya mereka dapat bertahan hidup di dalam komuniti kerana kita tidak selamanya berada untuk 'pedo' mereka.

🌸mereka ada ilmu untuk menjadi insan berguna bukannya mentibang laut, tahu nilai diri, dsb

✅Ilmu kewangan - supaya mereka bijak menguruskan hal kewangan daripada segi simpanan, perbelanjaan untuk kelangsungan hidup, tidak terjebak dengan pelaburan yang akhirnya melebur, dsb

✅menjadi kawan kepada anak supaya mereka boleh cerita apa sahaja dengan kita

🌸Validate perasaan mereka

🌸Menjadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang kita rasa sesuatu isu kecil sahaja tetapi pada mereka di usia remaja isu itu adalah sesuatu yang begitu besar

✅menjadi penyokong kuat anak-anak dan guide mereka di dalam kehidupan

🌸kenalpasti kekuatan dan kekurangan anak-anak supaya kita dapat guide mereka ke laluan yang sepatutnya

🌸sokong minat dan cita-cita anak-anak selagi ianya berada di landasan yang benar

✅tanamkan nilai you reap what you sow

🌸supaya mereka tidak berperangai seperti mentibang laut yang dibagi minum air Yassin dari 7 kolah masjid pun dia tetap menunggang agama.

Eh😅

✅terapkan tanggungjawab sejak deme kecil walaupun hasil kejadian menyebabkan dada kita agak terpleot dan bisa mengundang rasukan abalasa. 

🌸Masak nasi seolah gigi orang yang makannya dibuat daripada vibranium. Suruh deme habiskan nasi keras yang deme masak. Lepas tu deme akan cuba baiki supaya nasi yang dimasak sedang elok.

🌸Terlupa buat homework? Biarkan deme didenda mencangkung tepi longkang dek cikgu

✅Mak ayah jangan membuli anak-anak dan vice versa. 

✅Mak ayah perlu berlapang dada dan belajar melepaskan anak-anak ala-ala melepaskan layang-layang terbang tinggi tetapi ditarik talinya apabila perlu.

✅Mak ayah perlu sentiasa mendoakan anak-anak agar sentiasa beroleh rahmat Allah, diteguhkan hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar, dikelilingi orang beriman dan baik, dsb.

Semoga Allah merahmati kita agar tidak mem'payung' anak kita sehingga dia menjadi Anakku Sazali tanpa kita sedar.


Banyak pengajaran daripada buku ini yang boleh kita adaptasi di dalam usaha mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang molek di dunia dan di akhirat.

18 comments

  1. ayat "kerana kita tidak selamanya berada untuk 'pedo' mereka." tu maksudnya apa?
    berada di sisi mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Pedo" tu bahasa orang Penang. Maksudnya menjaga dan guide mereka

      Delete
  2. sama juga dengan istilah...adab dulu baru ilmu

    ReplyDelete
  3. Mekasih atas perkongsian KSarie tu. Benor belaka, tips yang diberi. Dah lama saya tak dengar frasa mentibang laut tu, KSarie. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir-akhir ini banyak pula mentibang laut ditemui dalam hidup KSarie hhhehehee

      Delete
  4. Bagus buku ni. Rasa nak beli la satu sbg panduan hidup...

    ReplyDelete
  5. Bagus juga baca buku gini boleh la kita jadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku simple tetapi banyak pengajarannya

      Delete
  6. Saya termasuk keras mendidik anak. Terutama soal sekolah. Kalau orangtua lain yg tiba2 dpt tugas membeli apa2 yg dibutuhkan utk tugas sekolah esok pagi, baru dikabari malam2, mereka pasti akan tetap mencari kan. Supaya anak tak dihukum

    Kalau saya tak nak . saya biarkan dia panik. Krn itu salah dia. Macam mana pula nak cari bahan2 atau mengerjakan tugas malam2, utk esok pagi dikumpulkan. Salah dia, kenapa tak bilang dr awal atau kerjakan dr awal. Itu biar JD pembelajaran dia, kalau tugas memang hrs awal di prepare. Bukan mendadak malam2 kasih tahu, dengan alasan lupa.

    Esok2, dia bisa mengulangi salah yg sama.

    Kalau adab dah paling penting . Sekali saya tahu mereka tak sopan terhadap asisten rumah, driver mereka, saya bisa marah sangat. Siapapun tak boleh diperlakukan dengan tak sopan apalagi usia nya lebih tua dari mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh Fanny. Hidup ini tidak kira bagaimana pun harus tetap menjaga adab sesama manusia. Benar kata guru besarnya. Ngak apa-apa kalau tidak pandai tetapi adabnya harus tetap nombor satu

      Delete
  7. Yes... anak2 selagi bawah jagaan kita kita bertanggungjawab menarik 'tali' supaya tak jauh tersasar...

    ReplyDelete
  8. Tiap kali anak keluar rumah, selalu berpesan jaga diri dan jaga ADAB, jangan malukan diri sendiri dan ibu babah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap menjadi yang orang yang molek-molek la anak kita semua ye

      Delete