Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Macam mana Mei kome setakat ini?
Semoga yang molek-molek belaka ye.
Suku 2026 telah berakhir dengan pelbagai kisah.
Semoga Mei 2026 membawa kebahagiaan berganda kepada kita.
In sya Allah.
Marvelous May sebab penuh dengan hari cuti😅
Dasar sungguh kan😅?
Hari pertama di bulan Mei udah cuti hari pekerja.
22 Mei cuti sekolah akan bermula.
27 Mei Aidiladha.
31 Mei Wesak.
Meriah betul dengan cuti kan😊.
Den memulakan minggu pertama di bulan Mei dengan begitu lemau sekali😅.
Baca buku pun sekupang aje.
Tidak blogwalking🥲.
Selebihnya terkelepet melayan Neflix😅.
Marathon 2 buah KDrama lama.
The Good Bad Mother (2023).
Ini kome terutamanya emak kena tengok sebab walaupun niat emaknya baik berusaha gigih mendidik anaknya agar menjadi orang cemerlang tetapi emaknya narsistik. Mujur hero tidak menjadi psikopat. 4/5⭐
Military Prosecutor Doberman (2022).
Serious mantap cerita ini tentang kehidupan sebagai tentera dan jenuhnya la hendak buktikan salah laku tentera terutamanya apabila melibatkan pegawai berpangkat ini. Ini emaknya narsistik + psikopat. Cuma heroine nya hebat hendak mati ala-ala John Wick la pulanya. Antara dialog yang den paling ingat dalam KDrama ini 'cacing tak guna'. Macam kelakar sebab biasanya orang cakap bila marah akan cakap 'anjing tak guna'. Tengok KDrama ini mengingatkan den kepada movie A Few Good Man (1992). 4/5⭐
Bulan Mei ini jadual kerja nampak macam meriah😅.
Ada 1 SOP yang mengundang air mata darah perlu disiapkan bulan ini.
Ada beberapa bengkel yang perlu dihadiri.
Udah tua ini kan sel otak pun ala-ala telah tidak berhubung, terpleot benar rasanya bila ada bengkel lagi-lagi kalau bengkel ala-ala pentadbiran macam pengurusan rasuah, pemantapan organisasi, team building, dsb.
Dia macam buat la kursus ke bengkel apa pun, kalau kakitangan yang hadir perangai udah macam mentibang laut, dibagi minum air Yassin dari 7 kolah masjid pun dia tetap menunggang agama.
Eh😅.
Den lagi sanggup dan rela pergi pemantauan tapak walaupun di bawah terik mentari.
Eceh😅.
Udah-udah la tu Bidasari menjadi golongan berhaluan kiri di pejabat itu ye😅.
Pergi aje la bengkel, kursus, dsb yang diarahkan.
Agak-agak menjengkelkan, kita MC aje la😅.
Tetapi itu la ya selagi namanya 'saya yang menjalankan tugas' kita usahakan sebaik mungkin ye.
Teringat ustaz cakap kalau kita menunaikan solat sunat Dhuha di dalam waktu kerja ianya adalah tidak boleh sebab perkara yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tersebut adalah wajib bekerja.
Jadinya moh la kita bekerja molek ye.
Chaiyok💪💪.
29 Mei - 7 Jun 2026 akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Den udah 2 tahun tidak pergi PBAKL.
Rasanya tahun ini macam tidak akan pergi juga.
Lagi-lagi sakan telah memborong buku pada April lepas masa Program Book Tour😅.
Tapi tak tau la nanti kalau tiba-tiba kesurupan lalu terpegi juga PBAKL ni😅.
In sya Allah kita akan sambut Aidiladha 27 Mei ni.
2 orang officemates dijemput menunaikan Haji.
In sya Allah semoga ada rezeki kita pula dijemput nanti ye.
Cuti sekolah ini tiada rancangan ke mana-mana Mei ini kerana cuti tinggal sedikit sebab sakan berjimbaan April lepas😅.
Walaupun hati terkinja-kinja hendak makan scones di Cameron Highland tetapi tidak la sanggup hendak terperangkap di dalam kesesakan demi seketul scone😅.
Semoga Mei 2026 kita marvelous ye.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita, mengurniakan kesihatan terbaik kepada kita dan merahmati kita sehingga ke akhirnya.
Nanti den blogwalking ye.
In sya Allah.
Jaga diri semua.
![]() |
| Semoga Mei ini den berpeluang baca buku yang awesome dan mengopi sana sini |

Eh? Buku yang ada di terakhir tuuu.. buku sama pula yang kemarin saya baca sampai selesai mbak. Wah, cerita travelingnya memang baguuus tuk diikuti, hihihi.
ReplyDeleteMoga M di bulan Mei ini berarti Marvellous ya mbak. Banyak hari libur, moga banyak penghasilan pula, hihihi
Ala....KSarie tak sempat baca buku ini sampai habis. Ingatkan nak beli di carousell atau shopee tapi tiada dijual. Harap dapat jumpa buku ini lagi 1 hari nanti. Semoga Mei ini bulan yang awesome untuk kita
DeleteNanti nak cari cerita first tu. Ni tengah layan The Diplomat. Lama tak tengok John Abraham berlakon :D
ReplyDeleteJohn Abraham ni antara hero yang ada senyuman yang manis. Tapi mata dia yang mahal tu. Redup aje pandangannya
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteKhabar baik.
Moga sepanjang Mei sentiasa baik-baik saja.
In sya Allah semoga Mei kita semua awesome yar😊
DeleteMei best banyak betul cuti.
ReplyDeleteItu la....seronok je rasa😊
DeleteMarvelous May untuk KSarie..!! The Good Bad Mother tu best kan. Moga KSarie dijemput menunaikan Haji nanti, Aamiin
ReplyDeleteAminnnnnn
DeleteSuka CH kan, udara nyaman, makan scone sambil hirup kopi. Tapi tulah…tak sanggup layan sesak kat sana.
ReplyDeleteKannnn.....walaupun banyak kali teringin hendak makan scone di sana tetapi tinggal angan-angan aje la mengenangkan sesak nya itu
DeleteUncle pun dah lama tak ke pesta buku... yg sahnya lebih dari 2 tahun!
ReplyDeleteAda kawan ajak pergi tetapi saya punya malas tu tidak bisa dibawa berbincang
Deletelepas bulan Mei cuti sakan...sambung lagi cuti sakan bulan Jun untuk Hari Gawai dan Hari Agong
ReplyDeleteSementara boleh bercuti ayuh kita bercuti ye
DeleteMay ini bagi saya juga menyenangkan 😍😍😍😍. Sebaaaab, akan banyak teman2 dari Malaysia yg akan DTG 😄. Awal may dah uncle gedek. Nanti pertengahan may ada lagi, dan akhir may pun ada juga 😍😍. JD saya happy bisa ketemu mereka
ReplyDeleteTinggal menunggu kak Sarie lah ini DTG ke JKT 😄
Drakor yg di atas saya dah menonton semua. Memang best, walaupun yg saya paling suka yg military prosecutor doberman.
Aiiih pesta buku itu hanya sampai 7 Juni yaaa. Sudah tak ada saat saya DTG nanti yaaa. Saya nak cari buku Acik lana yg terbaru. Saya dah punya buku 1, tinggal beli buku 2 nya 😁. Tapi saya rasa akan ada dijual di toko buku walau bukan pesta buku
In sya Allah kalau ada rezeki KSarie kembali ke Jakarta satu hari nanti KSarie bagitau Fanny ye. Mungkin kita berjumpa dulu di KL nanti Juni nanti ye
DeleteBoleh sangat kak. Saya di KL 18-23 Juni. Nanti stay di Moxy hotel China town. Harap2 tak jauh dari tempat kakak yaaa ☺️
DeleteIn sya Allah ada rezeki kita jumpa ye
DeletePd 19 mei ni sy masuk 53 thn. terasa cepatnya masa berlalu...
ReplyDeleteHappy birthday in advance AK. Semoga happy sokmo
DeleteLawanya tengok gambar tu. Kombinasi torrrrbaik, croissant, kopi dan buku. Memang nikmat, ada tiga benda tersebut di hujung minggu. Semoga bulan Mei ini baik-baik belaka untuk kita semua. 🤲
ReplyDeleteAminnnn semoga yang molek-molek untuk kita ye
DeleteWaalaikumsalam KSarie. May memang meriah. Birthday mak, anak soleh dan Mother's Day. Banyak jugak public holiday kan. Pahang ada tambahan Hari Hol.
ReplyDeleteMeriahnya May Mulan😊Semoga awesome terus bulan May sehingga kita berjumpa June ye😊
Deletetak sabar betul nak tunggu hujung mei ni, nak bercuti sakann! haraplah takde kerja2 urgent yg mengganggu mood nk bercuti hehe
ReplyDeleteWahhhhh selamat bercuti nanti Mazni. Pi JJCM mana tu
DeleteSetuju.. agak-agak menjengkelkan, MC je.
ReplyDeletePBAKL - dah bertahun tak pergi sebab jauh.. hehehe..
Tapi bila tengok promosi macam menggoda la pulanya hehehehehe
Delete