Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari terakhir pada bulan Mei 2026?
Bagaimana Mei 2026 kome?
Den boleh katakan Mei 2026 den adalah bulan yang bermula huruf M.
Malas.
Mengesot.
Merangkak.
Mencabar.
Mentibang laut.
Miaw miaw.
Ha begitulah😅.
Tapi sebagaimana selalu diingatkan di dalam ceramah, kursus motivasi, dsb.
Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana masih hidup pada hari ini.
Masih punya hayat, kesempatan dan ruang untuk memohon keampunan biarpun dosa kita setinggi langit dan seluar bumi daripada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
So ayuh recaps bulan Mei 2026.
✅Kerja Kerja Kerja
Mei 2026 ini menyaksikan den berusaha sedaya upaya untuk tidak menjadi Naga Merah atau Harimau Hitam seperti di dalam komik Dewata Raya karya Tony Wong😅.
Den peminat tegar komik ini circa 1994 - 1996.
Dari harga RM2.80 sebuah sehingga harganya mencecah RM4.50 sebuah den gigih mengumpul komik ini.
![]() |
| Sumber pakcik google |
Selepas itu komik-komik ini dibakar oleh arwah atok sebab katanya ingatkan udah tidak mahu baca😭.
Ketika kejadian ini berlaku den berada di universiti jadinya tidak sempat hendak menyelamatkan komik-komik ini.
Bekerja ini kadang-kala ada fasa bak kata arwah pelakon Azean Irdawaty 'you make my blood goes upstairs' (darah tinggi)😅.
✅KDrama
Kejayaan cemerlang bab menonton KDrama bulan ni.
Siap delulu to the max kepada Heo Nam-jun😅.
Jatuh cinta teruk dengan KDrama The Royal Nemesis.
Setakat 8 episod, memang awesome.
Rom-com is rom-coming bak kata ramai penontonnya.
5⭐ setakat ini.
KDrama Wonderfools pun awesome teruk.
Sudah kurang kayu si Cha Eun-Woo😅.
5⭐ daripada den.
✅Muzium Shah Alam
Berjalan-jalan di Muzium Shah Alam bersama keluarga kecil den.
Molek muzium ni.
In sya Allah nanti den cerita dalam post lain ye.
✅Movie Date Bersama 'Anak Ikan'
Akhirnya setelah beberapa kali janji dicapati berjaya juga mengopi, makan dan tengok wayang dengan budak bertuah nan seorang.
Layankan aje la dia hendak tengok movie vibes Generasi Z ini😅.
✅Berjalan 30 minit di taman dengan jiran walaupun selepas itu den makan nasi lemak hati ayam. Hmmmm.
✅17 Buah Buku Dibaca
Kalau hendak diikutkan macam di dalam fasa reading slump bulan ini.
Ada seminggu tu tidak membaca apa langsung.
Sekali eh bila tengok rekod di Bookmory, den berjaya membaca 17 buah buku juganya.
Not bad la juga ye.
Semoga semangat membaca dapat diteruskan walaupun merangkak, mengesot segala.
Macam-macam berlaku di bulan Mei ini.
Banyak perkara yang perlu disyukuri.
Banyak juga perkara yang perlu ditambahbaik.
Ada perkara yang perlu dibiar berlalu pergi begitu sahaja.
Semoga Jun 2026 lebih molek untuk kita semua.
Jaga diri semua.









Jangan lupa satu lagi M = Menguap
ReplyDeleteHa betul sangat ni😅
DeleteTak pasal2 mentibang laut terlibat 😆
ReplyDelete😅😅😅😅
DeleteSemoga June penuh dengan manis² belaka ye KSarie
ReplyDeleteIn sya Allah semoga Jun kita baik-baik semuanya
Deletemacam2 aktivitis bulan mei erk., aminn
ReplyDelete😊😊😊😊
DeleteKejayaan juga tu, 17 buku berjaya dibaca. Tahniah, KSarie. 👏👏👍 Saya bulan Mei lepas, bulan malas briskwalk. Bulan memerap dalam rumah kerana rumahku, syorgaku. 😂
ReplyDeleteHehhhehe semoga penyakit malas tidak menghantui kita di bulan Jun ini ye
DeleteUish..jeles tengok stamina membaca KSarie. 17 buah buku sebulan, itu tak macam fasa reading slump. Saya sebuah pun tak lepas…agaknya sedang fasa terus tenggelam 🤣
ReplyDeleteHehehhehehe kita cuba lagi ye 💪💪💪Chaiyok chaiyok
DeleteHahaha, banyak hal berat terjadi di Bulan Mei ni.
ReplyDeleteTapi takpe, semua yang sulit pasti berlalu. mari kita melangkah menuju bulan Juni. 2026 masih panjang! :D
Semoga Juni kita yang indah-indah sahaja ye Mas Fajar
DeleteSelamat meninggalkan bulan Mei...saya lalui bulan Mei dengan pelbagai aktivtiti juga
ReplyDeleteSemoga Jun kita molek-molek ye
DeleteWonderfools baru tengok sipi2. Nampak best. Mei ni memang macam macam kan😍😍😍
ReplyDeleteMemang best Wonderfools. Bengong-bengong ceritanya😂
DeleteUwaaaah terbayang rasanya saat komik fav di bakar 😭. Krn pernah mengalami saat barang kesayangan saya dibuang juga.
ReplyDeleteDrakor Wonderfools dan royal nemesis memang sudah masuk dlm list saya juga kak 😄.
17 buku sebulan itu hebat laaah 🤣. Sayapun makin merudum nih hahaha 😅😅. Tak selesai2 baca. Sebab ada banyak acara Juni ini.
Sedih betul hati ketika dapat tahu komik telah dibakar🥲Wajib tengok yar Wonderfools dan Royal Nemesis
Deletemiaw miaw tu agaknya jadi apalah ek? terfikir sejenak utk jadi kucing ke? xD
ReplyDeleteHahahahaha saje letak sebab perkataannya bermula dengan huruf M juga😅Sejenis perangai kan😅
Delete