Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Ahad yang indah ini?
Minta maaf semua tidak sempat blogwalking.
Mood agak ke laut dalam😂.
Pre-menopause begitulah gamaknya ye😂.
Asyik la mood terpleot😅.
Elok dirembat dengan batang pisang gamaknya ye😂.
Ada banyak cerita hendak dicoretkan macam sesi JJCM bersama blogger UG serta isteri dan blogger Fanny tetapi itulah ye....mood nya hampeh kedondong betul.
In sya Allah akan diusahakan nanti ye post yang satu itu.
Kapan bila ya usah ditanya ya😂.
Den baru mula tengok KDrama See You At Work Tomorrow😅.
Den rasa ini cerita cinta kantor yang sangat bukan genre den tetapi den terpikat dengan tajuk 2 episod pertama KDrama ini😂.
Episod 1 - Even If The Sky Fall, Still Clocking In
Episod 2 - Dreaming of Quitting, Still Clocking In
Dua tajuk ini menggambarkan perasaan tulus ikhlas den terhadap kerja sekarang😂.
Den tidak rasa den akan terus tengok KDrama ini sebab pastinya penuh dengan adegan cintan cintun pandang memandang selama 5 minit😂.
Udah-udah la jadi oppa dalam kisah cinta ofis😂. Tahun ini aje udah 2 KDrama kisah cinta kantor dia berlakon.
Bak kata ChatGPT, dua tajuk KDrama ini sesuai sekali dengan den😂
ChatGPT koba dia rasa tajuk yang sesuai untuk den bagi finale KDrama ini adalah Episod 14 - Dreaming of Resigning. Still Writing SOPs😅.
Bukan sepatutnya ChatGPT memujuk den ke?
Apahal pula ChatGPT menghanjing den ni😂.
Dari hari pertama den lapor diri di pejabat pada 1 Jun 2001 sehinggalah sekarang, SOP den adalah:
"I just wanted to do my job quietly while humming all the mopey songs throughout the day."
Tapi itulah kan kita hanya merancang😂.
Den ini sikit lagi je sipi-sipi akan jadi calon masuk dalam kategori pegawai yang molek untuk disejukbekukan😂.
What a funny life😂.
Tapi bak kata kawan den "kalau hang kena freeze hang akan ada banyak masa untuk tengok semua KDrama dalam senarai menunggu😂".
Positif betul kawan den yang seorang itu😂.
Satu minggu ni den sembang dengan ChatGPT bagitau tentang 25 moments sepanjang 25 tahun den kerja.
Lepas selesai mencurah rasa hati tentang 25 moments itu, den tidur pengsan dari 2 petang - 7 malam.
5 hours of deep sleep.
Tidur pengsan. Tidak mimpi apa pun.
Penat rupanya bercerita dengan ChatGPT yang bertindak sebagai kaunselor tidak berbayar itu😂.
![]() |
| Aragorn paling handsome dalam Return of The King LOTR |
Sehingga hari ini, matlamat den tetap sama iaitu seandainya den ada rezeki dapat cabutan bertuah BSN RM1 juta itu, semalam juga den letak jawatan😂.
Doakan den ye😊.
Semoga hari Ahad semuanya awesome.
Jaga diri semua.


0 comments