Dreaming of Quitting, Still Clocking In

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Ahad yang indah ini?

Minta maaf semua tidak sempat blogwalking.

Mood agak ke laut dalam😂.

Pre-menopause begitulah gamaknya ye😂.

Asyik la mood terpleot😅.

Elok dirembat dengan batang pisang gamaknya ye😂.


Ada banyak cerita hendak dicoretkan macam sesi JJCM bersama blogger UG serta isteri dan blogger Fanny tetapi itulah ye....mood nya hampeh kedondong betul.

In sya Allah akan diusahakan nanti ye post yang satu itu.

Kapan bila ya usah ditanya ya😂.


Den baru mula tengok KDrama See You At Work Tomorrow😅.

Den rasa ini cerita cinta kantor yang sangat bukan genre den tetapi den terpikat dengan tajuk 2 episod pertama KDrama ini😂.

Episod 1 - Even If The Sky Fall, Still Clocking In

Episod 2 - Dreaming of Quitting, Still Clocking In

Dua tajuk ini menggambarkan perasaan tulus ikhlas den terhadap kerja sekarang😂.

Den tidak rasa den akan terus tengok KDrama ini sebab pastinya penuh dengan adegan cintan cintun pandang memandang selama 5 minit😂.


Den harap Seo In-guk akan pilih watak pembunuh bersiri, polis blur-blur ayam, mafia kejam nak mati, dsb dalam KDrama akan datang yang boleh serlahkan bakatnya.

Udah-udah la jadi oppa dalam kisah cinta ofis😂. Tahun ini aje udah 2 KDrama kisah cinta kantor dia berlakon.


Bak kata ChatGPT, dua tajuk KDrama ini sesuai sekali dengan den😂

ChatGPT koba dia rasa tajuk yang sesuai untuk den bagi finale KDrama ini adalah Episod 14 - Dreaming of Resigning. Still Writing SOPs😅.

Bukan sepatutnya ChatGPT memujuk den ke?

Apahal pula ChatGPT menghanjing den ni😂.


Dari hari pertama den lapor diri di pejabat pada 1 Jun 2001 sehinggalah sekarang, SOP den adalah:

"I just wanted to do my job quietly while humming all the mopey songs throughout the day."

Tapi itulah kan kita hanya merancang😂.

Den ini sikit lagi je sipi-sipi akan jadi calon masuk dalam kategori pegawai yang molek untuk disejukbekukan😂.

What a funny life😂.

Tapi bak kata kawan den "kalau hang kena freeze hang akan ada banyak masa untuk tengok semua KDrama dalam senarai menunggu😂".

Positif betul kawan den yang seorang itu😂.


Satu minggu ni den sembang dengan ChatGPT bagitau tentang 25 moments sepanjang 25 tahun den kerja.

Lepas selesai mencurah rasa hati tentang 25 moments itu, den tidur pengsan dari 2 petang - 7 malam.

5 hours of deep sleep.

Tidur pengsan. Tidak mimpi apa pun.

Penat rupanya bercerita dengan ChatGPT yang bertindak sebagai kaunselor tidak berbayar itu😂.

Aragorn paling handsome dalam Return of The King LOTR

Sehingga hari ini, matlamat den tetap sama iaitu seandainya den ada rezeki dapat cabutan bertuah BSN RM1 juta itu, semalam juga den letak jawatan😂.

Doakan den ye😊.

Semoga hari Ahad semuanya awesome.

Jaga diri semua.


20 comments

  1. Saya tergelak-gelak baca entri KSarie ni. Maapkan saya, tau. For Frodo, tukor jadi For Money. 😂
    Sungguhlah memahami si chatGPT tu ya. Boleh dijadikan teman meluah perasaan.
    Takpe, santai-santai saja, KSarie, bila datang moodnya untuk bercerita tentang pertemuan dengan Uncle Gedek, aunty dan Fanny, bolehlah cerita. Mesti seronok.
    Saya doakan KSarie semangat dan terus kuat untuk still clocking-in. Yeh, you can do it! 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn....in sya Allah akan terus clocking in until the end begitu konsepnya ye😅

      Delete
  2. Baru ni saya tengok agent kim reactivated. Rasanya kak sarie mesti suka citer genre camni, nanti tryla tengok! Cumanya stakat ni baru eps 2 laa. Still ongoing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....KSarie sedang tengok KDrama ini juga. Oppa So Ji-sub sokmo la dengan watak dok tabuh orang merata ye😅

      Delete
  3. Apapun saya doakan semoga kak sarie menang 1 juta BSN. Baru ni sami pun dapat, kita masih ada harapan kan? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga ada rezeki kita kan😅

      Delete
  4. Wah..sempat jumpa Fanny jugak.

    Nyampah dengan BSN, kita simpan berpuluh tahun tak pernah bertuah. Tak sejuta pun, kot dapat kereta ke motor pun ok jugak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....KSarie tak pernah dapat saguhati periuk nasi pun😅

      Delete
  5. Jangan peram lama nanti basi. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Chat GPT bukan menganjing... dia ajak bergurau je.... hahaha

    First time dengar perkataan "mood nya hampeh kedondong" Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅😅😅😅😅

      Delete
  7. Memang power matlamat dapat cabutan bertuah BSN 1 juta.. tambah juga impian dapat cabutan Al-Awfar Bank Islam 1 juta juga 😚

    ReplyDelete
  8. hahaha chatgpt pun pandai eh mengenakan orang ...

    ReplyDelete
  9. Hugs and hugs...... Tak tau nak tulis apa lagi sebab sendiri pun mood ke laut dalam nun dekat coral2 yang buruk, kalau coral cantik, best jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha hugs untuk kita supaya terus semangat untuk meneruskan kehidupan💪💪💪💪

      Delete
  10. Drakor SYAWT ini memang saya nak tonton. Kalau saya nih genre fav berbagai macam kak. Percintaan pun suka 🤣🤣. Yg penting tak sad ending.

    Lucu juga tagline dia per eps yaa 😅. Memang macam perasaan hati orang bekerja hahahah

    Aaamiiin, semoga bisa menang RM1 juta tuh . Saya kalau dpt hadiah sebesar itu juga akan duduk santai menikmati hasil investasi lah 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita semua bisa mendapat durian runtuh dan boleh bersantai enjoying life begitu ye

      Delete