Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yeay its Friday again.
Kemain gembira apabila tiba hari Jumaat.
Ramai orang yang bekerja begitulah perasaannya kot ye😅.
In sya Allah den hendak kongsikan resensi sebuah buah yang buat den tergelak terbahak-bahak seusai mukasurat kedua😅.
Kebiasaanya tidak sampai 10 mukasurat sesebuah buku, kadang-kadang den boleh agak sesebuah buku tersebut akan jatuh di dalam kategori apa (ini ikut pendapat peribadi den je).
Adakah kategori wow, kategori buku yang akan dibaca berterusan sampai terlupa makan minum, kategori buku yang sepatutnya banyak lagi mukasuratnya sebab best, kategori yang hmmmm macam akan terpleot di tengah jalan je buku, kategori buku yang akan di DNF aje, dsb.
Buku yang den akan cerita ini adalah kategori buku yang in sya Allah den akan ulang baca sebab awesome.
📘Doa Untuk Aku
✍️Bahruddin Bekri
📖485 mukasurat
🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Kita pula yang tunaaksara, terus jadi ikan tuna
Seusai mukasurat kedua, den sudah tergelak terbahak-bahak😅.
Buku yang setiap kali den tergelak, anak den si F akan tanya 'apa jadi ma...kenapa pula dengan hero mama dalam buku ni....apa lagi dia buat ma...'
Adly bin Ali Luca Cadalora merupakan pelajar di Universiti Kuching yang membesar di dalam persekitaran dengan pendedahan minima kepada Islam kerana ayahnya hilang dan ibunya meninggal dunia.
Di dalam usaha Adly di misi mencari 40 doa kerana dia telah kehilangan doa seorang ibu, pelbagai perkara yang dia lalui bersama sahabatnya Kassim yang dibesarkan oleh neneknya non-muslim dan 3 orang ahli kumpulan Amin bin Damit tugasan jurusan perniagaan bagi mengkaji keberkesanan pelan pemasaran motosikal Mobenas.
Banyak kejadian yang mengundang gelak ketawa yang setiap satunya ada pengajaran yang tersirat.
✅Daripada selalu mengelak untuk mengikuti program berzanji yang selalu diajak oleh Ustaz Jefri kerana Adly dan Kassim kerana mereka malu hendak maklumkan mereka tidak tahu mengaji
✅rahsia Adly dan Kassim masih belum bersunat pada umur 20 tahun
✅rancangan bersunat secara rahsia
✅sesi temuramah dengan pengguna dan penjual motosikal Mobenas yang membawa kepada adegan di balai polis kerana kes penjualan motorsikal curi
![]() |
| Apa barang pemasaran guna media sosial. Guna tangkal pelaris dan santau terus. Memang bengong tau😅 |
✅terjumpa geng hidu gam yang sedang menghidu tahi lembu
✅pertembungan dengan lori membawa babi
✅PATI yang teraniaya dan dipaksa bekerja di ladang nanas
✅pontianak di dalam surau perempuan
✅digigit semua api
✅MLM
✅kenduri orang Bugis
✅pertembungan dengan kumpulan penjenayah pengedaran dadah Geng Nama Indah
✅terbeli patung Ultraman untuk diberikan kepada crush, dsb membuatkan tidak kering gusi den gelak sampai stress anak-anak den menengok den sakan dok ketawa😅.
Tetapi di dalam gelak ketawa ada banyak pengajaran dari buku ini.
Antaranya:
✅adab berdoa
✅kumpulan yang doanya mustajab dan makbul
✅waktu mustajab berdoa
✅susunan turutan solat tahajud, taubat dan hajat
✅kisah sejarah orang agama terdahulu
✅tidak pernah terlambat untuk memperbaiki diri atau mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik seperti belajar mengaji
✅sentiasa berusaha menjadi orang baik✅setiap orang ada cabaran yang tersendiri di dalam hidup
✅sentiasa bermuhasabah diri
✅jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah
✅sentiasa berdoa kepada Allah
Plot twist nya yang kuban-kuban bagi setiap kejadian memang bikin sakit perut.
Banyak betul kejadian di luar kotak😅.
Tidak terasa den membaca 485 mukasurat buku ini sebab nyaman betul sepanjang pembacaan.
Kalau diadaptasi menjadi movie, akan ada vibes Rock ooo dan Zombie Kampung Pisang.
Antara buku molek den baca pada tahun ini.





0 comments