Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yeay its Friday again.
Kemain gembira apabila tiba hari Jumaat.
Ramai orang yang bekerja begitulah perasaannya kot ye😅.
In sya Allah den hendak kongsikan resensi sebuah buah yang buat den tergelak terbahak-bahak seusai mukasurat kedua😅.
Kebiasaanya tidak sampai 10 mukasurat sesebuah buku, kadang-kadang den boleh agak sesebuah buku tersebut akan jatuh di dalam kategori apa (ini ikut pendapat peribadi den je).
Adakah kategori wow, kategori buku yang akan dibaca berterusan sampai terlupa makan minum, kategori buku yang sepatutnya banyak lagi mukasuratnya sebab best, kategori yang hmmmm macam akan terpleot di tengah jalan je buku, kategori buku yang akan di DNF aje, dsb.
Buku yang den akan cerita ini adalah kategori buku yang in sya Allah den akan ulang baca sebab awesome.
📘Doa Untuk Aku
✍️Bahruddin Bekri
📖485 mukasurat
🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Kita pula yang tunaaksara, terus jadi ikan tuna
Seusai mukasurat kedua, den sudah tergelak terbahak-bahak😅.
Buku yang setiap kali den tergelak, anak den si F akan tanya 'apa jadi ma...kenapa pula dengan hero mama dalam buku ni....apa lagi dia buat ma...'
Adly bin Ali Luca Cadalora merupakan pelajar di Universiti Kuching yang membesar di dalam persekitaran dengan pendedahan minima kepada Islam kerana ayahnya hilang dan ibunya meninggal dunia.
Di dalam usaha Adly di misi mencari 40 doa kerana dia telah kehilangan doa seorang ibu, pelbagai perkara yang dia lalui bersama sahabatnya Kassim yang dibesarkan oleh neneknya non-muslim dan 3 orang ahli kumpulan Amin bin Damit tugasan jurusan perniagaan bagi mengkaji keberkesanan pelan pemasaran motosikal Mobenas.
Banyak kejadian yang mengundang gelak ketawa yang setiap satunya ada pengajaran yang tersirat.
✅Daripada selalu mengelak untuk mengikuti program berzanji yang selalu diajak oleh Ustaz Jefri kerana Adly dan Kassim kerana mereka malu hendak maklumkan mereka tidak tahu mengaji
✅rahsia Adly dan Kassim masih belum bersunat pada umur 20 tahun
✅rancangan bersunat secara rahsia
✅sesi temuramah dengan pengguna dan penjual motosikal Mobenas yang membawa kepada adegan di balai polis kerana kes penjualan motorsikal curi
![]() |
| Apa barang pemasaran guna media sosial. Guna tangkal pelaris dan santau terus. Memang bengong tau😅 |
✅terjumpa geng hidu gam yang sedang menghidu tahi lembu
✅pertembungan dengan lori membawa babi
✅PATI yang teraniaya dan dipaksa bekerja di ladang nanas
✅pontianak di dalam surau perempuan
✅digigit semua api
✅MLM
✅kenduri orang Bugis
✅pertembungan dengan kumpulan penjenayah pengedaran dadah Geng Nama Indah
✅terbeli patung Ultraman untuk diberikan kepada crush, dsb membuatkan tidak kering gusi den gelak sampai stress anak-anak den menengok den sakan dok ketawa😅.
Tetapi di dalam gelak ketawa ada banyak pengajaran dari buku ini.
Antaranya:
✅adab berdoa
✅kumpulan yang doanya mustajab dan makbul
✅waktu mustajab berdoa
✅susunan turutan solat tahajud, taubat dan hajat
✅kisah sejarah orang agama terdahulu
✅tidak pernah terlambat untuk memperbaiki diri atau mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik seperti belajar mengaji
✅sentiasa berusaha menjadi orang baik✅setiap orang ada cabaran yang tersendiri di dalam hidup
✅sentiasa bermuhasabah diri
✅jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah
✅sentiasa berdoa kepada Allah
Plot twist nya yang kuban-kuban bagi setiap kejadian memang bikin sakit perut.
Banyak betul kejadian di luar kotak😅.
Tidak terasa den membaca 485 mukasurat buku ini sebab nyaman betul sepanjang pembacaan.
Kalau diadaptasi menjadi movie, akan ada vibes Rock ooo dan Zombie Kampung Pisang.
Antara buku molek den baca pada tahun ini.





Hari Isnin murung. Hari Jumaat happy 😄. Begitulah kita yang bekerja ni. Rajin kaksarie baca buku. Kalau Cie ni buka ms pertama sampai ke sudah la tak siap2 baca 😅
ReplyDeleteKadang-kadang terpleot juga bab membaca ni😅Kadang-kadang lebih terpesona dengan Neflix😅
Deletehaha geng hidu gam bertukar kepada hidu taik lembu!
ReplyDeletetak sangka 400 lebih jugak mukasuratnya. ingatkan sekitar 100-200 jee
Itu la sakit perut tau membaca buku ni😅
DeleteMenarik....
ReplyDeleteCover dia pun menarik!
Itu la cover sweet tapi cerita banyak ploy twist kuban-kuban
Deletetebal juga buku ni. Sy mengaku la x sempat abis ni sbb sy skrg dah kurang membaca biarpun kerja sbg guru...
ReplyDeleteIn sya Allah cikgu kita baca mana yang sempat ye
DeleteKaaak, menarik laaah. Padahal td saya pikir ini akan berat isi nya. Ternyata tak yaa. Ada dijual tak kira2 di popular? Saya memang niat akan ke popular cari buku lagi
ReplyDeleteTidak pasti ada di Popular ke tidak tapi ada di online. Kadang-kadang dijual di kedai buku indie
DeleteSaya baru sadar kakak ada bagi buku ini ❤️😍😍😍😍. Thank youuuuu. Belum saya baca, Krn sedang baca buku yg DENTANG. Nanti lepas tuh, saya baca yg ini
DeleteSelamat membaca nanti ye. Harap suka pada bukunya nanti😊
Deleteaduh macam racun nak kena tambah list TBR je ni hukkk.
ReplyDeleteHa....sila sila....hehehehehe
DeleteTahu buku ni tapi belum baca. Karya Bahruddin Bekri, penuh humor tapi sarat pengajaran. Unik cara dia berkarya.
ReplyDeleteBaca ringkasan KSarie ni pun dah buat saya tersenyum lebar. Boleh pulak kumpulan penjenayah Geng Nama Indah 😂
Hehehhee betul tu...geram je tengok nama setiap penjenayah tuh sebab bukan main nama macam pelakon sinetron
DeleteSudah banyak buku-buku menarik KSarie share, dari perpustakaan komuniti PJ ni. Hairan saya tak pernah jumpa buku-buku sedemikian rupa di library sini. 😁
ReplyDeleteHa pilihan buku di library berbeza-beza kan? Tak pasti bergantung kepada bajet ke atau senarai yang diluluskan ke macam mana
DeleteHehe terbeli patung Ultraman untuk diberikan kepada crush, mau tak gelak. Menarik sangat buku ni. Tapi hantu dalam surau tu tak best hehe
ReplyDeleteHantu tak bersalah sebenarnya. Yang tak sengaja menyamar sebagai hantu tuh yang patut dirembat😅
DeleteMbak Ksarie, saya ada titip buku ke Mbak Fanny. Mohon nanti berkenan untuk menerima yaa :D
ReplyDeleteAkhirnya jadi juga ini titip oleh2 untuk Mba Ksarie, hihihi
Alhamdulillah. Terima kasih ye Mas Fajar. Aduhhhhh terharu sungguh KSarie. Terima kasih banyak-banyak ye
Delete