Resensi KDrama Possessed (2019)

Assalamualaikum.

Tiada Monday Blues kan semua?

Semua ceria dan bersemangat untuk bekerja di hari Isnin yang indah ini kan😅? 

Ayuh la den menambah rasa hari Isnin kome semua dengan sebuah resensi KDrama yang membuatkan den patah hati keriuk-keriuk, numb segala apa semuanya ada.

Walaupun pelakonnya tidak begitu dikenali tetapi jalan cerita mantap. 

Tajuk: Possessed (2019)

Episod: 16 

Genre: Supernatural Thriller, Crime 

Kesimpulannya adalah ini bukan KDrama tetapi KTrauma.

Storyline 5⭐ Stress level 5⭐Patah hati 5⭐   

EVERYBODY DIES.

Hero mati. 

Heroine mati. 

3 orang teammates hero mati. 

Anak teammate hero mati. 

Makwe teammate hero mati. 

Kawan heroine mati.  

2 orang tok bomoh mati. 

2 orang biarawati mati. 

Jiran hero mati. 

Cashier kedai serbaneka mati. 

Mati belaka semua🥲. 

The evil wins from the beginning till the end

Den pernah tengok cerita ini tahun 2022 ke 2023 1 episod sahaja sebab baca sinopsis sad ending.

Jadinya den terus tidak tengok KDrama ini. 

Tetapi entah kenapa den tiba-tiba pilih untuk tengok KDrama ini sementara menghitung hari hendak tunggu sambungan KDrama The Royal Nemesis.

Tidak sangka memang KTrauma sungguh.

Detektif yang kepala angin (Kang Pil-sung) berjumpa dengan seorang psikik perempuan (Hong Seo-jung) secara tidak sengaja dan mereka sama-sama berusaha untuk menghapuskan roh jahat pembunuh bersiri yang telah mati pada 20 tahun lepas yang sakan dok merasuk orang lain dan terus melakukan kejahatan yang kalah Thanos begitu.

Hero bersama pasukannya yang terdiri daripada ketua detektif, detektif senior dan detektif muda yang baru melapor diri menguruskan pelbagai kes jenayah yang sebenarnya berpunca daripada roh jahat itu.

Episod 1 - 12 ada kelakar, kerjasama hero dan pasukannya yang walaupun nampak terpleot tetapi cekap membuat kerja, kisah roh-roh yang membunuh diri dan sedikit love story yang bengong-bengong tetapi sweet macam gula.

Bila masuk episod 13, samada Pengarah atau penulis skrip KDrama ini bertukar atau mabuk ketum telah menjadikan jalan ceritanya sangat kejam, sadistik, ngeri segala semua ada.

Mentibang laut seketul ini jahatnya bikin geram sampai habis cerita 

Faham bila melibatkan roh jahat pembunuh bersiri pasti akan ada collateral damages dan nyawa yang terkorban.

Masalahnya cerita ini semuanya mati dengan ngeri.

Siap cashier kedai serbaneka yang tiada kena mengena dengan hero pun mati sama.

Kalau baca ulasan ramai yang tengok cerita ini memang tidak puas hati kenapa pengakhirannya terpleot sungguh.

Hero dan heroine mati sebab terpaksa mengorbankan diri supaya roh jahat dapat dihapuskan itu rasanya kita boleh faham.

Tetapi orang sekeliling deme pun dibunuh sekali itu yang buat kita rasa walaupun akhirnya roh jahat dapat dihapuskan tiada rasa closure sebab semua orang baik telah mati terlebih dahulu. 

Paling tragis nasib yang menimpa ketua detektif. 

Apa yang dia lalui buat den rasa patah hati sebab macam 'apa gunanya menjadi orang baik kalau begitu kesudahannya'. 

 

KDrama ini untuk den memang awesome dan underated.

Walaupun patah hati dengan ending nya tetapi tetap ini adalah antara KDrama molek yang den pernah tengok. 

KDrama ini den letak pada tangga pertama kategori KTrauma. 

Sejenis KDrama akan duduk lama di dalam hati dan kepala den sebab den sejenis melancholy

 

Ini adalah KDrama yang den akan ulang tengok bab yang manis-manis macam masa hero belajar naik basikal, chief detective dan hero bergossip di dalam bilik air, hero dok bertekak dengan pasukannya, dsb bila den rindu hendak tengok Song Sae-beyok berlakon sebab mamat ini hanya berlakon 2 KDrama sahaja iaitu My Mister dan KDrama ini padahal berbakat beno orangnya.

Tidak sampai 30 minit sepanjang 16 episod saat bahagia ini

Memang hero yang bukan dalam kategori hero KDrama yang biasa jambu, kacak apa semua tetapi den suka tengok mamat ni berlakon. 

Walaupun OST nya bikin patah hati, OST ini yang den dok ulang dengar beberapa hari ini. 


 

0 comments