Assalamualaikum.
Tiada Monday Blues kan semua?
Semua ceria dan bersemangat untuk bekerja di hari Isnin yang indah ini kan😅?
Ayuh la den menambah rasa hari Isnin kome semua dengan sebuah resensi KDrama yang membuatkan den patah hati keriuk-keriuk, numb segala apa semuanya ada.
Walaupun pelakonnya tidak begitu dikenali tetapi jalan cerita mantap.
Tajuk: Possessed (2019)
Episod: 16
Genre: Supernatural Thriller, Crime
Kesimpulannya adalah ini bukan KDrama tetapi KTrauma.
Storyline 5⭐ Stress level 5⭐Patah hati 5⭐
EVERYBODY DIES.
Hero mati.
Heroine mati.
3 orang teammates hero mati.
Anak teammate hero mati.
Makwe teammate hero mati.
Kawan heroine mati.
2 orang tok bomoh mati.
2 orang biarawati mati.
Jiran hero mati.
Cashier kedai serbaneka mati.
Mati belaka semua🥲.
The evil wins from the beginning till the end.
Den pernah tengok cerita ini tahun 2022 ke 2023 1 episod sahaja sebab baca sinopsis sad ending.
Jadinya den terus tidak tengok KDrama ini.
Tetapi entah kenapa den tiba-tiba pilih untuk tengok KDrama ini sementara menghitung hari hendak tunggu sambungan KDrama The Royal Nemesis.
Tidak sangka memang KTrauma sungguh.
Detektif yang kepala angin (Kang Pil-sung) berjumpa dengan seorang psikik perempuan (Hong Seo-jung) secara tidak sengaja dan mereka sama-sama berusaha untuk menghapuskan roh jahat pembunuh bersiri yang telah mati pada 20 tahun lepas yang sakan dok merasuk orang lain dan terus melakukan kejahatan yang kalah Thanos begitu.
Hero bersama pasukannya yang terdiri daripada ketua detektif, detektif senior dan detektif muda yang baru melapor diri menguruskan pelbagai kes jenayah yang sebenarnya berpunca daripada roh jahat itu.
Episod 1 - 12 ada kelakar, kerjasama hero dan pasukannya yang walaupun nampak terpleot tetapi cekap membuat kerja, kisah roh-roh yang membunuh diri dan sedikit love story yang bengong-bengong tetapi sweet macam gula.
Bila masuk episod 13, samada Pengarah atau penulis skrip KDrama ini bertukar atau mabuk ketum telah menjadikan jalan ceritanya sangat kejam, sadistik, ngeri segala semua ada.
![]() |
| Mentibang laut seketul ini jahatnya bikin geram sampai habis cerita |
Faham bila melibatkan roh jahat pembunuh bersiri pasti akan ada collateral damages dan nyawa yang terkorban.
Masalahnya cerita ini semuanya mati dengan ngeri.
Siap cashier kedai serbaneka yang tiada kena mengena dengan hero pun mati sama.
Kalau baca ulasan ramai yang tengok cerita ini memang tidak puas hati kenapa pengakhirannya terpleot sungguh.
Hero dan heroine mati sebab terpaksa mengorbankan diri supaya roh jahat dapat dihapuskan itu rasanya kita boleh faham.
Tetapi orang sekeliling deme pun dibunuh sekali itu yang buat kita rasa walaupun akhirnya roh jahat dapat dihapuskan tiada rasa closure sebab semua orang baik telah mati terlebih dahulu.
Paling tragis nasib yang menimpa ketua detektif.
Apa yang dia lalui buat den rasa patah hati sebab macam 'apa gunanya menjadi orang baik kalau begitu kesudahannya'.
KDrama ini untuk den memang awesome dan underated.
Walaupun patah hati dengan ending nya tetapi tetap ini adalah antara KDrama molek yang den pernah tengok.
KDrama ini den letak pada tangga pertama kategori KTrauma.
Sejenis KDrama akan duduk lama di dalam hati dan kepala den sebab den sejenis melancholy.
Ini adalah KDrama yang den akan ulang tengok bab yang manis-manis macam masa hero belajar naik basikal, chief detective dan hero bergossip di dalam bilik air, hero dok bertekak dengan pasukannya, dsb bila den rindu hendak tengok Song Sae-beyok berlakon sebab mamat ini hanya berlakon 2 KDrama sahaja iaitu My Mister dan KDrama ini padahal berbakat beno orangnya.
![]() |
| Tidak sampai 30 minit sepanjang 16 episod saat bahagia ini |
Memang hero yang bukan dalam kategori hero KDrama yang biasa jambu, kacak apa semua tetapi den suka tengok mamat ni berlakon.
Walaupun OST nya bikin patah hati, OST ini yang den dok ulang dengar beberapa hari ini.




Apa ni, semua orang mati ni? Kalau saya tengok siri macam ni, boleh murung seminggu dibuatnya. Tapi saya sudah take noted dah, tajuk siri ini. Tunggu habis tengok Teach You A Lesson, saya tengok Possessed ni pulak, okay. 😁
ReplyDeleteHa....memang KSarie kemurungan lama lepas tengok cerita ni. Siap tanya chatgpt macam mana nak move on daripada cerita ini
DeleteWaalaikumsalam KSarie. Sihat ceria selalu ya.
ReplyDeleteAlaa semuanya mati ke, tak jadi nak tengok
Ha....kemurungan KSarie tengok cerita ni. Tapi antara KDrama yang awesome sebenarnya
DeleteTetap la monday blues 😆. Tak puas cuti weekend.
ReplyDeleteKannnnnn....sokmo weekend cepat sangat berlalu
DeleteBanyak kematian ni....
ReplyDeleteKemurungan saya tengok cerita ini
Deleteterbaik la awak memang ada masa untuk layan semua ini...saya pun terfikir ke mana masa terbuang kalau bukan medsos...aduh jom berhijrah dan salam Maal Hijrah
ReplyDeleteIn sya Allah kita usahakan berhijrah secara slowly but surely
Deletealaaa tak sukanya cerita macam ni semua orang mati... kalau at least hero heroin tu mati pun, janganla watak2 sampingan yg lain pun mati sama. memang betul2 rasa macam buat apa jadi baik, akhirnya kalah jua huhu
ReplyDeleteItulah sebabnya KSarie kemurungan tengok cerita ni. Bak kata chatgpt. Ini bukan sad ending. Ini bleak ending
DeleteItulah kenapa saya selalu lihat spoiler kak. Sebab saya nih jenis yg menonton harus happy ending. Pernah sekali nonton film sad ending, ya Allah, lebih 1 Minggu saya bad mood 🤣🤣
ReplyDeleteHa...hidup sudah cukup macam-macam cerita sebab itu kita perlukan KDrama yang happy ending kan😊
Delete