This Moment Is Enough

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Dalam pada dok kalut macam-macam dan berusaha gigih untuk tidak menjadi raksasa gorgon di pejabat😅, dsb sekali eh sudah 23 Jun.

Sekejapnya masa berlalu. 

In sya Allah nanti den blogwalking ye. 

 

Den hendak kongsikan satu cerita yang berlaku semalam.

Lepas solat Zuhur di pejabat, den duduk sekejap dekat sejadah.

Tiba-tiba terus terasa pada ketika itu macam "this moment is enough".

Sejadah yang disinari cahaya matahari yang sedang elok dan just enough.

Pemandangan tasik dari bilik den.

Suasana tenang lepas solat Zuhur.

Terus rasa macam "Mana nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" sebagaimana diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman.

 

Kadang-kadang den terlalu sibuk dengan macam-macam hal.

Terlalu sibuk dengan kerja.

Terlalu fokus berusaha untuk tidak menjadi raksasa gorgon😅. 

Terlalu risau dengan hutang piutang yang bertingket-tingket.

Terlalu berfikir tentang bila agaknya bisa bersara awal daripada perkhidmatan. 

Terlalu asyik dengan perancangan hendak berjimbaan ke hulu ke hilir, dsb.

Sampai den terlupa hendak menghargai dan bersyukur bagi perkara yang simple yet meaningful.

 

Jadinya rasa nyaman sangat tiba-tiba hati berbunga-bunga selepas solat Zuhur apabila menyedari: 

My room is enough.

The view is enough.

This moment is enough.

It was simply a beautiful Zuhur prayer on an ordinary afternoon.

 

Semoga kita semua Allah rezekikan untuk ada rasa "Alhamdulillah. This is enough for today" selalu.

Have a nice day semua ye. 


 

 

 

 

20 comments

  1. Alhamdulilah ... moga semua yang baik-baik aja buatmu Bidasari..
    Salam kenal dari Sis Lin ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn....salam kenal juga dari saya😊

      Delete
  2. Ye sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi masuk bulan Jun. Tup2 minggu depan Julai dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la makanya kan...sekejap udah nak habis Jun

      Delete
  3. Momen kecil yg menjentik hati. Kadang kita perlu pause sekejap, menikmati dan mensyukuri pemberian-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...sekali sekala kena pause untuk menarik nafas sebentar

      Delete
  4. kadang2 kita lupa nak bersyukurkan dengan nikmat yang Allah bagi pada kita setiapppp hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur. In sya Allah

      Delete
  5. Betul, KSarie. Saat kita merasa cukup dan bersyukur, rasa tenang saja di hati. Tapi itulah otak kita ni, cenderung untuk fikir jauh ke hadapan dan yang bukan-bukan ye. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sokmo termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur ye. In sya Allah

      Delete
  6. Tapi berjimba ke hulu ke hilir tu timba pengalaman... Makanan jiwa tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau JJCM dengan UG dan aunty memang pecah perut pengsan😂

      Delete
  7. Moga dipermudah kan semua urusan KSarie, murah rezeki, ceria happy sentiasa

    ReplyDelete
  8. Eh ini betul lah kak. Saya pun dah di tahap, tak lagi mengejar asset. Skr ini, macam, dah laaah, kalau memang rezeki, pasti akan datang ke kita. Kalau tak, mau sekeras apapun, pasti tak dapat.

    Effort tetap ada, hanya saja tak lagi ngoyo (istilah Jawa, meaning gigih sangat untuk mendapatkan) .

    JD saya lebih santai, dan Nerima apapun yg saya dapat. Syukuri sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita sentiasa Allah kurniakan rahmah untuk kita rasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.

      Delete
  9. Masa amat pantas berlalu dan tidak terkejar oleh kita semua...

    apa-apapun wajib bersyukur atas kurniaan nikmatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur

      Delete
  10. Dunia tidak pernah berhenti berjalan. Maka kita harus berhenti sejenak bagi mensyukuri nikmat yg kita ada harini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mazni. Harapnya kita bersyukur sokmo kan

      Delete