April 2026 Yang Mendebarkan

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari pertama pada bulan April 2026 ini? 

Dengan perkembangan dunia semasa dan harga minyak yang semakin naik ini, macam-macam terfikirnya.

Kalau ikut data daripada Jabatan Metereologi Malaysia, El-Nino akan melanda Malaysia bermula April 2026. 

Kalau berfikir berlebihan udah bisa buat tercopot pula jantungnya.

Yang menambahkan debar adalah tiada pengumuman rasmi daripada Kerajaan.

Dengar desas-desus sana sini yang tidak disahkan.

 

Ramai yang kata kehidupan akan lebih mencabar berbanding semasa Covid19.

Kos sara hidup pastinya akan meningkat dengan kenaikan harga minyak.

Walaupun masih ada subsidi segala tetapi tetap juga hampir semua orang terkesan.

Terutamanya rakyat marhaein yang selama ini berhempas pulas demi kelangsungan hidup saban hari.

 

Pakar ekonomi berpesan supaya belanja berhemah.

Jangan menambah hutang baru, dsb.

Kalau baca pesanan dalam kumpulan prepping lagi menambah gundah gulana di dada.

Udah la den ini memang tidak pernah prepping apa-apa.

Bila dikongsikan barang-barang yang perlu disimpan udah den berdebar.

Tengok pula movie Jepun Survival Family dan apa-apa movie berkaitan bencana segala, lagi rasa terpleot.

 

Bila baca maklumat tentang tanda-tanda akhir zaman terutamanya Dajjal segala.

Langsung terpleot terus otak dan kepala.

Dia macam tahu kena cuba bersedia segala tetapi macam tidak tahu apa yang hendak diutamakan terlebih dahulu.

Bagaimana kan?


Persekolahan masih berjalan seperti biasa.

Anak-anak den akan ada peperiksaan pada pertengahan April ini.

Kerja lagi la macam-macam cerita. 

Den kena uruskan bengkel berkaitan sumber air pertengahan April ini.

Ada berjujuk kisah kerja menanti untuk diuruskan. 


Semoga Allah permudahkan semua urusan kita, negara dan dunia di bulan April ini ye.

Semoga Allah lindungi kita semua daripada fitnah kehidupan dunia, kematian dan Dajjal.

 

 

 

0 comments