Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari pertama pada bulan April 2026 ini?
Dengan perkembangan dunia semasa dan harga minyak yang semakin naik ini, macam-macam terfikirnya.
Kalau ikut data daripada Jabatan Metereologi Malaysia, El-Nino akan melanda Malaysia bermula April 2026.
Kalau berfikir berlebihan udah bisa buat tercopot pula jantungnya.
Yang menambahkan debar adalah tiada pengumuman rasmi daripada Kerajaan.
Dengar desas-desus sana sini yang tidak disahkan.
Ramai yang kata kehidupan akan lebih mencabar berbanding semasa Covid19.
Kos sara hidup pastinya akan meningkat dengan kenaikan harga minyak.
Walaupun masih ada subsidi segala tetapi tetap juga hampir semua orang terkesan.
Terutamanya rakyat marhaein yang selama ini berhempas pulas demi kelangsungan hidup saban hari.
Pakar ekonomi berpesan supaya belanja berhemah.
Jangan menambah hutang baru, dsb.
Kalau baca pesanan dalam kumpulan prepping lagi menambah gundah gulana di dada.
Udah la den ini memang tidak pernah prepping apa-apa.
Bila dikongsikan barang-barang yang perlu disimpan udah den berdebar.
Tengok pula movie Jepun Survival Family dan apa-apa movie berkaitan bencana segala, lagi rasa terpleot.
Bila baca maklumat tentang tanda-tanda akhir zaman terutamanya Dajjal segala.
Langsung terpleot terus otak dan kepala.
Dia macam tahu kena cuba bersedia segala tetapi macam tidak tahu apa yang hendak diutamakan terlebih dahulu.
Bagaimana kan?
Persekolahan masih berjalan seperti biasa.
Anak-anak den akan ada peperiksaan pada pertengahan April ini.
Kerja lagi la macam-macam cerita.
Den kena uruskan bengkel berkaitan sumber air pertengahan April ini.
Ada berjujuk kisah kerja menanti untuk diuruskan.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita, negara dan dunia di bulan April ini ye.
Semoga Allah lindungi kita semua daripada fitnah kehidupan dunia, kematian dan Dajjal.

Moga dipermudah kan semua urusan kita dan sentiasa dalam lindungan serta Rahmat Allah.
ReplyDeleteAminnñnnnn
Deleteseram memikirkan. apa pun kebergantungan kita kepada perancangan Allah. semoga yang baik2 je untuk kita semua.
ReplyDeleteAminnnnnnn. Semoga selamat semuanya
DeleteDgn isu dunia sekarang ni, rasanya the end is near sangat. Banyak amal saya yg masih kurang. Doa bnyk2 agar dihindari dari fitnah dajal :((
ReplyDeleteSemoga kita semua Allah kurniakan rahmat dari sisiNya dan Allah lindungi daripada fitnah Dajjal. Ngeri kalau cakap pasal akhir zaman ni sebab amalannya adoi la ke laut dalam
DeleteDgn isu dunia sekarang ni, rasanya the end is near sangat. Banyak amal saya yg masih kurang. Doa bnyk2 agar dihindari dari fitnah dajal :((
ReplyDeleteSemoga kita semua dilindungi daripada fitnah Dajjal. In sya Allah
DeleteSayapun lagi kuatir harga tiket pesawat akan mencanak naik. Inj lagi tunggu tiket utk trip Desember, semoga sajaaaaa tak terlalu naik banyak. Kalau yg rute eropa memang dah mulai naik tinggi soalnya. Harap2 rute Rusia dan sekitarnya masih oke.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan semua yang telah ada rancangan untuk travel
DeleteDi Indonesia pun sama pusingnya nih mbak Ksarie. Disini memang BBM tidak naik, tapi kepercayaan kita dengan pemerintah sudah terlalu rendah, heuheu. Jadi seringnya kami tdak percaya lagi.
ReplyDeleteSemoga kita semua dijauhkan dari segala krisis dan marabahaya yaaa. Amiiin
Kapan bila kita semua akan dapat pemerintah yang betul-betul berjiwa rakyat kan?
DeleteApapun keadaan .kita tetapkan pegangan yakni..berserah pada Allah, Dunia akhir zaman banyak kerosakan..tetap kan iman mantapkan amal ibadah..menyampaikan ilmu walau sepatah di blog juga ilmu dan amal jariah..InshaAllah..Allah sayang dan lindungi kita..
ReplyDeleteIn sya Allah. Terima kasih di atas pesanannya cikgu
DeleteSekarang ini memang lumayan banyak yaa yang perlu dikhawatirkan. Entah dari perkara bahan bakar, ekonomi, serta perang yang tiada henti. Moga kita semua senantiasa dijauhkan dari marabahaya.
ReplyDeleteHidup sudah frugal, efek sekarang jadi harus makin frugal lagi kitorang hahaha
Kadang-kadang sudah tidak tahu bagaimana untuk extra frugal lagi kan? Nanti langsung terpleot begitu
DeleteSaya tumpang terpeleot sama ya, KSarie. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Semoga semuanya baik² belaka untuk KSarie dan teman² blogger semua. Kesian orang yang guna diesel, seliter udah 6 hinggit. Mau simpan dalam store kereta pickup, naik gerek je la, lama².
ReplyDeleteIn sya Allah kita sama-sama berdoa semuanya yang baik-baik sahaja dan kita sentiasa di bawah lindungan Allah selalu
Delete