Resensi Buku Dunia Ini Sederhana Kecil oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua di pagi Ahad ini?

Den masih tercari-cari rentak untuk update blog.

Agak sibuk menjadi Power Rangers merah jambu menyelamatkan dunia daripada raksasa😅.

Den hendak kongsikan resensi sebuah buku yang membuatkan den tersenyum dan ketawa sepanjang pembacaan den.

📘Dunia Ini Sederhana Kecil

✍️Bahruddin Bekri

📖469 mukasurat

🏫Perpustakaan Awam Batu Gajah


2 scenes di dalam buku ini buat den gelak sampai tidak cukup nafas dan berair mata😅.
2 orang anak den yang sibuk main games sampai berhenti main games dan datang dekat den dan tanya 'mama baca apa ni sampai gelak macam hyena😅'.

Bila den hendak cerita pada mereka, ketawa tanpa suara diiringi air mata itu berlarutan😅.

2 scenes yang buat den gelak terbahak-bahak adalah:

✅sesi jualan 'kicap kesihatan' cap Basikal Sulaiman kepada budak-budak black metal semasa konsert tanpa permit berlangsung dengan penipuan kicap kesihatan itu ada dimasukkan sekali darah kambing😅.Sesi penipuan terbongkar tetapi 3 orang penjual terselamat daripada kena belasah selepas polis tiba-tiba buat serbuan😅.

✅semasa teka teki siapakah pemain Thailand yang menjadi naib juara kejohanan badmintan Terbuka Thailand pada 2007. Jawapannya adalah Boonsak Ponsana tetapi orang yang meneka itu menjawab Boon Siak Chan yang merupakan rakan sekelas semasa sekolah.

Cara olahan 2 scenes di atas memang buat hari den extra ceria.

Ada banyak lagi scenes yang memang mengundang senyum dan ketawa sepanjang den membaca buku yang bermula dengan kisah Syamir seorang graduan ijazah ekonomi tetapi keputusan CGPA nya tidak memberangsangkan.

Setelah dipecat daripada menjadi cashier di kedai makan, dia berusaha mencari kerja merata.

Dia yang saban haru menunggu bas di perhentian bas bertemu dengan Pak Karim (seorang tukang kebun sekolah yang suka bersenam), seorang lelaki yang suka bermain gitar, Haliza dan Tasha, seekor kucing kelabu, dsb.

Akhirnya dia bekerja di Syarikat Berkobar-Kobar (nama pun fishy sangat kan😅) sebagai jurujual kicap kesihatan yang boleh membuang toksin dari badan dengan harga RM50 sebotol.
Memang produk overclaimed tahap gaban😅.
Setiap botol yang dijual komisennya RM5 sahaja.

Macam-macam la yang Syamir lalui di dalam hidupnya sebagai usaha menghantar duit kepada emak ayah di kampung.

Menjual kicap kesihatan, menjadi tukang urut, penculikan dan menyelamatkan orang yang diculik😅.

Apa yang membuatkan plot cerita ini menarik adalah kisah rakyat marhaein melakukan apa sahaja kerja demi sesuap nasi.

Ada sedikit kisah ala-ala Megah Holding dan thriller tetapi kisah Syamir sendiri yang tidak pernah putus asa itu yang best.

Mungkin sebab den udah tua, jadinya den kurang berminat dengan kisah ala-ala KDrama Tasha, Haliza, Rina, Daniel dan Riduan dan kisah Formula D yang perlu dimusnahkan demi kepentingan manusia sejagat.

Kisah Syamir dan cara pemikirannya yang pantas walaupun kadang-kadang kuban-kuban itu yang membuatkan hati terpaut.

Cuma pengakhiran novel ini macam terlalu cepat dan pendek.

Happy ending untuk Syamir tetapi den hendak tahu:
✅cabaran dan kisah Ravi a/l Ravichandran dan Sanusi anak orang kaya di dalam aktiviti menjual kicap kesihatan.
✅apa jadi dengan Musa, partner in crime Syamir menjual kicap kesihatan yang hanya pandang ke hadapan sebab itu ciri-ciri orang berjaya katanya😅
✅adakah 5 orang jejaka yang membuat aksi parkour semasa menjual madu tualang berjaya ke Istanbul?
✅adakah mamat-mamat black metal yang hendak minum darah kambing berjaya mendapat kerja?

Antara buku yang den berkenan dooh❤️.


0 comments