Resensi Buku Dunia Ini Sederhana Kecil oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua di pagi Ahad ini?

Den masih tercari-cari rentak untuk update blog.

Agak sibuk menjadi Power Rangers merah jambu menyelamatkan dunia daripada raksasa😅.

Den hendak kongsikan resensi sebuah buku yang membuatkan den tersenyum dan ketawa sepanjang pembacaan den.

📘Dunia Ini Sederhana Kecil

✍️Bahruddin Bekri

📖469 mukasurat

🏫Perpustakaan Awam Batu Gajah


2 scenes di dalam buku ini buat den gelak sampai tidak cukup nafas dan berair mata😅.
2 orang anak den yang sibuk main games sampai berhenti main games dan datang dekat den dan tanya 'mama baca apa ni sampai gelak macam hyena😅'.

Bila den hendak cerita pada mereka, ketawa tanpa suara diiringi air mata itu berlarutan😅.

2 scenes yang buat den gelak terbahak-bahak adalah:

✅sesi jualan 'kicap kesihatan' cap Basikal Sulaiman kepada budak-budak black metal semasa konsert tanpa permit berlangsung dengan penipuan kicap kesihatan itu ada dimasukkan sekali darah kambing😅.Sesi penipuan terbongkar tetapi 3 orang penjual terselamat daripada kena belasah selepas polis tiba-tiba buat serbuan😅.

✅semasa teka teki siapakah pemain Thailand yang menjadi naib juara kejohanan badmintan Terbuka Thailand pada 2007. Jawapannya adalah Boonsak Ponsana tetapi orang yang meneka itu menjawab Boon Siak Chan yang merupakan rakan sekelas semasa sekolah.

Cara olahan 2 scenes di atas memang buat hari den extra ceria.

Ada banyak lagi scenes yang memang mengundang senyum dan ketawa sepanjang den membaca buku yang bermula dengan kisah Syamir seorang graduan ijazah ekonomi tetapi keputusan CGPA nya tidak memberangsangkan.

Setelah dipecat daripada menjadi cashier di kedai makan, dia berusaha mencari kerja merata.

Dia yang saban haru menunggu bas di perhentian bas bertemu dengan Pak Karim (seorang tukang kebun sekolah yang suka bersenam), seorang lelaki yang suka bermain gitar, Haliza dan Tasha, seekor kucing kelabu, dsb.

Akhirnya dia bekerja di Syarikat Berkobar-Kobar (nama pun fishy sangat kan😅) sebagai jurujual kicap kesihatan yang boleh membuang toksin dari badan dengan harga RM50 sebotol.
Memang produk overclaimed tahap gaban😅.
Setiap botol yang dijual komisennya RM5 sahaja.

Macam-macam la yang Syamir lalui di dalam hidupnya sebagai usaha menghantar duit kepada emak ayah di kampung.

Menjual kicap kesihatan, menjadi tukang urut, penculikan dan menyelamatkan orang yang diculik😅.

Apa yang membuatkan plot cerita ini menarik adalah kisah rakyat marhaein melakukan apa sahaja kerja demi sesuap nasi.

Ada sedikit kisah ala-ala Megah Holding dan thriller tetapi kisah Syamir sendiri yang tidak pernah putus asa itu yang best.

Mungkin sebab den udah tua, jadinya den kurang berminat dengan kisah ala-ala KDrama Tasha, Haliza, Rina, Daniel dan Riduan dan kisah Formula D yang perlu dimusnahkan demi kepentingan manusia sejagat.

Kisah Syamir dan cara pemikirannya yang pantas walaupun kadang-kadang kuban-kuban itu yang membuatkan hati terpaut.

Cuma pengakhiran novel ini macam terlalu cepat dan pendek.

Happy ending untuk Syamir tetapi den hendak tahu:
✅cabaran dan kisah Ravi a/l Ravichandran dan Sanusi anak orang kaya di dalam aktiviti menjual kicap kesihatan.
✅apa jadi dengan Musa, partner in crime Syamir menjual kicap kesihatan yang hanya pandang ke hadapan sebab itu ciri-ciri orang berjaya katanya😅
✅adakah 5 orang jejaka yang membuat aksi parkour semasa menjual madu tualang berjaya ke Istanbul?
✅adakah mamat-mamat black metal yang hendak minum darah kambing berjaya mendapat kerja?

Antara buku yang den berkenan dooh❤️.


14 comments

  1. Cover buku je pun dah menarik. Hehe.. seronok baca buku yang dapat hiburkan hati kita. Saya nampak guli atas meja tu. Perpustakaan Batu Gajah pun, ada buku yang menarik camni. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sangka Perpustakaan Awam Batu Gajah yang comel dan pekerjanya dua orang sahaja itu mempunyai koleksi buku-buku yang boleh tahan menarik

      Delete
  2. Adakah versi translate Indonesianya? Saya pun nak penasaran ingin coba baca dan tertawa terbahak-bahak juga, hihihi.
    Doakan juga ya mbak. Saya antara tahun ini atau tahun depan, ingin membuat novel juga. Rencananya mau ambil satu waktu istirahat blogging dan fokus nulis novel, hihihi. Amiiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh tahniah dan semoga sukses menulis novel ya Mas Fajar. Genre apakah novelnya nanti? Boleh la KSarie baca dan buat resensinya nanti ye. KSarie tunggu debut novel daripada Mas Fajar yar. Novel Dunia Sederhana Kecil ini rasanya tiada terjemahan ke Bahasa Indonesia lagi.

      Delete
  3. pehh kicap overclaim harga sampai RM50. marah orang2 KKM kalau nampak produk ni berleluasa kat pasaran. kikiki

    ReplyDelete
  4. Pernah baca karya beliau - Penulis Yang Disayang Tuhan. Menarik jalan ceritanya dan ada unsur humor juga. Jadi tak bosan baca.

    Kemain buku tu ya, posing dengan latar Victoria Bridge 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha buku yang itu pun KSarie pernah baca. Best juga. Victoria Bridge memang cantik kan

      Delete
  5. Sesuai pulak buat buku tu berlatar belakangkan jambatan keretapi

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam KSarie. Sama lah kita bertukar2 warna Power Rangers nya. Seronok baca ringkasan buku, menarik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun menyelamatkan dunia dari raksasa tetapi terpaksa juga kan heheheh

      Delete
  7. Saya harus beli buku ini 😍😍😍. Ada jual di popular kak? Saya nih ke KL tgl 18 Juni - 23 Juni. Nanti stay di Fairfield by Marriot di Chowkit KL kak. Kalau kakak ada waktu, bolehlah jumpa ☺️.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ini dijual di Jejak Tarbiah Bandar Baru Bangi, Selangor. In sya Allah nanti Fanny bagitau masa dan tempat yang sesuai untuk jumpa. In sya Allah ada rezeki kita berjumpa nanti.

      Delete