Wordless Wednesday 16/2026

Suka tengok lampu di lobi tempat den kursus ni
Dalam dok bertekak selalu sunbae bagi kek sarang semut yang dia masak dan limau bali yang dia beli di Cameron Highland. Sayang juga dia dekat den hahahahaha
Satu hari suntuk tidak makan sebab busy menjadi Power Rangers. Dapat dinner molek pula rasa nasi goreng kampung ni dengan ikan bilis garing. Langsung rasa bahagia
Pemandangan pagi yang breathtaking tapi kamera handphone den kodi jadinya tidak begitu dapat capture keindahannya
Akhirnya berbuah juga pokok mulberry yang hidup segan mati tak mau ni
Pergi ke Pusat Pemuliharaan Tuntung lepas baca cerita Tot tetapi tutup la pulanya. Pusat pemuliharaan ini beroperasi waktu pejabat sahaja. Jadinya bergambar aje la di Dataran Tuntung di tengah panas lit-lit. Budak itu udah merenjas-renjas masa bergambar ni😅
Sedap betul mee wantan daging itik di Medan Selera Dato Tahwil Azar, Ipoh. Daging itik tidak hamis. Cendawan gorengnya pun memang awesome. Garing dan tidak berminyak. Sup daging dan keting pun molek. Boleh ulang makan lagi sini nanti
Comfort food - cekodok pisang dan sardin
Si A kutip habis buah mulberi yang belum masak betul. Justifikasinya nanti lupa nak pungut bila udah busy sekolah pagi petang😅. Kadang-kadang dengo dia menjustifikasikan sesuatu perkara udah ada ciri-ciri kebanyakan ahli politik Malaysia😅Mendebarkan betul
Ada rakan sepasukan suka betul makan di sini. Rasanya lebih 3 kali breakfast di sini tahun ini

 

0 comments