Wordless Wednesday 16/2026

Suka tengok lampu di lobi tempat den kursus ni
Dalam dok bertekak selalu sunbae bagi kek sarang semut yang dia masak dan limau bali yang dia beli di Cameron Highland. Sayang juga dia dekat den hahahahaha
Satu hari suntuk tidak makan sebab busy menjadi Power Rangers. Dapat dinner molek pula rasa nasi goreng kampung ni dengan ikan bilis garing. Langsung rasa bahagia
Pemandangan pagi yang breathtaking tapi kamera handphone den kodi jadinya tidak begitu dapat capture keindahannya
Akhirnya berbuah juga pokok mulberry yang hidup segan mati tak mau ni
Pergi ke Pusat Pemuliharaan Tuntung lepas baca cerita Tot tetapi tutup la pulanya. Pusat pemuliharaan ini beroperasi waktu pejabat sahaja. Jadinya bergambar aje la di Dataran Tuntung di tengah panas lit-lit. Budak itu udah merenjas-renjas masa bergambar ni😅
Sedap betul mee wantan daging itik di Medan Selera Dato Tahwil Azar, Ipoh. Daging itik tidak hamis. Cendawan gorengnya pun memang awesome. Garing dan tidak berminyak. Sup daging dan keting pun molek. Boleh ulang makan lagi sini nanti
Comfort food - cekodok pisang dan sardin
Si A kutip habis buah mulberi yang belum masak betul. Justifikasinya nanti lupa nak pungut bila udah busy sekolah pagi petang😅. Kadang-kadang dengo dia menjustifikasikan sesuatu perkara udah ada ciri-ciri kebanyakan ahli politik Malaysia😅Mendebarkan betul
Ada rakan sepasukan suka betul makan di sini. Rasanya lebih 3 kali breakfast di sini tahun ini

 

20 comments

  1. Lampu lampu tu scary kalau ada yg jatuh huhu.. kek Sarang semut tu sedappp .. :D
    Aduh sayang mulberry dipetik awal .. kalau hitam legam pasti manis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...patut tunggu sampai hitam mulberri tu tapi justifikasi orang yang mengutipnya tu ala-ala justifikasi kerajaan tentang kenaikan harga minyak diesel😅

      Delete
  2. Sedap la nama Dato' tu ... Mesti somebody la kan
    Sy pun ada plan nak pergi tengok tuntung tu, tapi baru plan je la hihi ..
    Mulberry belum ranum, masham 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha biasanya nama orang-orang berjasa diabadikan sebagai nama tempat segala kan

      Delete
  3. Saya pun paling suka sama suasana di pagi hari mbak. Apalagi kalau langit lagi bagus-bagusnya. Rasanya hati tenang dan tentram.
    Makanya, sungguh merugi mereka yang tidak bangun pagi dan beraktivitas lebih awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn pemandangan indah waktu pagi sentiasa mendamaikan

      Delete
  4. Breakfast paling bawah tu, jenis breakfast kegemaran saya. 😋
    Alaaa.. tutup pula tempat tuntung. Oh, office hours only.
    Baru semalam saya makan mee wantan ayam di foodcourt Mydin Meru, Ipoh.
    Buah mulberry tu, masam ke manis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam bila warna macam tuh. Kalau hitam legam baru manis dan sedap. Ha KSarie pun peminat big breakfast

      Delete
  5. Sedap semuanya especially cekodok tapi mee wantan, nasi goreng, roti bakar pun sedap. Alhamdulillah rezeki dapat limau barli dan kek sarang semut. View tu cantiknya Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk rezeki makanan sedap-sedap😋

      Delete
  6. Eh, ini adh bukan 'wordless' ni... Mana aci! Hehehehe

    Sadin tu kalau lawan dia cekodok bilis lagi mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha betul tuh UG. Patutnya tajuknya Photodumb ke apa kan? Tapi belasah aje la ye😅

      Delete
  7. Sayapun suka lihat Lampung hias begini. Walau kdg terpikir, macam mana nak bersihkan yaa 🤣.

    Aiiish mulberry ya lebat juga kak. Langsung ingat cerita di buku2 Enid blyton, tokoh anak2 di cerita banyak yg mendeskripsikan mulberry segar dimakan dengan lemak susu. Kalau dah baca macam drooling sangat saya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba makan mulberry dengan keju la agaknya ye lemak susu itu. Lampi begitu memang sukar dibersihkan

      Delete
  8. mi itik tu sedapnyaaa! jadi teringin pulak nak makan mi wantan itik. selalu kopitiamlah banyak menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie berkenan dengan mi wantan itik di sini sebab daging itiknya tidak hamis

      Delete