Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari terakhir bulan Mac ini?
Masih mood raya kah semuanya sebab Syawal kan sebulan😊?
Macam mana bulan Mac 2026 kome?
Awesome sebab ada Ramadan dan Syawal di bulan Mac ini kan?
Bulan Mac den warna-warni macam warna warni Aidilfitri juganya.
✅Aidilfitri disambut seadanya dan sederhana. Ini memang tema kami 4 beranak sejak dulu kala lagi.
✅Tengok wayang movie Lord of The Ring Return of The King extended version seorang diri pada 20 Mac hari terakhir Ramadan😅. Den dan kuban-kuban berpisah tiada😅.
✅Memasak rendang (walaupun tukang potong dan kacau rendang je pun😅) setelah bertahun lama tidak memasak rendang.
✅Alhamdulillah kami bertiga kecuali F menginjak tua 1 tahun lagi pada Mac 2026 ini. Tidak semua orang berpeluang untuk menua. Jadinya kita bersyukur apabila bertambah umur saban tahun ye. Rezeki den tahun ini meriah pula sambutan birthday nya.
![]() |
| Officemates merangkap travel buddies belanja 2 orang March birthday girls makan - den dan makwe sebelah den menua pada Mac 2026 ni |
✅Pergi Zoo Negara. Untuk 30 hari selepas tarikh lahir, kita dapat masuk Zoo Negara percuma. Jadinya cuma bayar tiket untuk F sahaja. Melayankan kiddos ke sini. Kalau ikutkan omma dan appa nya ni, kami tidak lalu hendak menapak ke hulu ke hilir di bawah panas mentari😅.
![]() |
| My Backstreet Boys |
![]() |
| Pusat Pemuliharaan Panda ni rasanya yang paling mahal nak maintain dengan aircond dalam kawasan besar |
✅Berbuka puasa dengan 2 orang ex-housemates. Duduk dekat-dekat je tapi masing-masing busy mengalahkan PMX😅. Kali terakhir jumpa Ramadan 2025. Persahabatan kami menjangkau 23 tahun. Alhamdulillah.
✅Kerja memang berwarna-warni Aidilfitri. Pergi lawatan tapak semasa Ramadan memang mencabar ye sebab tidak boleh singgah minum teh o ais😅.
![]() |
| Tutup muka halang hama bulu ayam😅 |
✅Terima seorang ahli baru dalam team kami. Semoga dapat bekerjasama sebaiknya selagi mana masing-masing menjalankan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor. Ha...ayat gomen udah keluar😅.
✅Alhamdulillah dapat membaca 15 buah buku sepanjang bulan Mac 2026 ini.
Macam-macam kisah Mac 2026 ini ye lagi-lagi kisah global berkaitan Iran vs US.
Semoga yang baik-baik untuk kita dan dunia ye.
Alhamdulillah masih ada rezeki untuk sampai ke hari terakhir di bulan Mac.








0 comments