Masjid Raden Saleh, Jakarta

Assalamualaikum dan apa khabar?

Adakah sibuk mula membuat kuih raya?

Den memang pilih kuih tunjuk-tunjuk aje la ye.

Kuih yang sendiri hendak makan aje.

 

Sambung kisah mosque hopping semasa impromptu solo trip ke Jakarta pada 2024.

Masjid Raden Saleh adalah masjid yang den hendak pergi selepas dengan tengok movie Mencuri Raden Saleh.

Sebuah movie Indonesia yang ditayangkan pada 2022 yang mengisahkan sekumpulan anak muda hendak mencuri sebuah lukisan terkenal oleh Raden Saleh iaitu lukisan cat minyak Penangkapan Pangeran Diponegoro (1857).

Asbab tengok cerita ni, den teringin hendak pergi ke Masjid Raden Saleh. 

Kalau ikutkan google, Masjid Raden Saleh yang dibina bangunan asalnya oleh pelukis Raden Saleh dikenali sebagai Masjid Jami' Al-Makmur di Cikini, Jakarta.

Ini Masjid Raden Saleh yang den berhasrat hendak pergi sebenarnya. Sumber gambar google

Nampaknya Masjid Raden Saleh yang den singgah solat ini bukanlah masjid yang den hendak pergi sebenarnya.

Jadinya kena la pergi ke Masjid Raden Saleh yang sebenar satu hari nanti ye😅

Ini Masjid Raden Saleh yang den pergi

Masjid Raden Saleh yang den pergi ni comel aje masjidnya.

Saiznya macam surau.

Tapi tiada ruang untuk letak kereta.

Kalau datang naik sapeda motor senang sikit hendak parking. 

Ni ruang solat cowok
Comel je partition pemisah ruang lelaki dan wanita

Masa den datang tu memang hanya seorang Mas yang sedang menyapu masjid.

Masjidnya bersih dan kemas.

Tempat solat wanita boleh memuatkan dalam lebih kurang 25 orang dalam satu-satu masa.

Lepas solat sunat, den lepak sekupang dua sebelum sambung pergi ke masjid seterusnya. 



 

 



0 comments