Solat Subuh di Masjid Raya Al-Jabbar, Bandung

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin.

Penuhnya jadual keroje rasa macam hendak pengsan kejap😅. 

Den hendak kongsikan pengalaman pergi ke Masjid Raya Al-Jabbar, Bandung pada tahun 2025 lepas.

Sebenarnya den berhasrat hendak solat di sini masa impromptu solo trip ke Jakarta-Bandung Ramadan 2024 tetapi disebabkan den terpleot menguruskan masa, den tidak sempat singgah dan hanya dapat memandang dari kejauhan je masjid ini😅. 

 

Kalau ada rezeki tidak ke mana begitu ye. 

Alhamdulillah Allah bagi den rezeki ke Masjid Raya Al-Jabbar 2 kali pada 2025. 

Kali pertama den naik GrabRide dari hotel ke  masjid pukul 4 pagi sebab hendak solat Subuh di masjid tersebut.

Mas yang bawa sapeda motor cakap dia yang orang Bandung pun tidak pernah sampai ke masjid tu.

Disebabkan alang-alang dia hendak tunggu den habis solat dan hantar semula den balik hotel, dia cakap dia akan solat sama di masjid tu.

Sedikit maklumat tentang Masjid Raya Al-Jabbar yang den ambil daripada Wikipedia.

Kos pembinaan masjid ini adalah Rp1 trillion = RM232 juta (ikut kadar tukaran wang sekarang).

Masjid yang dibina selama 5 tahun dirasmikan pada 30 Disember 2022.

Kapasiti masjid boleh menampung 33,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.  

Terdapat 27 pintu masuk yang mewakili 27 daerah di Jawa Barat.

Setiap pintu masuk dihiasi dengan corak batik daripada 27 daerah tersebut.

Den tidak sempat siasat perkara ni masa den pergi tuh.

Nampaknya kena pergi lagi la ke sini ye😅. 

Masjid yang tersergam indah dan gah ini memang serba serbinya molek belaka.

Tempat solat wanita yang luas, bersih, kemas dan teratur.

Bilik wuduk dan bilik air yang selesa.

Syahdu pula pagi tu bila mendengar kelunakan suara imam semasa solat jemaah tu. 

Lepas Solat Subuh, den duduk di perkarangan masjid untuk tengok pertukaran warna cahaya pada bangunannya yang macam sisik ikan tu.

Biru, ungu, macam nak jingga dan warna kelabu.

Dalam setengah jam juga den dok perati pertukaran cahaya ni sebab sungguh lawa dan unik.

Masa ni hujan renyai-renyai tetapi kita redah aje begitu.

Dia bila pergi seorang diri dan tidak rajin hendak bawa segala gajet untuk mengambil gambar sendiri macam kayu selfie dan sebagainya, maka gambarnya asal ada begitu la ye😅. 

Sekeping gambar tuan tanah kedaung asal ado. Sayang banyak sangat tong sampah. Cacat pula pemandangan jadinya

Lepas suasana makin cerah dan cahaya lampu pun dipadamkan, den berjalan-jalan sekitar masjid untuk mengambil gambar.

Den keluar dari kawasan masjid ke kedai-kedai jualan yang berada di hadapan kawasan masjid.

Sempat la den minum alpukat.

Tunggu Mas GrabRide sampai terus aje dia hantar den balik ke hotel. 

 

Den berpeluang singgah ke Masjid Raya Al-Jabbar buat kali kedua apabila melayan konco-konco dalam trip yang mereka rancang.

Den ikutkan aje.

Kami pergi berempat.

Tetapi pada hari kami melawat Masjid Raya Al-Jabbar kami hanya bertiga.

Seorang konco telah cerry berry dan terpaksa bertapa di dalam hotel. 

Semenggah sikit gambarnya bila ada yang mengambilkannya

Tema pink

Bila berjalan dengan deme ni ada tema warna dan rajin nak pacak selfie stick ambil gambar segala. 

Jadinya meriah la gambarnya begitu. 

Sakan la bergambar tepi tasik bagai. 

Kami tidak masuk dalam masjid sebab semua tidak boleh solat.

 

Den adalah sejenis orang yang boleh je pergi tempat yang sama berulang kali kalau den berkenan.

Sebab walaupun tempat yang sama pengalamannya berbeza begitu. 

Kalau tanya den, in sya Allah den berharap dapat solat terawih di Masjid Raya Al-Jabbar satu hari nanti.

 

Stesen Tegalluar iaitu stesen keretapi cepat Whoosh adalah stesen yang terdekat dengan Masjid Raya Al-Jabbar.

Kalau kome ke Bandung, mungkin boleh masukkan dalam itinerari untuk singgah solat di sini.

 

Jaga diri semua. 

 

 

0 comments