February 2026 Recaps

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba rajin pula update blog hampir setiap hari bulan Ramadan ni ye😅.

Semoga semuanya kekal bersemangat berpuasa.


Saja hendak recaps perkara yang berlaku sepanjang Februari 2026 untuk kenangan sendiri.

✅Dapat 6 orang team members baru. Welcome to the team. Its like walking in the Jurassic Park. Eh😅

✅Banyak la keroje kena multitasking segala macam sesungut sotong dah😅.

✅Tiba-tiba rasa hendak berkongsi cerita tentang masjid yang den pernah solat di Indonesia. Tak tau kenapa. Mungkin sebab bulan Ramadan kot ye.

✅Keputusan UPKK A keluar pada 25 Februari. Ada A dan B. Tak sangka juga sebab dianya demam 3 hari berturut-turut masa exam. Tahniah baby. Dia selalu cakap 'Mama...A bukan baby dah. A kan dah besar'😅. 

✅Dapat hadiah antara top commentor daripada blogger Mulan. Terima kasih daun keladi.

✅Sesi makan sekupang dua bersama keluarga kecil den.

✅Bawa kiddos ke Aquaria naik LRT.

✅Kawan-kawan berkongsi rezeki makanan. Kurma, bubur nasi ayam, keropok, kek batik, kuah durian, teh, kek lapis, lasagna, dsb.

✅Jiran bagi rak buku. Nampaknya terpaksa beli buku lagi sebab dah ada ruang kosong😅.

✅Banyak ikan guppy dalam pasu mati tidak pasti kenapa. Adakah kualiti airnya terpleot ke apa tak tau. Sedih😭.

✅Berjimbaan JJCM 4H3M ke Kota Kinabalu - Kota Belud - Ranau - Kundasang, Sabah dengan seorang konco sebelum Ramadan. Tidak tahu la tercerita ke idok nanti ni dalam blog😅. Bucketlist Kota Belud✅

Nampak tak kome Gunung Kinabalu
Berenyut-renyut ikan kelah. Ikan kelah ni ikan yang sangat sensitif pada perubahan kualiti air dan biasanya dijumpai di sungai yang kelas I (kelas tertinggi dalam Indeks Kualiti Air Malaysia)

✅Lepak makan dengan seorang cousin dan update kisah kehidupan.

✅Main boardgames Saidina, Shahiba dan catur dengan kiddos.

✅Bacaan Yasin dan potluck sempena menyambut Ramadan bersama team.

✅Berbuka puasa bersama teman sepejabat.

✅Hati berbunga-bunga tengok ice skating Olimpik 2026 terutamanya Alysa Liu dan pasangan Jepun. Walaupun Yuzuru Hanya udah tidak bertanding, den suka je tengok peserta lain. Tetapi Yuzuru memang legendaris.

✅Masih tidak berjaya bersenam. Haish.

✅Rezeki dapat membaca 15 buah buku. Yeay😊

 

✅Berjaya update resensi semua buku yang dibaca di IG, GoodReads dan Bookmory💪.

✅Terbeli 7 buah buku. Haish. Sokmo ayat terbeli ye😅.

Berangan hendak update blog selalu sebenarnya pada Februari tetapi itu la life got in the way.

Semoga Mac 2026 lebih awesome untuk semua.


0 comments