Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Ini in sya Allah perkongsian terakhir tentang kesempatan menunaikan solat di masjid di Indonesia.
Den berempat sekawan berpeluang solat di Masjid Raya Sumatera Barat, Padang pada 2025.
Sampai aje di tepi jalan menghala ke masjid, kita memang akan terpana dengan senibina bumbung masjid berbentuk Minangkabau.
Memang unik dan gah.
Menurut wikipedia, senibina masjid ini direka oleh arkitek tempatan iaitu Rizal Muslimin yang memenangi pertandingan rekacipta masjid ini yang melibatkan 323 penyertaan.
Berseni ukiran pada bumbung masjid ini.
Masjid yang boleh memuatkan 20,000 orang ini memang molek teratur.
Kemas, bersih dan selesa.
Lepas selesai solat, kami berjalan sekupang dua sekitar masjid bergambar sekupang dua.
Ini kalau briskwalking sekitar masjid pun boleh tahan berpeluh sebab luas sungguh kawasannya.
![]() |
| Kenapa asal singgah masjid tema bajunya warna pink ye😅Sayangnya seluar ini sudah tidak muat kerana den sudah membulat dengan jayanya |
Kalau ke Padang, boleh singgah solat di masjid di mana solat pertama dilaksanakan di sini adalah pada Februari 2014.









Masya-Allah, lawa betul siling bahagian dalam masjid. Mesti tak panas sebab tinggi siling/bumbungnya.
ReplyDeleteCer KSarie try semula seluar tu, mana tau kot muat bulan puasa ni.
Ha nanti cuba lagi sebab suka seluar ni
DeleteUnik2 semua masjid di sana ye. Cantik dan menarik.
ReplyDeleteItu la semuanya lawa-lawa
Deletepernah ke Padang pd thn 1993. Kena pergi sekali lagi kerana byk perubahan berlaku.
ReplyDeleteDah lebih 30 tahun ye Abam Kie. Memang kena repeat Padang nanti ye
DeleteIni betul² unik 👍🏻
ReplyDeleteBagus binaannya berunsurkan budaya setempat, secara tak langsung memperlihatkan keindahan senibina tempatan. Jujurnya sy tak sangka Di negara jiran kita ni masjid² depa lawa dan besar² belaka.
Ha itu yang mahal tuh kan. Masjid rekabentuk senibina tempatan yang dihasilkan oleh anak tempatan. Masjid-masjid di Indonesia lawa-lawa sungguh
DeleteMasyaAllah…cantik unik seni bina masjid. Menarik buat binaan masjid berteraskan budaya.
ReplyDeleteBerseni dan klasik kan? Suka sangat tengok
Deletehaaa masjid ni yg paling menjadi list saya kat indonesia, sebab berbentuk minangkabau. semoga dapat sampai sini one day!
ReplyDeleteCantik sangat kan walaupun kami lalu saja tahun lepas. Memang unik, memang gah.
ReplyDeleteMemang unik dan molek masjid-masjid di Indonesia kan
Delete