Masjid Cut Meutia, Jakarta Masjid Binaan 1912

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian tentang masjid terakhir yang sempat den singgah semasa mosque hopping di Jakarta pada Ramadan 2024. 

Masa den sampai di masjid ni, ada seorang Mas sedang bersihkan masjid.

Ini masjid yang den duduk agak lama sebab suka binaannya yang sangat old school.

Vibes antik tetapi tidak spooky begitu.

Cantik, berseni dan unik begitu.

Lepas solat sunat, den pusing sekupang dua dalam masjid.

Sayang pula den tidak tergerak hati hendak naik ke tingkat atas.

Nampaknya kena kembali solat di sini satu hari nanti ye😅. 

 

Masjid Cut Meutia ini panjang sejarah penggunaannya kerana ia merupakan bangunan bersejarah peninggalan Belanda.

Boleh baca maklumat sejarah dan pelbagai program dan maklumat tentang masjid ini di SINI

Amtara website masjid menarik yang den pernah layari.

Berdasarkan maklumat di dalam website ini,  bangunan ini selesai dibina pada 1912.

Bermula sebagai pejabat arkitek sebelum bertukar kepada pejabat pos dan keretapi Belanda.

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1942, bangunan ini dijadikan Markas Tentera Laut Jepun. 

 

Selepas Indonesia merdeka pada 1945, bangunan ini digunakan sebagai kantor Wali Kota Jakarta Pusat dan sebagainya.

Mulai Ogos 1987, bangunan ini rasmi dijadikan Masjid Cut Meutia.

In sya Allah kita usahakan datang lagi solat di sini apabila datang ke Jakarta satu hari nanti agar kita bisa naik di lantai dua pula😅. 

 

 


0 comments