Assalamualaikum,
Apa khabar di hari Ahad ini?
In sya Allah tinggal tak sampai 5 hari kita akan berada di bulan Ramadan.
In sya Allah den hendak kongsikan sebuah buku yang den baca dan tidak sangka best.
🌸📘27/2026 Perjalanan Yang Tidak Direstui
📖 273 mukasurat
✍️ Mohd Farid Ariffin
🏫PPAS Selangor
Buku travelog yang ditulis pada 1979 ini merakam perjalanan penulis bersama isterinya dan 3 orang anaknya Ida, Ina dan Farul balik ke Malaysia dari London sejauh 11 ribu batu dengan menggunakan kereta Volkswagen Bettle melalui jalan darat pada tahun 1977 berpandukan peta lipat dan sumber kewangan yang terhad.
Tidak ramai yang bersetuju dengan cadangan penulis dan keluarga hendak berkelana pulang ke Malaysia naik kereta tetapi mereka teruskan juga hasrat mereka.
Mereka meninggalkan London pada 15 November 1977 dan melalui pelbagai pengalaman yang mereka lalui sepanjang perjalanan daripada dilambung ombak masa naik kapal sampai termuntah semuanya, barang-barang dicuri, kemalangan, hotel-hotel yang indah khabar dari rupa, orang imigresen yang overwork yet underpaid yang merempan, salji tebal, cuaca sejuk ke sumsum tulang, komunikasi terbatas, menginap di Kedutaan Malaysia di beberapa tempat, dsb.
Gaya penulisan buku travelog ini menyebabkan seolah-oleh pembaca ikut sama di dalam perjalanan yang penuh berliku tetapi unik.
London - Perancis (Calais - Dunkirt - Paris) - Belgium (Brussels - Waterloo) - Switzerland (Geneva) - Itali (Turin - Pisa - Rome) - Yugoslavia (Padova - Trieste - Ljubljana - Zagreb - Belgrade) - Greece (Thessaloniki/Salonika) - Turki (Istanbul - Izmit - Erzurum).
Walaupun perjalanan mereka terhenti di Turki kerana kereta terbabas masuk di dalam gaung, setiap detik perjalanan mereka penuh dengan cerita.
Mereka akhirnya berjaya sampai ke Malaysia selepas menaiki bas dari Turki ke Tehran, Iran dan menaiki kapal terbang dari Moscow (Rusia) ke Malaysia.
Suka dengan buku ini bukan sebab storylinenya sahaja tetapi sebab ada peta-peta yang menunjukkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.
Gambar-gambar yang dikongsikan walaupun ada yang kabur tetapi masih menarik.
Membaca travelog ini memperkenalkan den kepada beberapa bandar/tempat yang tidak pernah diketahui kewujudannya.
Banyak pengajaran juga seperti hubungan keluarga, sahabat yang baik, bertemu dengan orang yang baik, networking, dsb.
Penulis merupakan Presiden Majlis Kanser Malaysia (MAKNA) yang baru sahaja meninggal dunia pada 14 Januari 2026 yang lepas pada usia 84 tahun.
Anaknya Farul yang semasa perjalanan dibuat baru berusia 2 tahun telah meninggal dunia pada 2011 pada usia 36 tahun selepas 20 tahun bertarung dengan leukimia.
Beliau juga merupakan asbab penulis menubuhkan MAKNA.
Al-Fatihah untuk keduanya.

0 comments