Assalamualaikum.
Apa khabar semua di Syawal ketujuh ini?
Masih meriah berhari raya ke?
Siapa yang ambil cuti hampir seminggu untuk berhari raya di kampung mungkin sedang bersedia untuk kembali semula ke bandar.
Selamat kembali semula untuk bertugas kepada sesiapa yang baru hendak mula bekerja pada 30 Mac 2026 nanti.
Kadang-kadang dalam hidup ni kan, den selalu terbuat keputusan yang kuban-kuban secara tidak sengaja😅.
Contohnya semasa tempah tiket wayang Lord Of The Ring Return of The King Extended Version😅.
Dalam otak den hendak tempah tiket untuk tontonan pada hari ini, Jumaat 27 Mac.
Hendak dijadikan cerita den tertempah tiket wayangnya pada Jumaat 20 Mac.
Lepas bayar siap ambil popcorn bagai, baru terperasan benda ni.
Apaknya cakap pergi aje la tengok sebab udah dibayo segala.
Den memang tempah 1 tiket untuk diri den sahaja sebab movie ini den tengok zaman den belajar dulu bermula dengan Fellowship of The Ring dan The Twin Tower.
Den paling suka movie yang terakhir daripada trilogi LOTR ini.
Apaknya tidak suka cerita macam ni.
Kiddos lagi la tidak minat.
So memang den tempah tiket ni untuk dating dengan Aragorn dan Legolas.
Jadinya di kala orang dok pulun pahala di hari Ramadan terakhir, den pergi tengok wayang seorang diri.
Dasar belalang kunyit begitu la ye.
Macam tidak senonoh kan perangai.
Tetapi sumpah den tidak sengaja.
Kebetulan Allah bagi rezeki den 'raya awal', makanya den tengok la movie sambil makan popcorn😅.
Kebetulan pula yang tengok movie pada ketika itu semuanya non-muslim.
Jadi tiada la potensi kejadian orang ambil gambar den tengah makan popcorn dan viralkan dengan caption 'udah tua pun, tidak puasa dan makan popcorn di khalayak ramai'😅.
Tengok LOTR Return of The King Extended Version di pawagam pada umur mencecah setengah abad ini memang lain macam ye perasaannya.
Den tetap rasa Aragorn kacak banget dan Legolas comel sama seperti den tengok deme pertama kali di dalam LOTR Fellowship of The Ring pada 2001.
Tetapi kata-kata King Theoden, Aragorn dan Gandalf semasa depa hendak ketuai tentera untuk menentang tentera Orc milik Sauron yang lebih menusuk kalbu.
Ucapan Aragorn semasa di Black Gate
"Sons of Gondor! Of Rohan!
My brothers! I see in your eyes the same fear that would take the heart of me.
A day may come when the courage of Men fails,
when we forsake our friends,
and break all bonds of fellowship, but it is not this day.
An hour of wolves and shattered shields when the Age of Men comes crashing down,
but it is not this day!
This day we fight!
By all that you hold dear on this good earth, I bid you stand, Men of the West!"
Orang tua macam itu la ye.
Bergenang-genang ayaq mata masa 3 scenes ini.
Sebak terkenangkan perjuangan untuk mempertahankan bangsa dan negara ini.
Walaupun ini cerita fiksyen tetapi den tetap terasa syahdunya dengan suasana perang Iran vs US segala ni.
Bila tengok LOTR Return of The King extended version di pawagam ni, baru den teringat kembali yang den memang suka movie genre begini.
Gladiator.
Kingdom of Heaven.
First Knight.
King Arthur.
Robin Hood.
Mungkin kena tengok semula movies macam ni walaupun biasanya pengakhirannya bikin patah hati.
Ada movies dan drama yang den suka tengok berulang kali sebab awesome untuk den.

Watak Legolas ni yang meletupkan Orlando Bloom. Tapi sayang selain daripada LOTR dan Pirates of Carribean, tiada movies dia yang meletup.
![]() |
| Eomer lakonan Karl Urban ni molek juga. Tetapi mamat ni sampai sekarang tiada rezeki hendak jadi hero. Sokmo la jadi pelakon tambahan |




0 comments