Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari keempat Syawal?
Masih ramai yang cuti raya agaknya ye.
Mungkin masih ramai yang berada di kampung berhari raya.
Semoga semuanya happy berhari raya dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Den telah mula bekerja hari ini😅.
Bukan pekerja cemerlang cumanya kita bagi ahli pasukan bercuti sakan.
Nanti bila semua orang telah masuk kerja, kita pula bercuti😅.
Macam mana raya kome?
Den dan keluarga kecil den saban tahun sambutannya sederhana.
Periuk Noxxa den yang digunakan setahun sekali untuk rebus ketupat nasi instant berjasa seperti biasa😅.
Setiap tahun pun den akan google 'cara merebus ketupat segera menggunakan periuk Noxxa😅'.
![]() |
| Deme ni kan 11 am baru nak melayan den bergambar. Makanya ketibas la hendak ambil raya sekupang dua ni ha😅 |
![]() |
| Gambar raya di tiang bendera tertinggi di Malaysia 120 meter semasa panas lit-lit matahari tegak atas kepala. Semua gambar kami di sini tak nampak biji mata😅 |
Baju raya adalah baju 2,3 tahun lepas apa yang masih muat.
Warna baju kami adalah tema warna air balang gayanya😅
Dengan apaknya tak jumpa songkok.
Makanya pakai la kopiah yang ala-ala muat tak muat tu😅
Gambar raya asal ado begitulah konsepnya😅.
In sya Allah nanti den blogwalking ye.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.


0 comments