Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
In sya Allah malam ini akan tengok anak bulan.
In sya Allah esok atau lusa kita akan sambut Aidilfitri.
Rasanya ini post terakhir den sebelum Aidilfitri.
Di kesempatan ini den memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang den mencoret di blog ini ada membuatkan sesiapa yang pernah membacanya terutamanya rakan bloggers ada terasa hati, dsb.
Kadang-kadang dalam keterujaan hendak berkongsi cerita, ada perkataan dan ayat yang terpelot yang den tidak perasan.
Mohon maaf zahir batin ye.
Semoga Aidilfitri 2026 ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.
Kepada semua yang balik kampung, berhati-hati sokmo di jalan raya.
Semoga selamat dalam perjalanan, selamat pergi dan kembali.
Sejak minggu lepas masa den pergi lawatan tapak, sakan team mates pasang lagu raya.
Lagu-lagu raya lama memang klasik dan syahdu kan?
Katanya tahun 2026 ni lagu raya Faizal Tahir dan Senario yang trending tapi den belum dengar lagi.
Semoga segala amal ibadah kita di bulan Ramadan 2026 diterima Allah.
Semoga momentum amalannya di bulan Ramadan dibawa terus ke bulan-bulan mendatang ye.
Semoga dapat bermaafan, bersilaturahim dan makan ketupat rendang segala bersama keluarga dan sanak saudara.
Adakah ramai yang tema warna baju raya nya adalah matcha strawberry?
Keluarga kecil den memang biasanya tema warna warni Aidilfitri ikut warna baju apa yang masih muat di dalam almari itu😅.
Kami biasanya recycle pakai baju sedia ada.
7 bekas kuih raya telah selamat dimakan tidak sempat tunggu Syawal menjelma😅.
Kuih samperit, popia simpul, tart, biskut brownies dan chocolate chips semua udah abis.
Anak-anak den semangat selera makan sejak akhir-akhir ni.
Tetapi rezeki budak-budak gamaknya ye.
Den dapat kuih raya daripada program khatam Quran, kawan-kawan dan rakan sekerja.
Kalau agak-agak habis kuih raya yang masih berbaki singgah la Econsave beli kuih raya lagi kalau rajin😅.
Cuma raya kali ni den masak rendang setelah berkurun lama tidak masak😅.
Ini pun sebab jiran den ajak den memasak rendang dengan dia.
Dia la yang masaknya.
Den cuma tukang potong bahan, kisar bahan dan mengacau rendang atas kuali😅.
Jadinya tahun ini ada rendang campur (daging, limpa, hati dan paru).
Kuah kacang udah dibeli daripada rakan pejabat (saban tahun memang beli daripada dia).
Nanti kalau rajin den beli rendang ayam kalau terasa hendak makan.
Raya setiap orang pastinya tidak sama.
Ada yang:
✅baru kehilangan kaum keluarga.
✅ditimpa kemalangan dan perlu berhari raya di hospital.
✅baru mendapat perkhabaran berkaitan kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut.
✅datang daripada broken family dan hari raya merupakan seperti hari yang sama seperti hari lain.
✅baru dapat kerja makanya tidak akan dapat gaji sebelum lebaran.
✅saban tahun memendam rasa perlu berhari raya di kampung pasangan.
✅anxiety sebab terpaksa juga berjumpa dengan keluarga toksid; dan sebagainya.
Jadinya seperti kata KA di dalam video masakan 4 bahan di mana bahan keempat tidak akan mampu kita beli walaupun kita ada duit berjuta.
Kita perlu ada rasa empati dan sentiasa meletakkan diri kita di dalam kasut orang lain.
Be kind to ourselves and others because everybody is fighting a battle no one know.
Semoga Syawal 2026 adalah Aidilfitri yang membawa kita lebih dekat dan kembali kepadaNya tidak kira apa jua situasi kita.
Jaga diri semua.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
![]() |
| Rezeki dapat beli sampul raya Pos Berhad. Ini stok terakhir di pejabat pos ketika itu |

0 comments