Resensi Buku Tuhan Seindah Apa Di Hujung Sana Oleh Hafizul Faiz

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semoga kita sempat membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.

Kalau Aidilfitri jatuh 20 Mac (Jumaat), maknanya hari ini adalah hari Jumaat terakhir Ramadan 2026.

Sekejap aje kan masa berlalu.

Bila udah tua ni, syahdu bila Ramadan hampir ke penghujung agak menusuk kalbu ye.

 

In sya Allah den hendak kongsikan sebuah buku yang kecil tetapi buat hati terusik yang den baca semasa bulan Ramadan ni. 

🌸📘29/2026 Tuhan Seindah Apa Di Hujung Sana

📖203 mukasurat

✍️Hafizul Faiz

🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Kemenangan yang sebenar ialah kita bisa terus tumbuh tanpa diganggu, terus tenang tanpa perlu berperang, terus melebar luas makna dan kebaikan tanpa ada lagi yang cuba menjatuhkan

Kadang-kadang kita terbaca buku yang buat air mata tumpah pada masa yang kurang sesuai.

Macam semasa dalam Bas Smart Selangor dalam perjalanan ke tempat kerja😅.

Kupasan tentang beberapa perkataan dan bahasa serta maksudnya di dalam Al-Quran yang selama ini den tidak pernah tahu.

Perkataan yang terpilih ada redha, salam, ghafara, Rahman, Alhamdulillah, takdir, solat, rukuk, sujud dan sabar.

Setiap satu perkataan mempunyai kepelbagaian makd berdasarkan ejaan dan kedudukan/susunan perkataanya di dalam Al-Quran.

Kupasan setiap satu ayat dan kaitannya dalam menjalani kehidupan dalam mempersiapkan diri ke akhirat mudah difahami.

Diselitkan dengan kupasan beberapa sirah.

Kisah Rasulullah saw, Nabi Musa as, Nabi Yusuf as, dsb.

Setiap sirah yang dipilih dikupas bagi menjelaskan hakikat kita sebagai hamba Allah, pengurusan kehidupan fizikal, emosi dan mental, dsb.

 

Banyak pesanan untuk sentiasa bersabar, bersyukur, solat, kembali ke jalan yang benar di dalam buku yang comel ini.

Masa baca tentang perbualan orang Ansar dan Rasulullah saw selepas Perang Hunain di mana Rasulullah memberikan kambing dan unta pada orang Quraisy, ayaq mata menitik apabila membaca ayat:

​"Tidakkah kamu redha, wahai Ansar, kalau yang lain pulang dengan kambing dan unta, sedangkan kamu pulang dengan Rasulullah".

 

Masalahnya ayaq mata menitik dalam Bas S03 di waktu matahari sudah memunculkan diri.

Walaupun tidak ramai orang dalam bas tetapi tetap ada beberapa orang.

Awaknya segan.

 

Sekali eh baca pasal hikmah Perjanjian Hudaibiyah

Membaca kisah perjuangan Rasulullah saw jarang tidak menumpahkan air mata.

Tetapi membaca tentang perbualan Rasulullah dengan orang Ansar dan Perjanjian Hudaibiyah pada kali ini membuatkan den teringat kepada banyak peluang di dalam hidup den yang den tidak dapat (sambung PhD, kenaikan pangkat, elaun, peluang ke luar negara, dsb sepanjang kerja, dsb).

In sya Allah ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Sebenarnya ada perkara-perkara lain yang lebih baik yang Allah telah beri kepada den yang den tidak nampak dan perasan.

Tetapi itu la ye hendak berdamai dengan takdir ini sokmonya mengundang air mata😅.

 

Bukan tidak pernah baca pasal 2 kisah di atas tetapi tidak tahu kenapa bila dihuraikan oleh buku ini terasa sayu sayat hati.

Mungkin sebab den semakin tua.

Mungkin juga sebab dibaca masa bulan Ramadan.

Bacaan yang molek untuk den yang selalu lagho tidak ketahuan ini.

 

 

 

0 comments